NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 20 June 2013

Taliban Menang Perang Di Afghanistan?


Wakil Taliban berucap sempena pembukaan
pejabat di Dhoha

Rundingan damai antara Amerika-Taliban yang dituanrumahkan oleh Qatar di Dhoha memberi petunjuk bahawa Taliban seolah-olah adalah pemenang dalam peperangan yang panjang di Afghanistan yang pernah diuar-uarkan telah tumbang atau dikalahkan oleh tentera pakatan Amerika. Tentang kekalahan Taliban itu telah dilaporkan oleh rangkaian-rangkaian televisyen, radio dan akhbar-akhbar dalam dan luar negara.

Senario kini menunjukkan bahawa Taliban yang memiliki persenjataan usang membuktikan bahawa mereka tidak semudah yang disangkakan untuk ditumbangkan dan ditewaskan oleh musuh-musuhnya di medan pertempuran. Mereka pejuang yang kental. Mujahid. Kesan daripada serangan bertubi-tubi pakatan Amerika ke atas kubu-kubu Taliban telah membangkit menyemarakkan lagi tumbuhnya gerakan-gerakan pejuang luar negara untuk menghadapi ‘hegemoni’ tentera pakatan Amerika bukan sahaja di Afghanistan tetapi juga di Iraq, Mali dan Mogadishu seperti yang berlaku ketika ini. Semakin mereka ditekan semakin bercambaknya penentangan kepada tentera pakatan Amerika.

Taliban pernah memerintah Afghanistan pada tahun 1996-2001 setelah menghalau tentera Soviet Union daripada negara tersebut. Kebangkitan Taliban yang begitu mendadak merisaukan beberapa kuasa besar. Pada ketika itu Taliban di bawah pimpinan Mullah Mohamed Omar. 

Tahun 2001, selepas peristiwa 11 September 2001,  Amerika dan pakatannya dengan alasan-alasan lemah menuduh Taliban melindungi pejuang-pejuang Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden, akibatnya pada 7 Oktober 2001 tentera pakatan  telah menyerang kawasan strategik dan kubu-kubu Taliban dan Al-Qaeda dengan pelancaran beratus-ratus peluru berpandu, pengeboman oleh pesawat-pesawat canggih, serangan oleh jet-jet penggempur, pesawat tanpa pemandu, tembakan tanpa henti oleh pasukan artileri sebelum pelepasan serangan darat yang telah bersedia untuk mara di medan pertempuran serta disokong oleh pasukan helikopter. Serangan bertubi-tubi berbulan-bulan itu telah menyediakan pejuang-pejuang bertebaran di seluruh pelusuk kawasan Afghanistan sehingga sukar dikesan kedudukan mereka oleh tentera pakatan.

Semasa pencarian oleh tentera-tentera pakatan ke atas pejuang-pejuang Taliban dan Al-Qaeda; berlakulah pertempuran kombat, serangan bentuk gerila, penawanan tebusan, ugutan, serangan berani syahid,  serangan kilat, serang hendap, letupan, jerangkap samar dan pertempuran bersemuka kerap berlaku di sana sini dan perkara tersebut membuntukan tentera pakatan mengekang pejuang-pejuang yang tidak diketahui di mana mereka, bilangan mereka, latihan, kekuatan dan keupayaan pejuang-pejuang yang akhirnya  melemahkan semangat perang tentera pakatan. Peperangan yang panjang, kos tinggi, kesukaran logistik, kekerapan kematian membantut dan melemahkan tentera pakatan dan mengukuhkan kekuatan  Taliban.

Pejuang-pejuang Taliban pernah menyusup masuk dan membolosi kawalan di dalam kem-kem dan penjara-penjara Afghanistan dan membebaskan pejuang-pejuang mereka. Ini membuktikan bahawa pejuang-pejuang Taliban boleh melakukan serangan kilat di mana sahaja di Afghanistan. Bahkan mereka juga pernah melakukan serangan-serangan dipelbagai medan termasuk di puncak bukit yang dijadikan kubu-kubu sokongan oleh tentera pakatan.

Hari ini, apabila Amerika-Taliban mengadakan pertemuan di Dhoha, Qatar tanpa penyertaan kerajaan Hamid Karzai yang memerintah Afghanistan, memberi isyarat bahawa pemerintahan mereka di bawah taklukan Amerika. Ketidakhadiran wakil presiden Hamid Karzai dan kesungguhan Amerika mengajak Taliban bertemu di Dhoha, Qatar, peperangan yang berlanjutan sehingga 20 Jun 2013M bersamaan 11 Syaaban 1434H (Khamis), barangkali boleh dirumuskan seperti berikut:-

1.  Amerika mengiktiraf bahawa Taliban adalah kuasa penentu keamanan di Afghanistan; negara yang Amerika dan pakatannya ceroboh.

2.  Tentera Amerika dan pakatannya akan berundur daripada Afghanistan pada tahun hadapan 2014 dan diharap tidak berlaku sesuatu tindakan yang mengganggu pengunduran tentera Amerika secara selesa.

3. Pemerintah Afghanistan  pada  ketika  ini  di  bawah  taklukan Amerika.   Bantuan berbilion dolar datangnya daripada saku Amerika. Mereka akan lemah jika sokongan daripada Amerika ditarik balik.  

4. Apabila pakatan  Amerika berundur mereka akan goyang dan Taliban berpeluang untuk memerintah semula Afghanistan. Senario global masakini menjadikan Amerika perlu mempunyai rakan dan mengurangkan permusuhan. Perkara ini tidak mustahil menjadi kenyataan.

5. Terdapat rekod menunjukkan bahawa: Musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi musuh. Begitulah sebaliknya. Yang penting  kecerdikan diplomasi dan strategi yang dilakukan menguntungkan. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

6. Islam itu tinggi. Sampai kiamat Islam tetap berada di atas. Oleh itu masuklah Islam.

 
Khamis, 20/6/2013 (Khamis)











Pautan yang berkaitan:



http://www.utusansarawakonline.com/Perang-keatas-Taliban-raih-kemenangan/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”