"Allah
mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya)
bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka
tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan
isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang
soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada
itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami
mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan
kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka
berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka
bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)." (Q.S.
at-Tahrim: 10)
Isteri: Antara Sama Darjat; wanita yang diceritakan dalam ayat tersebut adalah isteri rasul: isteri Nabi Nuh a.s. dan isteri Nabi Lut a.s., yang membawa risalah tauhid kepada umat manusia. Risalah tersebut
bukan hanya disampaikan kepada manusia tetapi juga kepada keluarga terdekat;
isteri dan anak-anak.
Secara ringkasnya, isteri Nabi Nuh a.s. dan isteri
Nabi Lut a.s. mereka senentiasa mendampingi suami masing-masing; siang dan malam seperti isteri-isteri yang lain.
Mereka memasak untuk suami, makan bersama, tinggal bersama, tidur bersama
tetapi tidak beriman bersama kepada ajaran yang dibawa oleh suami mereka. Orang
lain mengakui suami mereka sebagai nabi dan melaksanakan perintahnya tetapi
mereka sendiri tidak mengakuinya sebagai nabi. Malahan memberi maklumat kepada
musuh-musuh tentang aktiviti dakwah suaminya.
Dalam ayat itu
dikatakan mereka mengkhianati suaminya. Ibarat gunting dalam lipatan. Api dalam
sekam. Mengkhianati suaminya bukan
bererti mereka mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain; berpoya-poya, bersundal
atau berzina, kerana isteri-isteri para nabi terpelihara dari perkara-perkara
seperti itu. Khianat dalam ayat itu maksudnya tidak beriman kepadanya. Tidak ikut
arahan suami. Tidak beriman kepadanya atau tidak mengakui kerasulannya.
Pengkhianatan isteri nabi-nabi itu tidak berbeda
dengan pengkhianatan isteri-isteri dalam konteks yang sama pada sepanjang zaman.
Ia hanya berbeda dari segi status seorang nabi dengan manusia biasa. Isteri
nabi tidak mengakui kerasulannya dan tidak mahu mengikutnya.
Kalau ada orang yang beriman kepada
Nabi Nuh a.s., isterinya segera melaporkannya kepada pemimpin-pemimpin
orang kafir supaya mereka tahu tindakan apa yang patut dilakukan kepadanya. Ketika Nabi Nuh a.s mengajak kaumnya supaya
naik atas kapal kerana akan terjadi banjir besar, isterinya tetap berdegil
sehingga dia termasuk di antara orang yang karam.
Manakala pengkhianatan isteri Nabi Lut a.s. kepadanya,
dia tidak mengakui kerasulan suaminya
dan tidak mengikut ajarannya. Ketika
Nabi Lut a.s. didatangi oleh dua malaikat yang menyamar seperti dua orang
pemuda kacak, isterinya segera pergi menceritakannya kepada orang-orang jahat
yang bernafsu kepada liwat. Tujuannya supaya tetamu yang datang itu diganggu
atau dirogol. Akhirnya dia pun ikut mati dalam bencana akibat gempa bumi yang berlaku
pada waktu subuh. Dia mati bersama-sama
golongan yang sesat dan menyesatkan.
Sebelum peristiwa dahsyat itu berlaku, dua malaikat menziarahi Nabi Ibrahim a.s. di Palestin. Nabi
Ibrahim a.s. menyangka mereka sebagai
pengembara, menyambut mereka sebagai
tetamu dan melayan mereka sebagai sifat tetamu yang terhormat. Menjamu mereka
dengan hidangan makanan tetapi tetamu itu tidak menyentuhnya dan tidak makan.
Tetamu itu memperkenalkan diri bahawa mereka adalah malaikat di utus kepada
kaum Lut kerana mereka telah melampaui batas, melakukan kezaliman secara
terang-terang dan membunuh untuk mengekalkan hegemoni mereka. Sesiapa sahaja
yang berlaku zalim tetap menerima
balasan tunai di dunia lagi.
“Sila makan.”
“Maaf, kami
tidak makan.”
“Kami dalam perjalanan kepada kaum Lut.”
“Kami sesungguhnya diutus kepada kaum yang berdosa.”
“Kami sesungguhnya diutus kepada kaum yang berdosa.”
“Apakah urusan kamu yang penting (selain itu) wahai
orang-orang yang diutus?” Tanya Ibrahim a.s.
“Untuk urusan penting, iaitu untuk menghancurkan kaum
Lut yang banyak berbuat dosa dan ingkar itu,” jawab mereka.
“Wahai Ibrahim, Khabar gembira bahawa Allah s.w.t.
akan mengurniakan kamu anak,” maklum malaikat.
“Alhamdulillah.”
Nabi Ibrahim a.s. telah lama menginginkan anak.
Usianya telah melebihi seratus tahun tetapi belum mendapat anak. Dengan
perkhabaran daripada malaikat itu beliau bersyukur kepada Allah s.w.t..
Rombongan malaikat itu mohon izin daripada Nabi Ibrahim a.s. untuk meneruskan
perjalanan ke Sadum.
Malaikat memasuki perkampungan Sadum dengan cara
menyamar sebagai lelaki kacak dan tampan. Setiap orang yang terpandang pasti
terpikat kerana penampilan mereka yang luarbiasa dan mempersonakan. Semasa menghampiri
Sadum, mereka bertemu seorang anak gadis sedang mengambil air untuk keperluan
harian keluarganya. Mereka minta izin kepada gadis itu supaya dapat menginap di
rumahnya. Anak gadis itu menjawab denagn sopan akan bertanyakan kepada ayahnya
terlebih dahulu tentang permintaan mereka. Nabi Lut mengizinkan dua orang muda
itu datang dan menginap di rumahnya.
Penduduk Sadum yang peliwat cuba menceroboh masuk
rumah Nabi Lut a.s. tetapi sebelum mereka bertindak agresif malaikat telah
butakan mata mereka. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi dan mereka pulang
ke rumah masing-masing.
“Wahai para peliwat! Di rumahku ada dua orang lelaki
kacak.”
“Dari mana mereka datang?”
“Entahlah.”
“Mari kawan-kawan kita pergi ke rumah Lut.”
“Jangan buang masa pergi cepat.”
“Wahai Lut engkau serahkan kepada kami pemuda-pemuda
itu.”
“Pemuda-pemuda itu adalah tetamuku. Jangan ganggu
mereka. Jika kamu suka saya ada anak gadis yang boleh dijadikan isteri .”
“Kami tidak berminat dengan perempuan.”
“Sesungguhnya kamu wahai Lut benar-benar sudah tahu
bahawa kami tidak mempunyai selera sedikit pun terhadap anak-anakmu yang
perempuan sekalipun mereka cantik belaka.”
Malaikat meminta Nabi Lut a.s. supaya meninggalkan kawasan tersebut tanpa
menoleh ke belakang. Allah s.w.t. telah menurunkan bala kepada kaum peliwat dan
mereka yang bersekongkol dengannya. Kaum yang degil balasanya mudah sahaja,
dikumpul beramai-ramai dan ditamatkan riwayatnya. Begitulah yang berlaku kepada
kaum-kaum zalim sebelum ini.
Catatan:
Artikel: Isteri: Antara Sama Darjat yang dipapar di halaman ini ada kaitan dengan al-Quran surah Hud ayat 69-83. Kepada anak-anakku yang tersayang, rajin-rajinlah baca al-Quran ya.
Catatan:
Artikel: Isteri: Antara Sama Darjat yang dipapar di halaman ini ada kaitan dengan al-Quran surah Hud ayat 69-83. Kepada anak-anakku yang tersayang, rajin-rajinlah baca al-Quran ya.
No comments:
Post a Comment