Amanat daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi sebelum rampasan tentera dan penggulingan pemerintahan Mesir yang sah. Apakah Mesir menghadapi pergolakan yang hebat kerana merampas hak rakyat atau tentera dapat mengekang suara dan pergerakan rakyatnya menjadi menikus? Sama-sama kita ikuti perkembangan negara tersebut. Mesir di persimpangan.
Amanat
Terakhir Dr Morsi:
Sesungguhnya,
Aku
melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah
aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah
aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah
impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku
adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana
agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana
kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan
hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam
ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam
ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam
ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman
yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana
dalam setiap apa pun,
Sama
ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah Islam bagiku,
Kaffah
menyeluruh,
Kita
bukan Islam biasa-biasa.
Maka
itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala
macam korupsi yang ada,
Apakah
dianjurkan Islam?
Dengan
segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah
itu yang Islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang
menganggur,
Jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah
itu yang Islam anjurkan?
Itulah
yang mahu aku baiki,
Untuk
semua rakyat di negara ini,
Kita
ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita
ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat
hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku
memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk
mengurus negeri ini,
Aku
mengetahui batasan aku,
Aku
mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku
mengharapkan,
kamu
membantu aku,
Bersama-sama
kita bangunkan negeri ini,
Jika
tidak ada sokongan kamu,
Aku
tidak akan berada di sini,
Ku
hanya memohonkan sabarmu,
Ku
hanya memohonkan komitmenmu,
Ku
hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah
aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana
ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia
adalah milik kita bersama,
Tetapi
keadaannya tidak demikian,
Kau
malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu
yang tidak sabar,
Ianya
hanya merugikan kita.
Maka,
Aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk
membantu perjuanganku ini,
Kerana
Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka
aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma,
Bantulah aku Ya Allah,
Bantulah aku Ya Allah,
Kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma,
Sentiasalah bersama-samaku Allah,
Untuk
memimpin negara ini,
Allahumma,
Kerana cukup kekuatanMu Ya Allah,
Maka
aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
La
haula wa la quwwata illa billah!
Sila layari pautan berikut:
http://halaqah.net/ http://petunjukzaman.blogspot.com/ http://www.tranungkite.net/
http://halaqah.net/ http://petunjukzaman.blogspot.com/ http://www.tranungkite.net/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Revolusi_Mesir_1952 http://bm.harakahdaily.net/ http://sedakasejahtera.blogspot.com/ http://thecybersniper.blogspot.com/ http://www.wasukalu.com/
No comments:
Post a Comment