Suatu pagi minggu saya dan kawan; Noorhadaina Mansurah, sarapan di sebuah gerai berhampiran taman perumahan saya. Semasa minum itu kami bersembang-sembang tentang penjagaan kesihatan, produk-produk kesihatan, herba dan ramuan-ramuannya dan makanan tambahan untuk kesihatan sehingga mengerawang ke dunia ghaib dan kadang-kadang merentasi lautan, benua, angkasa raya dan hutan belukar untuk sampai ke klimaks yang dibincangkan.
Beberapa langkah-langkah bagi seseorang pengamal perubatan menentukan keadaan pesakitnya sebelum menentukan rawatan yang sesuai. Antaranya melalui pemerhatian, pertanyaan dan aduan, punca berlakunya, nasihat-motivasi, pemeriksaan nadi, sentuhan, penghiduan bagi mengenalpasti keadaan pesakit pada peringkat awal sebelum tindakan susulan bagi penentuan jenis rawatan.
Di samping perbincangan dan sebahagian besarnya catatan ini dipetik daripada buku: Penyakit Ganguan Syaitan Dan Cara Mengatasinya oleh Dr. Alimin dan diterbitkan oleh Penerbitan Edaran Kalam, Kuala Lumpur (1997). Semoga Allah memanjangkan pahalanya kepada mereka yang menasihati perubatan itu kepada kita. Amin.
Beberapa langkah-langkah bagi seseorang pengamal perubatan menentukan keadaan pesakitnya sebelum menentukan rawatan yang sesuai. Antaranya melalui pemerhatian, pertanyaan dan aduan, punca berlakunya, nasihat-motivasi, pemeriksaan nadi, sentuhan, penghiduan bagi mengenalpasti keadaan pesakit pada peringkat awal sebelum tindakan susulan bagi penentuan jenis rawatan.
Di samping perbincangan dan sebahagian besarnya catatan ini dipetik daripada buku: Penyakit Ganguan Syaitan Dan Cara Mengatasinya oleh Dr. Alimin dan diterbitkan oleh Penerbitan Edaran Kalam, Kuala Lumpur (1997). Semoga Allah memanjangkan pahalanya kepada mereka yang menasihati perubatan itu kepada kita. Amin.
Jawapan: Untuk menyembuhkan, mempercepatkan penyembuhan dan meminimumkan akibat penyakit. TAPI ada individu mengambil makanan tambahan kesihatan untuk tujuan mengekalkan kesihatan walaupun perkara tersebut tidak mendesak. Barangkali dalam artikel di ruangan ini: Dialog Antara Tabib Dengan Pesakitnya boleh dirujuk dan diamati.
Pertanyaan: Kemusykilan saya lagi ialah
apakah perbezaan antara orang sakit dan orang sihat. Yang dimaksudkan ialah orang
sihat nampak ceria, cerdas dan tenang manakala orang yang sakit kelihatan tidak
bermaya, keletihan dan gelisah?
Jawapan: Sebenarnya sukar untuk
menentukan keadaan seseorang antara sihat atau sakit. Kerana
individu yang sihat tidak seratus
peratus sihat dan individu yang sakit tidak pula seratus peratus sakit.
Thermometer kepada skima ini adalah individu yang kelihatan sihat mengadu sakit
dan demikian juga individu yang kelihatan sakit parah sekalipun
pada umumnya masih mengandungi sihat walaupun dalam nisbah yang kecil. Sebagai
contoh: Seseorang kelihatan sihat tetapi ia sendiri merasakan dirinya
sakit. Sebaliknya pula ada individu
kelihatan sakit tetapi ia sendiri mengakui
dirinya sihat. Demikian juga jika individu mengakui dirinya sakit tetapi orang
lain mengatakan bahawa ia kelihatan sihat. Bila diri individu merasa sihat dan
orang lain mengatakan sihat, maka tepatlah dia seorang yang sihat. Jika individu itu sakit dan orang
lain pula mengatakan dia sakit maka
sudah pastilah bahawa individu tersebut sakit. Kesimpulananya ialah masalah
kesihatan sama ada seseorang itu sihat atau sakit adalah berdasarkan kepada pengaduan dan
pernyataan individu tersebut kepada pakar (doktor) yang bertindak mengesahkan keadaan individu
tersebut sama ada sihat atau sakit setelah menjalani rawatan yang intensif.
Pertanyaan: Bagaimana pula tentang
penyebab penyakit?
Jawapan: Bila penyebab penyakit masih
aktif, mengganggu, menyerang dan merosak maka
tindakan segera dilakukan untuk menyingkirkannya. Kadang-kadang
ada penyakit tertentu di mana penyakit berlabuh sementara sahaja dengan
meninggalkan kesan parah kepada pesakit. Oleh itu penyembuhan kepada penyebab
penyakit itu tidak diperlukan lagi sebaliknya kepada penyakit yang baru
dihasilkan. Sebagai contoh seseorang terkena paku; pakunya telah dikeluarkan
dan yang perlu diubati ialah lukanya dan kesan karat paku pada luka
tersebut bukan lagi paku yang penyebab penyakit itu.
Pertanyaan: Bagaimana kita menentukan
penyebab penyakit?
Jawapan: Dari segi perubatan:
1. Ada sejumlah penyakit secara relatif mudah ditentukan penyebab penyakit seperti: malaria, luka, selsema dan cirit-birit.
2. Ada pula sejumlah penyakit yang sulit ditentukan penyebabnya seperti: jantung, hipertensi, darah rendah dan diabetes.
3. Ada pula penyakit diketahui penyebabnya dan diberi nama sesuai dengan penyebab penyakit itu seperti malaria, tibi, luka dan selsema.
4. Ada sejumlah penyakit diberi nama sesuai dengan keadaan badan yang sakit seperti: sakit kepala, sakit perut, apendiks dan sakit zakar.
5. Ada sejumlah penyakit diberi nama sesuai dengan gejala yang menonjol seperti hipertensi, darah rendah, bisul dan sakit sendi.
Pertanyaan: Bagaimana kita mengenali gejala-gejala
penyakit?
Jawapan: Kita boleh mengenali penyakit
sama ada gejala bersifat umum atau gejala bersifat khusus dan gejala bersifat
utama dan tambahan:
1. Penyakit yang gejalanya bersifat umum seperti lesu, pucat, letih dan demam.
2. Penyakit yang gejalanya bersifat khusus seperti menggigil, selsema, batuk-batuk dan lumpuh.
3. Penyakit yang gejalanya bersifat utama dan tambahan seperti:
i. Penyakit usus; gejala utamanya sakit kiri berbelit manakala gejala
tambahannya berasa mual atau muntah.
tambahannya berasa mual atau muntah.
ii. Penyakit malaria; gejala utamanya panas didahului dengan menggigil
kesejukan berulangkali dan gejala tambahanya muka pucat, letih dan
tidak bertenaga.
Pertanyaan: Bagaimana penyakit berlaku?
Jawapan: Semua penyakit berlaku dengan
pelbagai cara menurut kejadian-kejadian
seperti berikut:
1. Penyakit boleh berlaku secara mendadak seperti terjatuh, terluka, minum racun dan disihir.
2. Ada penyakit boleh berlaku secara beransur-ansur seperti tibi, kurang gizi, jantung dan diabetes.
3. Ada penyakit masuk dahulu, lalu memperkuat diri, sesudah kuat baru melakukan serangan. Tempoh masa antara masuk dan munculnya penyakit itu dikenali sebagai inkubasi (mengeram) seperti malaria, infeksi kuman, keracunan (racun) dan barah.
4. Ada penyakit masuk secara halus, bila dipantau dan diawasi secara positif ia akan hilang begitu sahaja, kesan daripada pengawasan dan mendampingi pesakit ia memulihkan tetapi bila ia dipantau secara negatif, diabaikan ia berubah drastik seperti stress, tertekan perasaan, was-was atau barangkali perasaan kesal yang masuk dan bersarang di dalam hati.
5. Ada penyakit memudaratkan iaitu bawaan bayi sejak lahir akan berlaku semasa peringkat pemulihan akibat infleksi penyakit tersebut seperti jantung, usus berbelit, infeksi kuman, kusta dan HIV.
Pertanyaan: Pada ketika bila penyakit menyerang dan menghilang tanpa disedari atau ringkasnya bila masa datang dan
perginya penyakit?
Jawapan: Penyakit boleh menyerang bila-bila masa tanpa amaran. Serangan kilat yang boleh membunuh. Serangan secara senyap-mengejut. Penyakit akan menghilang bila imun badan bertindakbalas terhadap serangan penyakit. Oleh itu penyakit akan datang tanpa disedari dan sudah tentu penyakit itu menghilang apabila dapat dipulihkan. Istilah yang
tepat ialah penyakit itu telah sembuh. Ada beberapa keadaan iaitu:
1. Ada penyakit yang pergi tanpa meninggalkan kesan. Sembuh hampir seratus peratus atau sembuh seratus peratus seperti demam, batuk atau cirit-birit.
2. Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan kesan sementara seperti luka yang meninggalkan kesan parutan kecil dan berbekas, penonjolan dibahagian badan, rabun atau herot.
3. Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan kesan sampingan sahaja seperti sengatan lebah, selepas penyembuhan berat badan menurun atau meningkat.
4. Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan kesan kekal seperti kesan penyakit cacar yang berparut, kesan pembedahan atau melecur.
5. Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan
kesan kecacatan dengan segala kekurangan dan akibatnya pula seperti patah,
rabun, kudung atau lumpuh.
6. Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan kesan kekal utama seperti putus anggota badan, kaku menyebabkan tidak dapat dibetulkan lagi, putus zakar menyebabkan langsung tidak berfungsi, mata rosak yang menyebabkan buta atau gegendang telinga pecah menyebabkan pekak.
Pertanyaan: Jika kita menjalani
perubatan tetapi kurang berkesan adakah alternatif lain yang boleh kita
ikhtiarkan?
Jawapan: Pada ketika ini ada berapa
jenis keadah-keadah perubatan. Mungkin perubatan pertama tidak berkesan dan
kita hendak mencuba alternatif lain. Ada tujuh (7) cara perubatan yang dikenali
dan digunapakai oleh masyarakat dunia ketika ini:
1. Cara Rawatan. Perubatan yang diamalkan di hospital-hospital dan klinik-klinik yang terkini. Perkembangannya sentiasa berlaku menurut sains dan teknologi.
2. Cara Singsing. Perubatan traditional Cina adalah perubatan yang diamalkan turun-temurun mengunakan herba-herba yang sedia ada atau yang dibangunkan. Ia memiliki keunggulan tersendiri. Berasal dari China.
3.Cara Tabib. Mengembangkan teknik perubatannya menurut perkembangan semasa. Berasal dari India.
4.Cara Dukun. Berkonflik dengan perubatan amalan kedoktoran kerana ia lebih kepada penipuan, tipu helah dan ketertibannya dipertikai. Berasal dari seluruh pelusuk tempat.
5. Cara Psikologi. Ia meliputi psikoterapi, motivasi, nasihat dan banyak variasinya. Ia lebih kepada menggunakan pengertian dan latihan. Berasal dari pengalaman dan seluruh pelusuk tempat.
6. Cara Spiritual. Memantapkan hati dengan menggunakan kaedah tertentu seperti wirid, zikir songsang, menyiksa diri, lagu mendayu-dayu, yoga, meditasi, subud (latihan kejiwaan) yang berorganisisi dan latihan tersendiri.
7. Cara Rohani. Ia adalah cara rawatan Islam. Tetapi kurang diamalkan oleh ulama dan tidak difahami oleh perubatan doktor beragama Islam.
Kombinasi
daripada perubatan yang disedia ada menghasilkan penyembuhan yang sepadu dan lebih
efektif. Sebagai misalan cara perubatan akibat gangguan syaitan:
i. Vitamin untuk memperkukuhkan ketahanan tubuh.
ii. Ubat penenang untuk meletihkan pesakit.
iii. Ubat kejutan elektrik mempercepatkan pemulihan
menyedarkan diri.
iv. Hembusan membisik nasihat kepada
pesakit tentang kebesaran Allah.
v. Keyakinan akan melembutkan pesakit dan
menghindari dari gangguan
jahat.
jahat.
vi. Nasihat yang baik melahirkan manusia yang baik.
vii.Nasihat berkesan memudahkan audiens menerima dakwah.
vii.Nasihat berkesan memudahkan audiens menerima dakwah.
Pertanyaan: Bagi setiap penyakit
ada ubatnya kecuali mati. Bagaimana kita tahu bahawa sesuatu penyakit itu ada
ubatnya kerana biasa kita mendengar penyakit pelik-pelik seperti AIDS, liwat,
badan berkerutu dan sebagainya?
Jawapan: Setiap penyakit ada ubatnya. Penyakit dan ubat pula adalah
bersifat umum. Ia meliputi segala macam penyakit dan segala macam ubat
termasuklah penyakit-penyakit yang mungkin sukar disembuhkan oleh doktor pakar.
Bagi penyakit yang dikenali umum amatlah mudah mendapatkan ubatnya. Allah
s.w.t. telah menyediakan bermacam-macam ubat bagi penyakit yang sukar dijangkau
oleh akal manusia kerana memang manusia tidak diberikan kemampuan untuk perkara
tersebut. Yang penting, manusia perlu berikhtiar, membuat uji kaji dan
pemerhatian bagi mendapatkan pengubatan penyakit yang tersembunyi disebabkan
pemakanan dan persekitaran yang pelbagai ragam. Bagi yang melanggar sifat tabie kemanusiaan antaranya seperti
liwat, pembunuh, pemberontak, penzina, virus pembunuh berjangkit, bersetubuh dengan
binatang; semua itu, mudah sahaja ubatnya iaitu hukum mati setelah disabitkan
oleh hakim.
Pertanyaan: Mana yang lebih utama bersyukur kerana sihat atau saya sabar dengan ujian Allah s.w.t.?
Jawapan: Dari Abdurrahman bin Abi Laila, dari Abi Dardaa’, ia
berkata: “Aku berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku diberi kesihatan
lalu aku bersyukur lebih kusukai daripada aku diberi bala (cubaan) lalu aku
bersabar.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dan Rasulullah (juga) menyukai engkau
berada dalam kesihatan.”
Pertanyaan: Apakah sesuatu penyakit itu merupakan takdir Allah dan takdir Allah tidak boleh ditolak? Umpamanya, kita biarkan takdir Allah menyembelih diri kita. Boleh?
Jawapan: Tidak ada sesuatu pun yang keluar dari takdir Allah tetapi yang dilakukan adalah menolak takdir dengan takdir. Tiada jalan keluar dari takdir Allah melainkan dengan takdir Allah jua. Perubatan yang dilakukan adalah kerana takdir Allah. Sebagai contoh:
1. Kita menolak takdir lapar dan dahaga dengan melakukan takdir makan dan minum.
2. Kita menolak takdir perompak/penjenayah dengan takdir menghalangnya.
3. Kita menentang takdir musuh dengan takdir melawannya.
4. Kita menghukum takdir liwat-perlakuan luar tabie manusia dengan takdir hukuman mati.
Semua contoh takdir di atas adalah takdir Allah. Sama ada kita menolak, yang ditolak atau pekerjaan menolak itu adalah takdir Allah s.w.t.. Jelas ya.
Moga-moga kita senentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment