NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 25 July 2013

Menuju Kejayaan


Negara atau Gerakan Islam atau Persatuan mesti menyusun strategi bagi menghadapi kebarangkalian anasir-anasir jahat merancang, merencana, mensabotaj, melakukan provokasi, menceroboh atau bertindak liar kepada manusia sejagat. Melalui negara atau gerakan Islam atau persatuan tersebut dapat digemblengkan pemikir-pemikir berwibawa, tenaga-tenaga muda dan serikandi yang perihati kepada kehendak massa.

Berdasarkan kepada pendekatan bersiapsiaga maka beberapa perkara wajar diambil perhatian:

Penyatuaan adalah hidayah al-Quran:
i.        Penyatuaan asasnya petunjuk Nabi.
ii.    Penyatuan asasnya tindakan Rasul.
iii.   Penyatuan menjadi tonggak berjayanya kerja-kerja besar Islam.
iv.   Merungkaikan permasalah dan cabaran terhadap Islam.
v.    Gerakan yang tersusun mendapat hidayah  Allah.


Menjadi asas konsep Islam: Melalui penyatuan masyarakat dan pimpinan umat akan memudahkan perundangan Islam dipraktiskan untuk kebajikan masyarakat. Masyarakat yang inginkan kedamaian akan mendokong prinsip keadilan dan menolak kepalsuan.


Menyusun barisan mempertahan syariat: Semboyan Islam mestilah berpaksikan al-Quran dan Sunnah tanpa kompromi. Tunas-tunas Islam mesti dididik dan dipahatkan ke dalam urat nadi mereka bahawa  Islam itu penyelamat ummah.


Memudahkan perancangan kolektif dan mengelak bertindak bersendirian: Penyusunan dan pengarahan yang sifatnya kontemporari supaya musuh-musuh yang mencari ruang, peluang menunggu dengan lahap dan menyergap akan berfikir banyak kali sebelum membuat sesuatu yang membunuh mereka.


Membina kekuatan menghadapi gerombolan pengganas: Penyatuan kekuatan pelbagai ragam menjadikan ia suatu yang manis dan boleh dikerahkan apabila suasana memerlukan untuk bertindak pantas.


Menyatukan perbezaan pandangan dan kepelbagai kecerdikan: Kepelbagai wilayah, kaum dan logat menjadi padu dan bersekutu dalam satu wadah yang asasnya jelas dan matlamatnya tepat.


Mengemblengkan kekuatan untuk memadukan tenaga: Sektor-sektor yang kuat akan berpadu dengan bahagian yang lemah dan menjadikan ikatan-ikatan longgar dipadatkan untuk membentuk simpulan yang ketat dan sukar dileraikan sama ada oleh orang dalam atau oleh pihak luar.


Menumpukan perancangan dan peraturan untuk kebaikan ummah: Keyakinan, ketegasan dan mengharapkan keredhaan Allah menjadikan Allah s.w.t. meredhai pimpinan dan umat setempat dan sebaliknya persekongkolan munafik dengan kaum atheis menjadikan kesukaran dalam pemerintahan dalam tempoh-tempoh tertentu. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”