“Ambilah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk);
dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. at-Taubah: 103)
Zakat1 adalah sumber bersih daripada hasil2 yang diperolehi oleh golongan kaya tawaduk dan dikeluarkan untuk kemaslahatan umat Islam yang dinyatakan dalam surah at-Taubah ayat 60. Pembayaran wajib dizakatkan sebanyak 2.5 peratus daripada hasil bersih yang diperolehi. Allah s.w.t. memberkati golongan pembayar zakat, pengurusannya3 dan penerima zakat4. Dengan hasil zakat dapat digerakkan sistem pemerintah dengan adil dan saksama serta membangunkan umat dengan gemilang5.
Firman Allah s.w.t.:
Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya
sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang
miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan
orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan
orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang
demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Q.S. at-Taubah:
60)
Fakir ( papa kedana ): Orang Islam yang tidak memiliki sumber pendapatan atau harta untuk
dicagarkan bagi memenuhi keperluan hidup diri dan tanggungannya pada ketika
pernilaian dilakukan. Permasalah itu akan kekal selagi sumber-sumber pendapatannya berterusan pada paras kepapaan daripada keperluan harian asasi diri dan tanggungannya. Kehidupan tidak berubah-ubah. Fakir tegar.
Miskin ( miskin papa ): Orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan dan harta. Walaupun mempunyai sumber pendapatan tetapi hanya
memenuhi sebahagian keperluan harian asasi dirinya dan tidak mencukupi untuk
menampung keperluan tanggungannya. Secara umumnya tidak mencukupi untuk
keperluan diri dan tanggungannya.
Amil ( mengurus zakat ): Orang Islam yang bekerja mengurus tadbir sumber zakat sama ada
individu, organisasi atau negara meliputi kaedah pengutipan, agihan dan menentukan
peruntukan yang wajar diberikan kepada asnaf yang menerimanya kerana mereka
diamanahkan menjaga keperluan maslahat umat.
Mualaf ( dijinakkan hatinya untuk memahami Islam ): Orang Islam yang baru memeluk
Islam. Orang Islam yang terpinggir. Masyarakat yang terasing dari seruan Islam
dan dijinakkan hatinya. Kencenderungan hatinya diharap untuk Islam. Mereka yang
belum kukuh Islamnya. Mualaf di kategorikan kepada dua (2) kelompok:
i. Golongan Muslim:
a. Orang yang baru memeluk agama Islam.
b. Orang Islam yang terpinggir/terasing daripada amalan/fahaman
Islam
c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap imannya tetap
masih dan/atau berpengaruh dan/atau yang mempunyai hubungan baik
masih dan/atau berpengaruh dan/atau yang mempunyai hubungan baik
dengan ketua ketua kumpulan bukan Islam yang
sama taraf dengannya.
ii. Golongan Kafir:
a. Orang yang berkemungkinan menerima
Islam.
b. Kecenderungan tindakannya berpihak
kepada Islam.
c. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi
orang Islam.
Al-Riqab ( hamba ): Orang Islam yang memohon suaka dimerdekakan daripada cengkaman perhambaan atau penaklukan oleh orang kafir. Perhambaan meliputi: menjadi
hamba secara fizikal dan mental, terbelenggu oleh kejahilan, ditawan kerana ada
nilai tukaran kepada diri dari kelompok orang Islam, membebaskan golongan lemah dari cengkaman
orang-orang yang berkuasa, pembebasan dari perhambaan ekonomi, politik, pengusiran,
peperangan dan sebagainya. Contoh dalam negeri seperti along/ceti, riba dan menggerakkan ekonomi rakyat.
Al-Gharimin ( berhutang ): Orang Islam berhutang untuk memenuhi keperluan asasi
bagi kemaslahatan diri, tanggungan atau masyarakat yang memerlukan tindakan segera.
Contohnya: Penjamin hutang, keperluan asasi dan kemaslahatan diri dan
tanggungan.
Fisabilillah ( berjuang pada jalan Allah ): Orang Islam atau kelompok yang
melibatkan diri dalam kebajikan, dakwah, mendaulat, menegak dan mempertahan agama Islam. Mereka
tidak berganjak dalam menjulang keunggulan Islam diletakkan dipersada gemilang.
Contohnya: mujahid, pendakwah, organisasi dakwah, madrasah/pondok/sekolah.
Ibnussabil ( musafir terkandas ): Orang Islam dalam perjalanan bagi maksud-maksud mengimarahkan
syiar Islam, menziarahi tok-tok guru/pakar-pakar strategi, berdakwah, berniaga, rakan
taulan, keluarga, ziarah/lawatan dari mana-mana negeri atau negara yang terputus
sumber kewangannya.
Firman Allah s.w.t.:
Firman Allah s.w.t.:
“Pemberian
sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya
(dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam),
yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya);
mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya,
kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan
(melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada
orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu
belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.” (Q.S. al-Baqarah: 273)
Pautan yang berkaitan: http://ms.wikipedia.org/Zakat
http://www.e-zakat.com/Lembaga Zakat Selangor
http://www.ukm.my/Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?
http://albakaky.wordpress.com/Faqir Miskin Dalam Asnaf Zakat
Nota kaki:
1. Perlaksanaan kutipan dan pengagihan zakat ditentukan oleh
negeri-negeri umat Islam dengan tujuan untuk kemaslahatan masyarakat setempat
yang diluluskan oleh ‘ hukum syara' ’ menurut negeri-negeri. Sebagai contoh:
zakat dari negeri A hanya untuk orang negeri A sahaja dan kalau ada tempias pun
masih teragak-agak menyalurkan bantuan walaupun penduduk negeri umat Islam lain menjerit
batinnya mengharapkan simpati disebabkan oleh belenggu kemiskinan, kos kehidupan meningkat,
pengusiran dan seterusnya tetapi bagi negeri yang kaya seperti Arab
Saudi tiada batasan pengagihan zakatnya melimpahi seluruh penjuru alam.
2. Di samping sumber zakat, hasil daripada sumber-sumber lain juga wajar digunakan untuk memperkuat, memanfaat dan menggerakkan umat supaya kekesalan tidak berlaku jika diperap tanpa aktiviti ekonomi domestik.
3. Amil wajar diberi imbuhan yang setimpal dengan kerja-kerja mereka kerana pendapatan yang 'cukup makan' memberi ruang untuk orang tengah memanipulasi keadaan yang akhirnya keikhlasan bertukar kepada 'peluang, ruang dan harapan'. Jika perlu diberi bonus 12 bulan gaji, berilah kerana skim gaji yang sedia ada berada pada paras maksimum, masih lagi membelenggu kehidupan sedangkan peluang boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya telah diberi imbuhan yang selesa dan 'tabiat mengambil peluang' berlaku juga maka mereka yang terlibat hendaklah dipecat serta merta kerana kelayakannya sebagai amil terbatal.
4. Dalam pengagihan zakat wajar juga diadakan suatu
pernilaian semula kepada sistem agihan dan penerima supaya
sumber zakat yang ada dapat dimanfaatkan semaksimumnya. Dibangunkan golongan
asnaf yang berpotensi melalui latihan-latihan kemahiran intensif, penghasilan
produk-produk hiliran dimantapkan, kegiatan-kegiatan huluan dimanfaatkan,
melantik perunding-perunding berwibawa prihatin, merancang dan menentukan keperluan
makanan dengan penglibatan dalam negeri bagi meminimumkan kos kehidupan asasi masyarakat. Yang akhirnya
mengelak krisis makanan yang membelenggu isi rumah berpendapatan rendah dan
mengurangkan kadar inflasi khususnya dalam barangan keperluan asasi.
5. Sesungguhnya Allah s.w.t. merahmati golongan yang saling berkasih sayang kerana Allah dan rasulNya.
5. Sesungguhnya Allah s.w.t. merahmati golongan yang saling berkasih sayang kerana Allah dan rasulNya.
No comments:
Post a Comment