MESIR:
Dr. Muhammad Morsi yang ditahan oleh tentera di Bangunan Pengawal Republik
semalam turut mengirim nota pesanan kepada seluruh penyokong beliau di Mesir.
Dalam
kiriman itu, Morsi menulis "Jarak antara kekalahan dan kemenangan adalah
kesabaran satu saat. Aku yakin akan kembali kepada rakyat yang telah memberikan
mandat melaksanakan amanah ini.”
Pesanan
itu dibawa dan disampaikan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr.
Solah Sultan, di hadapan jutaan penyokong Morsi yang berkampung di hadapan
Bangunan Pengawal Republik sejak beliau dijatuhkan secara rampasan kuasa oleh
tentera beberapa hari lalu.
Menurut
Dr Solah, nota itu diberikan Morsi kepada seorang pengawal dari dalam tahanan
dan telah menyerahkannya kepada beliau.
Semalam,
di hadapan bangunan ini jugalah dilaporkan lebih 50 penyokong Morsi terbunuh
ditembak ketika sedang solat Subuh manakala lebih 300 lagi cedera.
Minta
sejadah dan al-Quran
Sementara
itu, seorang ulama Khalid Gharib seperti dilapor Islam Post dilaporkan berkata,
sepanjang dalam tahanan, Morsi tidak meminta apa-apa selain al-Quran dan
sejadah.
Menurutnya,
seorang jeneral tentera yang mengawal Morsi bernama Shubhi enam kali datang
memujuk Morsi agar menerima rampasan kuasa ini.
“Tapi
setiap kali dia memujuk, Presiden Mursi menolak dan mengatakan: ‘Bunuhlah aku,
karena itu sangatlah ringan bagiku berbanding terpaksa bersaksi dusta',".
Sila layari pautan berkaitan: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/
No comments:
Post a Comment