“Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai
Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka
memanjat tembok tempat ibadat;
Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud,
lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah
takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami
telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami
dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke
jalan yang lurus.
Sebenarnya orang ini ialah (seorang
sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing
betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan)
berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', dan dia telah mengalahkan
daku dalam merundingkan perkara itu.
Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia
telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan)
kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang
bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya
berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah
berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan
peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya
sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan
sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat
kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).” ( Q. S. Saad: 21-25
)
Peristiwa ini berlaku apabila Nabi
Daud a.s. berkahwin dengan seorang wanita cantik menawan hati Baginda a.s., sehingga
kegembiraannya itu terdapat perubahan dalam menjalankan tugasan, sama ada sebagai rasul atau raja dengan penampilan beliau dari hari ke sehari.
Perempuan yang dinikahi itu amat bertuah?
Selepas perkahwinan Baginda a.s., Nabi Daud a.s. didatangi
oleh dua orang lelaki mengadu tentang sesuatu perkara yang sukar untuk
dileraikan. Kehadiran mereka pula bukan hari yang ditetapkan oleh Nabi Daud
a.s. untuk rakyat jelata menemui Baginda a.s. Tetapi hari itu adalah hari yang
luarbiasa berbanding dengan hari-hari sebelumnya. Melakukan aduan pada hari yang bukan ditetapkan, hari yang tidak mengikut jadual dan hari yang bukan bekerja
bagi raja bertemu pelanggan. Tiada temujanji. Tetapi kedua lelaki itu ingin
juga berjumpa dengan Baginda a.s.
Tiba-tiba
datang dua orang lelaki berkata kepada pengawal istana:
“Bolehkah kami berjumpa dengan Nabi Daud a.s?”
Seorang
pengawal memberi jawapan bahawa tidak dibenarkan masuk kerana hari itu bukan masanya untuk menemui Nabi Daud a.s.. Hari perjumpaan telah ditetapkan pada hari-hari tertentu sahaja.
Jawab
salah seorang lelaki itu:
“Kami ada perkara penting yang memerlukan
penghakiman segera daripada Baginda a.s.”
Pengawal istana bertegas tidak membenarkan mereka berjumpa dengan nabi.
Sebelum
daripada itu Nabi Daud a.s. telah memaklumkan kepada rakyat jelata tentang
hari-hari yang mereka boleh berurusan dengan Baginda a.s.. Nabi Daud a.s. membahagikan
waktunya kepada empat bahagian. Rakyat jelata boleh menemui beliau mengadu hal mereka
setiap selang empat hari:
Hari pertama:
Diperuntukkan
untuk mengurus kepentingan dirinya sendiri.
Hari kedua:
Diperuntukkan
untuk kepentingan beribadat kepada Allah s.w.t.
Hari ketiga:
Diperuntukkan
untuk menyelesaikan urusan rakyat jelata
Hari keempat:
Diperuntukkan
untuk berdakwah mengajak umatnya ke jalan yang dikehendaki Allah s.w.t.
Rakyat
jelata hanya berurusan dengannya mengikut hari yang telah ditetapkan iaitu hari
yang diperuntukkan ketika menyelesaikan urusan rakyat jelata. Tetapi berbeza
dengan peristiwa dua lelaki itu. Mereka menongkah arus. Tidak mengikut
peraturan kerana bersegera untuk menyelesaikan masalah mereka. Tanpa
penangguhan. Enggan menangguhkan aduan mereka. Muktamad.
Setelah
mereka berada di hadapan Nabi Daud a.s. , Nabi Daud a.s. terkejut dan kehairan
kerana dia tidak pernah mengizinkan masuk ke dalam istana dua orang lelaki itu.
Nabi Daud a.s. tidak menyedari bahawa lelaki-lelaki yang datang itu membawa
mesej kepadanya.
Kedua-dua
lelaki itu duduk berhampiran dengan Nabi Daud a.s.
Berkata
salah seorang daripadanya:
“Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.”
Nabi
Daud a.s. bersabda:
“Hai lelaki, apakah perkara yang akan engkau
sampaikan kepada saya?”
Lalu
salah seorang lelaki itu berkata:
“Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: 'Serahkanlah yang seekor itu kepadaku,' dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu. ”
Walaupun berulang kali saudaranya meminta, pemilik seekor kambing itu tetap menolak kerana ia tidak mempunyai kambing lain kecuali yang seekor
itu.
Selesai
lelaki yang mempunyai seekor kambing menjelaskan masalahnya kepada Nabi Daud
a.s., maka Baginda a.s. bertanya kepada lelaki yang mempunyai sembilan puluh sembilan
ekor kambing itu pula:
“Benarkah apa yang disampaikan oleh
saudaramu in?”
Jawab
lelaki itu:
“Benar ya Daud. Perkara itu saya lakukan
agar bilangan kambing saya genap seratus ekor.”
Mendengar
jawapan lelaki itu, Nabi Daud a.s. marah. Kemarahannya terlihat dengan
perubahan air mukanya menjadi merah padam. Badannya gementar (mengelatar)
dengan perubahan intonasi suaranya yang keras dan meninggi.
Nabi Daud bersabda:
“Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit! ”
Nabi
Daud a.s. bersabda kepada orang yang mempunyai sembilan puluh sembilan ekor
kambing itu:
“Tuntutanmu
kepada sudaramu itu tidak baik, kalau kamu masih menuntut juga akan saya
pukul dahi dan hidungmu.”
Mendengar
sabda yang diucapkan oleh Nabi Daud a.s. itu, lelaki itu berkata:
“Hai Daud, sebenarnya engkaulah yang lebih
patut dipukul, sebab engkau sudah mempunyai sembilan puluh sembilan isteri lalu
engkau kahwin lagi dengan seorang perempuan yang memiliki suami, yang bernama
Sabiq binti Syaik.”
Mendengar
kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu, Nabi Daud a.s. tertunduk kepalanya,
gementar badannya. Sedarlah ia hakikat keadaan yang dihadapinya, bahawa yang di
hadapannya itu adalah dua orang malaikat yang diutus Allah untuk membetul dan
menunjukkan kepadanya situasi pernikahan Baginda a.s. yang ke seratus itu.
Setelah
Nabi Daud a.s. mengakui akan kekeliruannya
itu:
“Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).”
“Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).”
Nabi
Daud a.s. seorang nabi yang diberi petunjuk dan pengajaran tanpa
bertangguh, mendapat petunjuk, dalam pengawasaan Allah s.w.t. dan cekap.
No comments:
Post a Comment