NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 30 September 2013

Kata-kata manusia boleh ditafsir berdasarkan perakuan individu tersebut


 A036
A037
A038
A039
A040
A041
A042


“Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur." Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum)."

Yusuf menjawab:  "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat.

Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?

Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Takbir mimpi kamu itu ialah): Adapun salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya. Adapun yang seorang lagi, maka ia akan dipalang, serta burung pula akan makan dari kepalanya. Telah selesailah (dan tetaplah berlakunya) perkara yang kamu tanyakan itu.

Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.( Q.S. Yusuf: 36-42 )


Raja  Royyan adalah pemerintah Mesir. Raja yang  memenjarakan  Nabi  Yusuf   a.s.  atas pertuduhan  mengkhianati   amanah  kepada isteri menterinya ketika itu.

Memandangkan Nabi Yusuf a.s. tidak membela dirinya dalam pertuduhan palsu yang diada-adakan itu, menjadi mangsa kerana menutupi aib dan dosa-dosa keluarga angkatnya, juga tidak melakukan jenayah atas kejahatan dirinya, Baginda a.s. juga berhadapan dengan kuasa dan pengaruh pemerintah maka Baginda a.s. telah dikenakan pertuduhan dengan sabitan kesalahan dipenjarakan.

Ketika dalam penjara Nabi Yusuf a.s. menafsir mimpi seseorang yang meminta ditafsirkan maksud mimpi mereka. Mimpi yang ditafsirkan oleh Baginda a.s. adalah tepat dan benar.

Ketika Nabi Yusuf a.s. berada di dalam penjara, dua orang pelayan di raja telah dipenjarakan bersama-sama dengannya. Mereka sering berinteraksi tentang peristiwa yang mereka alami.

Raja Royyan telah memenjarakan pelayan minuman dan tukang masak beliau kerana terdapat komplot untuk membunuh baginda raja.

Pelayan minuman beliau telah membuat aduan kepada baginda raja bahawa tukang masak mengadakan komplot dengan raja Rom untuk membunuh baginda melalui membubuh racun pada makanan yang akan dihidangkan kepada raja.

Menurut pelayan minuman lagi bahawa utusan raja Rom cuba merasuah beliau tetapi ia enggan menerimanya dan menolak perbuatan terkutuk itu. Sebaliknya, rakannya, tukang masak telah bersetuju menerima rasuah.

Mereka merancang dan merencana melakukannya.

Berdasarkan  aduannya, raja telah memerintahkan pelayan minuman dan tukang masak disumbat ke dalam penjara berdasarkan aduan tersebut. Mereka dipenjarakan bersama Nabi Yusuf a.s.. Mereka berada dalam penjara selama tiga hari sahaja.

Semasa dalam penjara, mereka bertiga saling bertaaruf. Pelayan raja mengetahui bahawa Nabi Yusuf a.s. adalah seorag penafsir mimpi. Tafsirannya adalah tepat.

Menurut riwayat, pelayan minuman dan tukang masak bertanya kepada Nabi Yusuf a.s. dengan mengatakan bahawa mereka telah bermimpi sedangkan mereka sebenarnya berbohong dengan mengada-adakan cerita tentang mimpi mereka.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa pelayan minuman raja memang benar-benar bermimpi tetapi tukang masak raja tidak bermimpi tetapi mereka-reka cerita.

Mereka meminta Nabi Yusuf a.s. mentafsir mimpi mereka itu.


 A036


“Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur." Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum)." ( Q.S. Yusuf:  36 )

Pelayan minuman raja berkata:

“Aku bermimpi seakan-akan melihat ada tiga buah bekas atau mangkuk dari emas, aku memerah anggur dan memasukkan ke dalam bekas itu, lalu aku buat khamar dan aku berikan kepada raja Royyan.”

Tukang masak raja pula berkata:

“Aku bermimpi seakan-akan diriku sedang memikul satu bakul roti di atas kepalaku dan burung-burung memakan roti tersebut.”

Nabi Yusuf a.s. mentafsir mimpi mereka.


A037


"Yusuf menjawab:  "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat." ( Q.S. Yusuf:  37 )


A041


"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Takbir mimpi kamu itu ialah): adapun salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya. Adapun yang seorang lagi, maka ia akan dipalang, serta burung pula akan makan dari kepalanya. Telah selesailah (dan tetaplah berlakunya) perkara yang kamu tanyakan itu." ( Q.S. Yusuf:  41 )

Baginda a.s. bersabda:

“Wahai kedua temanku, adapun salah seorang di antara kamu akan memberi minum untuk tuannya dengan khamar.”

“Adapun yang seorang lagi akan disalib.”

Selepas Nabi Yusuf a.s. selesai mentafsir mimpi kedua-dua pelayan raja. Berkata salah seorang di antara mereka:

“Sesungguhnya saya tidak bermimpi.”

Maka Nabi Yusuf a.s. menjawab:

“Telahku tafsir mimpimu dan bahkan telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.”

Selepas mentafsir mimpi itu, pengawal-pengawal raja datang membawa tukang masak raja dengan dikenakan hukuman salib. 

Manakala pelayan minuman raja dipenjarakan.

Selepas tiga hari, utusan raja membebas dan membawa pelayan minuman raja keluar dari penjara.

Dia diberi pakaian indah dan di bawa mengadap raja  dengan penuh adat kehormatan. Sebelum pelayan minuman raja beredar dari penjara, Nabi Yusuf a.s. bersabda kepadanya:

“Jelaskan keadaanku ini kepada tuanmu.”


A042


“Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun. ( Q.S. Yusuf:  42 )

Nabi Yusuf mentafsir mimpi Raja Royyan……

Bersambung … 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”