Diceritakan
oleh Imam Ahmad bin Hanbal bawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah
menyatakan di hadapan para sahabatnya tentang maksudnya untuk berkahwin dengan
seorang wanita Mekah.
Pada
keesokan harinya para sahabat berkumpul untuk menyiapkan keperluan-keperluan
untuk majlis pernikahan itu.
Para
tetamu berduyun-duyun datang meraikan
majlis tersebut tetapi persediaan jamuan untuk walimatulurus hanya sedikit
sahaja.
Di
antara para sahabat membicarakan tentang
persediaan itu.
Semasa
mereka membicarakan perkara itu, Nabi s.a.w. sedang salat. Setelah Baginda s.a.w.
selesai salat maka Rasulullah s.a.w. pun menemui para tetamu. Tiba-tiba Nabi
s.a.w. bertanya:
“Wahai
sahabatku semua, apakah yang kamu mengumpat tadi?”
Maka
mereka menjawab:
“Masalah
rezeki, Ya Rasulullah.”
Maka
jawab Baginda s.a.w.:
“Belum
pernahkan saya menceritakan kepada kamu suatu kejadian yang telah diceritakan
oleh Jibrail a.s. kepadaku?” Tanya Rasulullah.
Setelah
itu Baginda s.a.w. pun berceritalah suatu peristiwa tentang Nabi Sulaiman a.s.
dengan seekor semut:
“Sahabatku,
Nabi Sulaiman sedang salat di tepi pantai. Tiba-tiba di hadapannya lalu seekor
semut yang membawa sehelai kertas hijau. Nabi Sulaiman kehairan melihat tingkah laku
semut. Nabi Sulaiman a.s. semakin bertambah kehairannya kerana tiba-tiba semut itu
melengking keras sekali. Setelah selesai semut itu melengking, beberapa minit
kemudian dari arah laut muncul seekor katak berenang menuju ke arah semut itu. Katak
itu menjemput semut yang berada di tepi pantai itu. Semut kemudian naik di
atas punggung katak lalu membawanya menyelam bersama-sama. Beberapa saat
kemudian terlihatlah semut muncul di permukaan air bersama-sama dengan katak tadi.
Kejadian itu menambah keingintahuan Nabi Sulaiman a.s. mengenainya.
Baginda
a.s. pun bertanya:
“Hai
semut, kemarilah!” panggil Nabi Sulaiman a.s.
“Baik, Ya Nabi Allah,” jawab sang semut patuh.
“Cuba
ceritakanlah kepadaku keadaanmu tadi,” perintah Nabi Sulaiman a.s.
Semut dengan rasa rendah hati lalu menceritakan keadaan dirinya tadi.
“Ya
Nabi Allah,” semut mula berbicara.
“Sesungguhnya
di dasar laut sana ada sebiji batu besar. Di dalam batu itu hiduplah
bermacam-macam ulat. Ulat itulah yang selalu menjadi rezeki saya setiap hari. Kemudian
di dalam laut itu pula Allah s.w.t. menciptakan raja serupa katak. Katak itulah
yang amat patuh menjemput saya dua kali sehari ke dasar laut.
Apabila
saya telah sampai di dasar laut berhampiran batu besar itu, dengan aneh sekali
batu tadi terbelah menjadi dua. Ulat-ulat di dalamnya kemudian keluar dan saya
tinggal memakannya. Demikianlah Ya Nabi Allah, Rahmat Allah s.w.t. yang telah
diberikan kepada saya. Saya selalu bersyukur atas anugerah yang melimpah ruah dari Allah s.w.t..
Mendengar
cerita semut itu Nabi sulaiman a.s. amat takjub mendengarnya. Benarlah bahawa
rezeki tidak terfikir dan disangka-sangka bahawa semut yang hidupnya selalu di
daratan itu tetapi rezekinya diperolehinya dari dasar laut.
Demikianlah
ibarat orang yang selalu berprasangka baik kepada Allah s.w.t., bahawasanya
Allah tidak akan membiarkan hamba-hambanya mati kelaparan yang penting mereka
itu berusaha, berikhtiar dan berserah diri kepada Allah secara mutlak.
Maha
Suci Allah yang telah mencipta makhlukNya tanpa melupakan rezekinya,” demikian
semut mengakhiri ceritanya.
Tepatlah
firman Allah s.w.t.:
“Kemudian,
apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka
(rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan
adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau
melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan
persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut
diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya
dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
Serta
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah),
sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya
(untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa
bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” ( Q. S. At-Talaaq:2-3 )
-----------------------
Pautan yang berkaitan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Semut http://perkimpantai.blogspot.com
http://put3my.blogspot.com http://www.sabreehussin.com http://harmonimy.org
http://bsm.upsi.edu.my http://www.lamankongsi.com http://diariperjalananku.blogspot.com
http://mushahidah.blogspot.com http://kintansalleh.wordpress.com http://www.deamira.com
http://amirulasril.com http://al-meheli.blogspot.com http://benihernedi.blogspot.com
http://qflee.wordpress.com http://shafiqolbu.wordpress.com http://endragu.wordpress.com
http://infounikmenarikterbaru.blogspot.com http://resolusiaddin.blogspot.com
http://put3my.blogspot.com http://www.sabreehussin.com http://harmonimy.org
http://bsm.upsi.edu.my http://www.lamankongsi.com http://diariperjalananku.blogspot.com
http://mushahidah.blogspot.com http://kintansalleh.wordpress.com http://www.deamira.com
http://amirulasril.com http://al-meheli.blogspot.com http://benihernedi.blogspot.com
http://qflee.wordpress.com http://shafiqolbu.wordpress.com http://endragu.wordpress.com
http://infounikmenarikterbaru.blogspot.com http://resolusiaddin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment