Sinopsis: Kisah dua orang pengembala kambing mengadu tentang pertikaian antara mereka berkaitan masalah pemeliharaan kambing. Seorang pemgembala memiliki seekor (satu) kambing manakala yang seorang lagi memiliki sembilan puluh sembilan ( 99 ) ekor kambing betina. Saudaranya yang memiliki 99 ekor kambing betina menginginmilikkan yang seekor kambing milik saudaranya bagi menggenapkan kambingnya seratus ekor. Pemilik seekor kambing menolak. Ia tidak setuju. Akhirnya mereka menemui Nabi Daud a.s. mendapatkan keputusan muktamad penghakiman.
“Dan sudahkah sampai kepadamu
(wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika
mereka memanjat tembok tempat ibadat; Iaitu ketika mereka masuk kepada
Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: "Janganlah
takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami
telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami
dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke
jalan yang lurus.
Sebenarnya orang ini ialah
(seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor
kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku
dengan) berkata: 'Serahkanlah yang seekor itu kepadaku', dan dia telah
mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu.
Nabi Daud berkata: "
Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu
(sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari
orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup),
setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi
Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya
(dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan
dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
Maka Kami ampunkan kesalahannya
itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta
tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).”( Q.S. Saad: 21-25 )
Sabiq binti Syaik baru
melangsungkan perkahwinannya dengan seorang pemuda bernama Oria bin Hanan.
Menurut adat, atau kebiasaannya pengantin
baru terutamanya muda mudi akan mengadakan ‘bulan madu’ mereka tetapi terhalang
kerana ada kepentingan negara yang lebih mendesak diutamakan.
Dalam tempoh tersebut, negara
menghadapi peperangan yang amat dahsyat sehinggakan pemuda-pemuda diperlukan
segera untuk dihantar di kawasan medan peperangan bagi menghadapi musuh yang
mempunyai ketumbukan tentera yang kuat.
Nabi Daud a.s. telah mengarahkan
supaya pemuda-pemuda melaporkan diri sebagai kerahan tentera bagi menghadapi
musuh yang sedang mengganas di samping menghalang serangan dan melakukan
serangan balas.
Antara individu yang terlibat
dalam kerahan tentera tersebut adalah Oria bin Hanan, suami Sabiq binti Syaik, yang baru
berkhwin beberapa hari.
Walaupun berat untuk meninggalkan
isteri tersayang tetapi Oria Hanan terpaksa pergi demi untuk negara.
Peperangan yang berlanjutan
berbulan-bulan dan prajurit terpakasa berada di medan pertempuran, bersiapsiaga
mengempur dan mempertahankan tanah air demi untuk keamanan negara.
Diringkaskan cerita, Nabi Daud
a.s. dalam rangka lawatannya ke seluruh negara, maka Baginda a.s. telah
terpandang Sabiq binti Syaik, gadis rupawan yang menarik perhatian Baginda a.s.
Bukan itu sahaja Baginda a.s.
turut tertawan dengan kejelitaan Sabiq dan dia berhajat mempersuntingkannya
menjadi isteri yang sah.
Nabi Daud a.s. mengemukakan
lamaran kepada ibu bapa Sabiq binti Syaik. Pinangan beliau diterima.
Kegembiraan keluarga Sabiq kerana
mereka akan bermenantukan bukan sahaja seorang raja tetapi juga seorang rasul. Mereka tidak melengahkan urusan
walimatulurus. Proses perkahwinan pun
dipercepatkan. Ijab qabul dijalankan. Sabiq binti Syaik menjadi isteri
Nabi Daud a.s. yang ke-100.
Pada peringkat awal, ibu bapa
Sabiq binti Syaik tidak menerima berita tentang menantu mereka, Oria bin Hanan. Sama ada hidup atau mati. Mereka telah berikhtiar untuk
mendapatkan maklumat tetapi hambar. Berbulan-bulan penantian mereka. Namun tiada berita baik.
Apabila mereka tidak mendengar
dan mendapat berita daripada menantu mereka, maka mereka beranggapan bahawa
Oria bin Hanan telah meninggal dunia. Kedukaan mereka terubat dengan
lamaran daripada Nabi Daud a.s. itu.
Apabila tiada khabar berita dan
tempoh menanti pun telah difikirkan dan dijalankan maka perkahwinan Nabi Daud a.s. dengan
pasangannya Sabiq bin Syaik dilangsungkan dengan penuh meriah.
Dalam tempoh tersebut maka
tersebarlah berita tentang perkahwinan
Nabi Daud a.s. itu kepada suami Sabiq binti Syaik, Oria bin Hanan.
Mendengar perkhabaran tersebut
maka Oria Hanan, kecewa yang amat sangat dan luruh hati sukar digambarkan. Perkahwinan yang penuh dengan
kebahagian, keharmonian dan keikhlasan telah bertukar menjadi permusuhan. Sesuatu yang sukar untuk difikir
dan ditafsirkan.
Kerinduan seorang isteri terhadap
suaminya amat membara dan rindu
dendamnya yang mendalam tetapi terhalang
disebabkan kerahan tenaga dan ketiadaan khabar berita tentang status
suami.
Suami pula apabila berada di
medan pertempuran pemikirannya terpaksa ditumpukan kepada pihak musuh. Peperangan yang berlaku tidak
mengenal kehidupan aman dan bertolak ansur tetapi terpahat di kepala
masing-masing; musuh mesti dimusnahkan - dibunuh.
Demikianlah kisah Oria bin Hanan yang tidak diketahui perkhabarannya
sehinggalah dua orang malaikat datang kepada Nabi Daud a.s. untuk menjelaskan
kedudukan perkahwinan Baginda a.s. yang ke seratus dengan Sabiq binti Hanan.
-------------------------------
Menurut riwayat lain, percakapan
Nabi Daud a.s. dengan dua malaikat yang menyerupai manusia itu adalah berkaitan
Sabigh binti Sya’igh. Beliau sedang bertunang dengan seorang lelaki bernama
Uria binti Hannan yang telah berjanji
setia akan berkahwin selepas kembali dari bertugas sebagai tentera.
Akan tetapi, semasa Uria Hannan
berada di medan peperangan melakukan perintah raja Daud a.s. berjihad.
Nabi Daud a.s. terpandang kepada Sabigh yang cantik rupawan. Pandangan tersebut menggerakkan hati Nabi Daud a.s. meminangnya. Pinanangannya diterima.
Nabi Daud a.s. terpandang kepada Sabigh yang cantik rupawan. Pandangan tersebut menggerakkan hati Nabi Daud a.s. meminangnya. Pinanangannya diterima.
Maka perkhabaran tentang Uria bin
Hannan pula telah berbulan-bulan meninggalkan tunangnya Sabigh tanpa khabar
berita. Sama ada hidup atau mati.
Demikianlah kisah perkahwinan
Daud a.s. dengan Sabigh yang menurut para ahli tafsir menjadi suatu kritikan
dan teguran Allah s.w.t. melalui dua malaikat yang menyamar sebagai dua lelaki yang datang
kepada Nabi Daud a.s. memohon penyelesaian tentang masalah mereka.
Menurut Ibnu Kathir, semua kisah yang
disebutkan oleh ahli tafsir sama ada daripada golongan salaf atau khalaf
berkaitan dengan teguran Allah s.w.t. di atas sebagai israiliat. (Lihat Ibnu Kathir
dalam Qasas al-Anbiya’). Oleh itu beliau tidak menyebut satu pun daripada
riwayat-riwayat yang dimaksudkan di atas dalam kitabnya Qasas al-Anbiya’.
No comments:
Post a Comment