Rakyat mahu tahu hasil siasatan
1MDB
Posted on Monday, May 25 @
15:36:34 MYT by paktam
BeritaKUALA LUMPUR: Kerajaan
Umno-BN tidak harus membiarkan rakyat keliru atau cuba menutup kepincangan tadbir
urus syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang turut mendapat kritikan Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,
Anuar Tahir berkata, tekanan terhadap Perdana Menteri yang juga penasihat bagi
anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan itu perlu ditangani
dengan penjelasan yang sewajarnya.
“Paling penting sekarang ini,
rakyat sedang menanti hasil prosiding siasatan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara) yang sudah bermula sejak 19 Mei lepas.
“Kita tentu mahu semua pihak yang
terlibat tidak terlepas untuk bertanggungjawab dengan di sebalik hutang
menimbun sebanyak RM42 bilion itu,” ujarnya ketika dihubungi
Menurut Anuar, ketirisan yang
berlaku dalam 1MDB begitu mencolok mata dan boleh dianggap sebagai kemuncak
pada segala penyelewengan dan salah guna dana awam sepanjang tempoh Najib
menjadi Perdana Menteri sejak tahun 2009 lalu.
“Lihat saja disebabkan penangan
hutang dibuat oleh Najib dengan 1MDB, habis institusi berkaitan kepentingan
rakyat dalam Lembaga Tabung Haji, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan
KWAP (Kumpulan Wang Amanah Persaraan).
“Dato’ Nur Jazlan Mohamed
(Pengerusi PAC) mesti pastikan prosiding yang telus sebab rakyat berhak tahu
hasil siasatan itu.
Kita juga harap nanti laporan
penuhnya dibentangkan di Parlimen,” tegasnya mengulas kritikan Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap 1MDB dalam satu rakaman video yang
tersebar luas di media sosial baru-baru ini.
Menurut Anuar, saranan Muhyiddin
supaya lembaga pengarah 1MDB bukan sahaja dipecat malah diserahkan kepada pihak
polis untuk disiasat juga pada masa sama menggambarkan krisis dalaman Umno yang
sedang kronik.
“Kalau Timbalan Presiden Umno
sendiri terangterang menempelak Presiden partinya begitu, semua orang sudah
tahu bagaimana ‘suhu’ parti Umno pada masa ini. Selain lembaga pengarah 1MDB,
Najib sebagai Menteri Kewangan perlu diheret sama sebab sebarang kelulusan
mesti Kementerian Kewangan,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment