NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 19 May 2015

ABBAS IBN FIRNAS: PENGASASA PENERBANGAN



Pengasas Bidang Penerbangan - Abbas Ibn Firnas

Posted on Saturday, May 16 @ 05:15:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Artikel "

Tahu kah anda siapa orang pertama yang mencipta kapal terbang ? Rata-rata sudah pasti akan mengatakan bahawa Wright Brothers iaitu Orville Wright dan Wilbur Wright. Dunia telah mengiktiraf Wright Brothers sebagai pencipta Kapal terbang kerana mereka dengan jaya nya dapat mencipta kapal terbang yang bernama Flyer.

Tetapi tahukah kita bahawa konsep kapal terbang yang di guna pakai oleh Wright Brothers untuk mencipta kapal terbang mereka sebenarnya diplagiat dari konsep atau idea dari seorang ilmuwan Islam yang bernama Abbas Ibn Firnas.

Abbas Ibnu Firnas atau Abbas Qassim Ibnu Firnas, merupakan seorang yang berketurunan Berber dari Sepanyol. Beliau adalah seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia, fizik dan astronomi.

Beliau telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia,mencipta Planetarium dan merekacipta kristal tiruan.Ibnu Firnas telah mendahului dunia penerbangan seribu tahun sebelum The Wright Brothers.

Pada tahun 852,seorang pemuda bernama Armen Firman terbang di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuannya (penemuan payung terjun).Beliau terselamat dari kecederaannya dan waktu itu Ibnu Firnas telah hadir menyaksikan.

Pada tahun 875 pada usia 66 tahun,Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri dan terbang melayang turun dari menara.Penerbangan itu agak berjaya dan itu di saksikan oleh sekumpulan orang yang dijemput oleh beliau.

Ibnu Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi di usia 77 tahun. Libya telah mengeluarkan setem bagi memperingati beliau, Iraq telah membina tugu memperingatinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabang Iraq dan Lapangan Terbang Ibnu Firnas di Utara Baghdad juga di ambil sempena dengan nama beliau.

"







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”