NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 23 May 2015

PENJARA KERANA MEMBUNUH



Dua bersaudara dijel
Didapati bersalah membunuh tanpa niat dua tahun lalu

MARZITA ABDULLAH  |  31 Disember 2014 1:37 AM

Mohd. Majzani Abd. Mansor (depan) dan Azmi Abdul Aziz (belakang) masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 18 dan 10 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian seorang pengedar risalah dua tahun lalu ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam,semalam. – Utusan/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 30 Dis. - Seorang bekas pekerja am Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bapa saudaranya terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda pertuduhan asal daripada membunuh kepada membunuh tanpa niat terhadap seorang pengedar risalah, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Mohd. Majzani Abd. Mansor, 35 dan Azmi Abdul Aziz, 53, setelah berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Namun katanya, setelah meneliti semula undang-undang berkaitan kes itu, didapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi pertuduhan membunuh tanpa niat.

Sehubungan itu, Hakim Abdul Halim memerintahkan Mohd. Majzani dihukum penjara 18 tahun manakala Azmi atau dikenali sebagai ‘Pak Long’ dipenjara 10 tahun berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap, 20 Ogos 2012.

“Tertuduh pertama (Majzani) selalu bertindak di luar batasan, bengis dan pemarah dan nasihat saya, kamu perlu bertolak ansur, dengar pandangan orang lain manakala tertuduh kedua atau Pak Long (Azmi), kamu bukan agresif,’’ katanya.

Mohd. Majzani yang masih bujang dan Azmi yang mempunyai seorang anak didapati bersalah membunuh tanpa niat Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, iaitu rakan serumah Azmi dengan bersenjatakan kayu.

Mereka yang berasal dari Perak didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Puchong Utama 2/1, Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong dekat sini kira-kira pukul 4.30 pagi, 20 Ogos 2012.

Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu kedua-duanya yang diwakili peguam Datuk Hanif Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum dengan mengambil kira keterangan Mohd. Majzani yang mengakui perbuatannya memukul mangsa tanpa niat membunuh.

Manakala Azmi katanya, yang bersama-sama bertugas sebagai pengedar risalah seperti mangsa, tidak merancang perbuatan itu sebaliknya insiden berkenaan tidak dapat dielakkan dan telah insaf selain berjanji tidak mahu terlibat pergaduhan lagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar mengemukakan 27 saksi pendakwaan manakala hanya tertuduh tampil sebagai saksi pembelaan.

Berdasarkan laporan akhbar, dalam kejadian itu, mangsa yang cedera parah di kepala dan tangan kiri disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut polis, mangsa dikatakan bergaduh melibatkan hutang berjumlah RM30.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”