NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 27 May 2015

NAFI 1MDB TIDAK BERI KERJASAMA



Nafi 1MDB tidak beri kerjasama

25 Mei 2015 1:55 AM

KUALA LUMPUR 24 Mei – Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan pernah mengeluarkan kenya­taan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak memberi kerjasama kepada Jabatan Audit Negara dalam proses pengauditan akaun syarikat pelaburan strategik itu.
   
Katanya, dakwaan sebuah poster yang menjadi viral di laman sosial kononnya siasatan terhadap 1MDB akan mengambil masa lama berikutan keengganan syarikat berkenaan menyerahkan dokumen adalah tidak benar.

“Saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya melalui aplikasi WhatsApp seperti dilapor­kan portal www.mykmu.net hari ini.

Ambrin berkata demikian ketika mengulas penyebaran poster tersebut yang memetik kenyataan beliau kononnya Jabatan Audit negara masih belum menerima apa-apa dokumen daripada 1MDB.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan melalui Twitter beliau semalam turut menafikan dakwaan poster berkenaan dan menegaskan 1MDB telah memberi kerjasama penuh terhadap proses audit yang sedang dilakukan.

“Poster disebar sehari dua ini dalam media sosial. Ia tidak benar. Pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB sudah beri kerjasama penuh kepada Ketua Audit Negara,” katanya.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”