NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 1 August 2013

Sultan kesal aktiviti yang dirancang abaikan waktu salat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji ‘Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam berkenan bertitah pada
Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara
Tahun 1434 Hijrah yang berlangsung di Dewan
Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa,
Berakas. (Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)

Oleh:  Khartini Hamir      
Friday, 26 July 2013 09:14 
Saiz fon  decrease font size  increase font size Cetak E-mel

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan, agat semua aktiviti yang dirancang hendaklah memastikan ibadat sembahyang tidak tercicir.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1434H/2013M berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Kebawah DYMM bertitah menegaskan agar tidak terlepas pandang mengenainya kerana jika terlepas pandang dalam perkara ini bererti kita mengundang laknat Allah Ta’ala.

Baginda bertitah memberi contoh salah satu aktiviti yang sudahpun berlaku iaitu sukan larian yang disebut ‘The Run’ di mana acara-acara tersebut menurut jadual telah bermula dari jam 4.00 pagi lagi untuk menerima peserta. Pada jam 4.40 pula peserta dikehendaki berhimpun di tempat kawasan pemanasan badan, dan tepat jam 5.00 pagi, sesi pemanasan badan bermula, dengan acara-acara larian terus berlangsung termasuklah hiburan. Pada jam 8.30 pagi barulah ketibaan tetamu kehormat dan diikuti oleh beberapa acara lain sehingga tamat pada jam 9.30 pagi.

Melihat pada jadual ini baginda merasa pelik kerana jadual aktiviti itu termasuk dalam waktu Sembahyang Subuh iaitu jam 4.43 pagi hingga membawa ke waktu siang.

Baginda juga mendapat tahu, jumlah peserta adalah ramai, sehingga mencecah beribu-ribu orang, di mana di dalam jumlah seramai itu tentu saja majoritinya adalah orang Islam.

Memandang kepada program tersebut,baginda amat kesal kerana mengabaikan ingatan mereka terhadap sembahyang berbanding sukan.

Dalam hal ini, baginda menyarankan pihak penganjur serta para pemimpin yang terlibat juga, perlu berperanan untuk meluruskan keadaan, kerana kalau tidak berbuat demikian nampak perkara ini adalah satu musibah.

“Sungguh hairan,orang masih saja boleh ketawa, walaupun ribuan para belia dan remaja, lelaki dan perempuan tidak Sembahyang Subuh, padahal mereka juga mungkin sudah faham dan malah tahu, bahawa dua raka’at Sembahyang Sunat Subuh sahajapun, nilainya adalah mengatasi harga dunia ini dengan segala isi di dalamnya”, tegas baginda.

Mengambil kesempatan di majlis ini, baginda berharap agar kejadian yang seumpama itu tidak akan berlaku lagi, di samping itu juga ingin mengingatkan kepada para penganjur dan pemimpin khasnya supaya lebih berhati-hati dalam merancang sebarang rancangan atau kegiatan yang melibatkan anak buah dan orang ramai.

“Adalah perlu, untuk mereka menilai dan memastikan terlebih dahulu agar rancangan atau kegiatan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam, kerana jika ia bertentangan dan kita pula melakukannya, bukankah ini sama ertinya dengan kita menghinakan diri dan ugama sendiri", tegas baginda.

Baginda seterusnya bertitah mengingatkan bahawa dalam bulan Ramadan yang mubarak ini, di mana pada setiap ruang dan sudutnya berisi dengan keberkatan, justeru itu, baginda menyarankan agar kita merebut peluang ini dengan memperbanyakkan amal kebajikan di dalamnya bagi meraih sebanyak mungkin pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala dan satu daripada kebajikan itu ialah dengan membaca Al-Qur’an.

Baginda bertitah, Al-Qur’an adalah mukjizat agung dan tema Sambutan Nuzul Al-Qur’an pada tahun ini “Al-Quran Sumber Kekuatan” merujuk kepada firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Hasyr ayat 21, yang tafsirnya:


A021


“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ke atas gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyu’ serta pecah belah kerana takutkan Allah. Dan (ingatlah) misal-misal perbandingan ini. Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka itu memikirkannya.”

Dari maksud ayat ini, baginda menekankan tentang kekuatan dan kehebatan Al-Qur’an di mana apabila ia digunakan sebagai perlembagaan hidup, sudah tentu kekuatan itu akan menjelma untuk mendatangi pengamalnya.

Bagi mendapatkan keberkatan, baginda mengajak umat Islam di negara ini supaya berpegang kuat kepada Al-Quran, menghayati hukum-hukumnya, dan mengambil iktibar peringatan-peringatannya.

"Dengan cara yang demikian itu, insya Allah, kita akan mendapat aura atau kekuatan yang sebenar-benarnya,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda juga ingin melihat, semua orang hendaklah pandai membaca Al-Qur’an supaya kita dan negara ini sama-sama beroleh kekuatan.

Untuk tujuan itu, baginda bertitah bahawa Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 dikanunkan dan dengan berkuatkuasanya perintah ini diharap semua kalangan generasi muda, khasnya para penuntut yang ingin melanjutkan pelajaran ke pringkat lebih tinggi di luar negara, tidak akan ada lagi mereka yang tidak pandai membaca Al-Quran. Begitu juga, tidak akan berbangkit lagi, walau seorangpun, yang tidak tahu mendirikan sembahyang.

Baginda seterusnya mengingatkan bahawa kedua-dua ibadat ini adalah asasi bagi menjamin kelangsungan sosio-hidup bangsa. Tanpanya, kehidupan boleh saja malap dan rapuh dan kerana itulah, baginda tidak jemu-jemu memperingatkan supaya jangan sekali-kali mengabaikan Al-Qur’an dan ibadat sembahyang.



                             http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”