NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 30 September 2013

Pejuang di seluruh Syria bersatu membentuk satu pasukan di bawah panji-panji 'Jaisy Islam' - Tentera Islam


Syekh Muhammmad Zahran Abdullah al-Alusi
komander tertinggi mujahideen Syria yang dilantik
TERKINI: 30/9/ 13


GEMPARR!!



ALEPPO: Satu perkembangan yang merisaukan pihak rejim/barat telah berlaku di Syria, bilamana lebih 50 batalion mujahideen/pejuang di seluruh Syria bersatu lalu membentuk satu pasukan besar di bawah suatu panji-panji yang beri nama 'Jaisy Islam' (tentera Islam). Perkembangan ini dijangka bakal memberikan tamparan lebih hebat kepada rejim/barat yang selama ini telah berusaha gigih baik cara dalam dan luar untuk melaga-lagakan antara pasukan mujahiden/pejuang.

Lebih 50 Brigade/Batalion pejuang berkumpul lalu membaiat Syekh Muhammad Zahran Bin Abdullah Allusy sebagai pemimpin tertinggi mereka. Berikut nama-nama Brigade dan Tentera yang bergabung dalam 'TENTERA ISLAM':

1. Liwa Al-Islam
2. Liwa Jays Islam
3. Liwa Jays Muslimin
4. Liwa Saiful Haqq
5. Liwa Nusur Syam
6. Liwa Basya-ir An Nashr
7. Liwa Fath Syam
8. Liwa Daraa Al-Ghoutah
9. Kataib As-Shiddiq
10. Liwa Tauhid Al-Islam
11. Kataib Janub Al-Ashimah
12. Liwa Badr
13. 'Umar bin Abdul Aziz
14. Liwa Junud At-Tauhid
15. Liwa Saiful Islam
16. 'Umar ibn Khattab
17. Liwa Mu'adz ibn Jabal
18. Liwa Al-Faruq
19. Liwa Zubair ibn Awwam
20. Liwa zi An-Nurain
21. Liwa Al-Anshar
22. Liwa Hamzah
23. Liwa Ad-Difa' Al-Jawwi
24. Liwa Al-Midfa'iyah was Shawarikh
25. Liwa' AL-Mudarra'at
26. Liwa Al-Isyarah
27. Liwa Baibarz
28. Liwa Saiful Haq
29. Liwa Maghawir Qalamun
30. Liwa 'Ibad ar-Rahman
31. Liwa Murabithin
32. Liwa Al-Badiyah
33. Liwa Anshar Sunnah
34. Liwa Ahlul Bayt
35. Liwa Syuhada Al-atarib
36. Liwa Jabhah As-Sahil
37. Liwa 'Ain Jalut
38. Kataib Anshar Tawhid
39. Kataib Al-Mujahidin
40. Kataib Shuqur Abi Dahanah
41. Kataib As-Sunnah
42. Kataib Al-Anshar
43. Kataib Al-Barra ibn 'Azib
44. Kataib Syabab Al-Islam
45. Katiba Ali ibn ABi Thalib
46. Katiba Thalhah ibn Abdillah
47. Katiba Al-Isytihadiyin
48. Katiba Rayat Al-Haqq
49. Katiba Dar'ul Islam
50. Katiba Al-Asyayir




 



Kata-kata manusia boleh ditafsir berdasarkan perakuan individu tersebut


 A036
A037
A038
A039
A040
A041
A042


“Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur." Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum)."

Yusuf menjawab:  "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat.

Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?

Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Takbir mimpi kamu itu ialah): Adapun salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya. Adapun yang seorang lagi, maka ia akan dipalang, serta burung pula akan makan dari kepalanya. Telah selesailah (dan tetaplah berlakunya) perkara yang kamu tanyakan itu.

Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.( Q.S. Yusuf: 36-42 )


Raja  Royyan adalah pemerintah Mesir. Raja yang  memenjarakan  Nabi  Yusuf   a.s.  atas pertuduhan  mengkhianati   amanah  kepada isteri menterinya ketika itu.

Memandangkan Nabi Yusuf a.s. tidak membela dirinya dalam pertuduhan palsu yang diada-adakan itu, menjadi mangsa kerana menutupi aib dan dosa-dosa keluarga angkatnya, juga tidak melakukan jenayah atas kejahatan dirinya, Baginda a.s. juga berhadapan dengan kuasa dan pengaruh pemerintah maka Baginda a.s. telah dikenakan pertuduhan dengan sabitan kesalahan dipenjarakan.

Ketika dalam penjara Nabi Yusuf a.s. menafsir mimpi seseorang yang meminta ditafsirkan maksud mimpi mereka. Mimpi yang ditafsirkan oleh Baginda a.s. adalah tepat dan benar.

Ketika Nabi Yusuf a.s. berada di dalam penjara, dua orang pelayan di raja telah dipenjarakan bersama-sama dengannya. Mereka sering berinteraksi tentang peristiwa yang mereka alami.

Raja Royyan telah memenjarakan pelayan minuman dan tukang masak beliau kerana terdapat komplot untuk membunuh baginda raja.

Pelayan minuman beliau telah membuat aduan kepada baginda raja bahawa tukang masak mengadakan komplot dengan raja Rom untuk membunuh baginda melalui membubuh racun pada makanan yang akan dihidangkan kepada raja.

Menurut pelayan minuman lagi bahawa utusan raja Rom cuba merasuah beliau tetapi ia enggan menerimanya dan menolak perbuatan terkutuk itu. Sebaliknya, rakannya, tukang masak telah bersetuju menerima rasuah.

Mereka merancang dan merencana melakukannya.

Berdasarkan  aduannya, raja telah memerintahkan pelayan minuman dan tukang masak disumbat ke dalam penjara berdasarkan aduan tersebut. Mereka dipenjarakan bersama Nabi Yusuf a.s.. Mereka berada dalam penjara selama tiga hari sahaja.

Semasa dalam penjara, mereka bertiga saling bertaaruf. Pelayan raja mengetahui bahawa Nabi Yusuf a.s. adalah seorag penafsir mimpi. Tafsirannya adalah tepat.

Menurut riwayat, pelayan minuman dan tukang masak bertanya kepada Nabi Yusuf a.s. dengan mengatakan bahawa mereka telah bermimpi sedangkan mereka sebenarnya berbohong dengan mengada-adakan cerita tentang mimpi mereka.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa pelayan minuman raja memang benar-benar bermimpi tetapi tukang masak raja tidak bermimpi tetapi mereka-reka cerita.

Mereka meminta Nabi Yusuf a.s. mentafsir mimpi mereka itu.


 A036


“Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur." Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum)." ( Q.S. Yusuf:  36 )

Pelayan minuman raja berkata:

“Aku bermimpi seakan-akan melihat ada tiga buah bekas atau mangkuk dari emas, aku memerah anggur dan memasukkan ke dalam bekas itu, lalu aku buat khamar dan aku berikan kepada raja Royyan.”

Tukang masak raja pula berkata:

“Aku bermimpi seakan-akan diriku sedang memikul satu bakul roti di atas kepalaku dan burung-burung memakan roti tersebut.”

Nabi Yusuf a.s. mentafsir mimpi mereka.


A037


"Yusuf menjawab:  "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat." ( Q.S. Yusuf:  37 )


A041


"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Takbir mimpi kamu itu ialah): adapun salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya. Adapun yang seorang lagi, maka ia akan dipalang, serta burung pula akan makan dari kepalanya. Telah selesailah (dan tetaplah berlakunya) perkara yang kamu tanyakan itu." ( Q.S. Yusuf:  41 )

Baginda a.s. bersabda:

“Wahai kedua temanku, adapun salah seorang di antara kamu akan memberi minum untuk tuannya dengan khamar.”

“Adapun yang seorang lagi akan disalib.”

Selepas Nabi Yusuf a.s. selesai mentafsir mimpi kedua-dua pelayan raja. Berkata salah seorang di antara mereka:

“Sesungguhnya saya tidak bermimpi.”

Maka Nabi Yusuf a.s. menjawab:

“Telahku tafsir mimpimu dan bahkan telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.”

Selepas mentafsir mimpi itu, pengawal-pengawal raja datang membawa tukang masak raja dengan dikenakan hukuman salib. 

Manakala pelayan minuman raja dipenjarakan.

Selepas tiga hari, utusan raja membebas dan membawa pelayan minuman raja keluar dari penjara.

Dia diberi pakaian indah dan di bawa mengadap raja  dengan penuh adat kehormatan. Sebelum pelayan minuman raja beredar dari penjara, Nabi Yusuf a.s. bersabda kepadanya:

“Jelaskan keadaanku ini kepada tuanmu.”


A042


“Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun. ( Q.S. Yusuf:  42 )

Nabi Yusuf mentafsir mimpi Raja Royyan……

Bersambung … 

Sunday, 29 September 2013

Setengah manusia berlaku zalim kepada setengah yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh




Sinopsis: Kisah dua orang pengembala kambing mengadu tentang pertikaian antara mereka berkaitan masalah pemeliharaan kambing. Seorang pemgembala memiliki seekor (satu) kambing manakala yang seorang lagi memiliki sembilan puluh sembilan ( 99 ) ekor kambing betina. Saudaranya yang memiliki 99 ekor kambing betina menginginmilikkan yang seekor kambing milik saudaranya bagi menggenapkan kambingnya seratus ekor. Pemilik seekor kambing menolak. Ia tidak setuju. Akhirnya mereka menemui Nabi Daud a.s. mendapatkan keputusan muktamad penghakiman. 





A021
A022
A023
A024
A025
A026


“Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat; Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: "Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: 'Serahkanlah yang seekor itu kepadaku', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu.

Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).”( Q.S. Saad: 21-25 )

Sabiq binti Syaik baru melangsungkan perkahwinannya dengan seorang pemuda  bernama Oria bin Hanan.

Menurut adat, atau kebiasaannya pengantin baru terutamanya muda mudi akan mengadakan ‘bulan madu’ mereka tetapi terhalang kerana ada kepentingan negara yang lebih mendesak diutamakan.

Dalam tempoh tersebut, negara menghadapi peperangan yang amat dahsyat sehinggakan pemuda-pemuda diperlukan segera untuk dihantar di kawasan medan peperangan bagi menghadapi musuh yang mempunyai ketumbukan tentera yang kuat.

Nabi Daud a.s. telah mengarahkan supaya pemuda-pemuda melaporkan diri sebagai kerahan tentera bagi menghadapi musuh yang sedang mengganas di samping menghalang serangan dan melakukan serangan balas.

Antara individu yang terlibat dalam kerahan tentera tersebut adalah Oria bin Hanan, suami Sabiq binti Syaik, yang baru berkhwin beberapa hari.

Walaupun berat untuk meninggalkan isteri tersayang tetapi Oria Hanan terpaksa pergi demi untuk negara.

Peperangan yang berlanjutan berbulan-bulan dan prajurit terpakasa berada di medan pertempuran, bersiapsiaga mengempur dan mempertahankan tanah air demi untuk keamanan negara.

Diringkaskan cerita, Nabi Daud a.s. dalam rangka lawatannya ke seluruh negara, maka Baginda a.s. telah terpandang Sabiq binti Syaik, gadis rupawan yang menarik perhatian Baginda a.s.

Bukan itu sahaja Baginda a.s. turut tertawan dengan kejelitaan Sabiq dan dia berhajat mempersuntingkannya menjadi isteri yang sah.

Nabi Daud a.s. mengemukakan lamaran kepada ibu bapa Sabiq binti Syaik. Pinangan beliau diterima.

Kegembiraan keluarga Sabiq kerana mereka akan bermenantukan bukan sahaja seorang raja tetapi juga seorang rasul. Mereka tidak melengahkan urusan walimatulurus. Proses perkahwinan pun dipercepatkan.  Ijab qabul dijalankan. Sabiq binti Syaik menjadi isteri Nabi Daud a.s. yang ke-100.

Pada peringkat awal, ibu bapa Sabiq binti Syaik tidak menerima berita tentang menantu mereka, Oria bin Hanan. Sama ada hidup atau mati. Mereka telah berikhtiar untuk mendapatkan maklumat tetapi hambar. Berbulan-bulan penantian mereka. Namun tiada berita baik.

Apabila mereka tidak mendengar dan mendapat berita daripada menantu mereka, maka mereka beranggapan bahawa Oria bin Hanan telah meninggal dunia. Kedukaan mereka terubat dengan lamaran daripada Nabi Daud a.s. itu. 

Apabila tiada khabar berita dan tempoh menanti pun telah difikirkan dan dijalankan  maka perkahwinan Nabi Daud a.s. dengan pasangannya Sabiq bin Syaik dilangsungkan dengan penuh meriah.

Dalam tempoh tersebut maka tersebarlah  berita tentang perkahwinan Nabi Daud a.s. itu kepada suami Sabiq binti Syaik, Oria bin Hanan.

Mendengar perkhabaran tersebut maka Oria Hanan, kecewa yang amat sangat dan luruh hati sukar digambarkan. Perkahwinan yang penuh dengan kebahagian, keharmonian dan keikhlasan telah bertukar menjadi permusuhan. Sesuatu yang sukar untuk difikir dan ditafsirkan.

Kerinduan seorang isteri terhadap suaminya  amat membara dan rindu dendamnya yang mendalam tetapi terhalang  disebabkan kerahan tenaga dan ketiadaan khabar berita tentang status suami.

Suami pula apabila berada di medan pertempuran pemikirannya terpaksa ditumpukan kepada pihak musuh. Peperangan yang berlaku tidak mengenal kehidupan aman dan bertolak ansur tetapi terpahat di kepala masing-masing; musuh mesti dimusnahkan - dibunuh.

Demikianlah  kisah Oria bin Hanan yang tidak diketahui perkhabarannya sehinggalah dua orang malaikat datang kepada Nabi Daud a.s. untuk menjelaskan kedudukan perkahwinan Baginda a.s. yang ke seratus dengan Sabiq binti Hanan.

-------------------------------

Menurut riwayat lain, percakapan Nabi Daud a.s. dengan dua malaikat yang menyerupai manusia itu adalah berkaitan Sabigh binti Sya’igh. Beliau sedang bertunang dengan seorang lelaki bernama Uria  binti Hannan yang telah berjanji setia akan berkahwin selepas kembali dari bertugas sebagai tentera.

Akan tetapi, semasa Uria Hannan berada di medan peperangan melakukan perintah raja Daud a.s. berjihad. 

Nabi Daud a.s. terpandang kepada Sabigh yang cantik rupawan. Pandangan tersebut menggerakkan hati Nabi Daud a.s. meminangnya. Pinanangannya diterima.

Maka perkhabaran tentang Uria bin Hannan pula telah berbulan-bulan meninggalkan tunangnya Sabigh tanpa khabar berita. Sama ada hidup atau mati.

Demikianlah kisah perkahwinan Daud a.s. dengan Sabigh yang menurut para ahli tafsir menjadi suatu kritikan dan teguran Allah s.w.t. melalui dua malaikat yang menyamar sebagai dua lelaki yang datang kepada Nabi Daud a.s. memohon penyelesaian tentang masalah mereka.

Menurut Ibnu Kathir, semua kisah yang disebutkan oleh ahli tafsir sama ada daripada golongan salaf atau khalaf berkaitan dengan teguran Allah s.w.t. di atas sebagai israiliat. (Lihat Ibnu Kathir dalam Qasas al-Anbiya’). Oleh itu beliau tidak menyebut satu pun daripada riwayat-riwayat yang dimaksudkan di atas dalam kitabnya Qasas al-Anbiya’.  


Thursday, 26 September 2013

Mengapa Israel Takut dengan Penghafal Al-Quran?


Oleh: Hanifah Qomariah - Selasa 12 Zulkaedah 1434 / 17 September 2013 21:48

“Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an maka baginya satu pahala dan satu pahala diganjar sepuluh kali lipat.” (HR. Tirmidzi)

SEPERTI yang telah kita ketahui bersama bahwa perang antara Israel-Palestina (HAMAS) tidak akan ada hentinya entah sampai kapan. Israel  terus menerus melakukan pembantaian-pembantaian terhadap warga Palestina, entah dengan cara sadis ataupun menggunakan siasat licik yang lemah lembut.

Perlu diketahui bahwa dari sekian ribu jiwa korban keganasan perang Israel, 75% diantara mereka adalah anak-anak dan wanita. Berbagai alasan disampaikan oleh Israel mengenai korban tersebut, inilah, itulah bahkan sebagian besar alasannya sangat tidak masuk akal sama sekali dan terkesan mengada-ada. Lebih parahnya lagi Negara-negara dunia seakan tidak mampu menghentikan ini semua, termasuk negara-negara arab sendiri.

Banyak dari kita yang mempertanyakan kenapa Israel tega menghabisi nyawa anak-anak Palestina? Ada yang bilang memang tabiat Israel yang kejam dan biadab, ada juga yang bilang Israel takut akan pertumbuhan anak-anak Palestina. Karena anak-anak yang terlahir adalah generasi masa datang yang gemilang. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga.

Berikut ini akan dijelaskan mengapa Israel menjadikan anak-anak Palestina sebagai target operasi mereka selain kelompok HAMAS tentunya.

Pada penyerangan Israel terhadap Palestina pada Desember 2008 yang bertepatan dengan bulan suci Ramadhan tahun 1429 H, pimpinan HAMAS Ismail Haniyah melantik sekitar 3,500 anak-anak Palestina yang telah hafal Al-Qur’an. Dan ternyata anak-anak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?” Demikian pemikiran yang berkembang di dalam pikiran orang-orang Yahudi.

Tidak heran jika-anak Palestina menjadi para penghafal Al-Quran. Kondisi Gaza yang diblokade dari segala arah oleh Israel, menjadikan mereka terus intens berinteraksi dengan Al-Qur’an. Tidak ada main Play Station atau game bagi mereka.

Namun kondisi tersebut memacu mereka untuk menjadi para penghafal Al-Quran yang masih begitu belia. Dan pada saat itu, karena ketakutan Zionis Yahudi, sekitar 500 bocah penghafal Quran itu telah syahid.

Itulah sebagian alasan mengapa HAMAS memberlakukan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota mereka, diantaranya Hafidz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan shalat fardhu terutama shalat subuh.

Teringat sejarah emas tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan dahulu. Dan rahasia besar yang perlu dicatat dalam masa itu adalah umat Islam tidak pernah jauh dengan Al-Quran, tidak pernah melepaskan hadits Rasulullah saw menjadi pedoman. Seperti dalam sebuah hadits Rasulullah Saw. pernah bersabda.

“Telah kutinggalkan untuk kalian dua hal. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya, maka kalian tidak akan pernah sesat, yaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya” (HR. Malik).

Perang panjang dengan Yahudi akan berlanjut entah sampai berapa generasi lagi. Ini cuma masalah giliran. Sekarang Palestina dan besok bisa jadi Indonesia. Apa yang telah dilakukan pemerintah Indonesia untuk membina generasi penerus bangsa?

Belajarlah dari Palestina, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap saat, setiap menit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak menyurutkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh tentang Agama Islam.

Israel memang unggul dalam segi jumlah pasukan dan perlengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestina memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka, anak cucu mereka. Mendapat syahid dengan janji bertemu Rabb dengan leluasa tanpa tabir apapun. [hf/islampos/kazuki011.wp]




Thursday, 19 September 2013

AIR MATA PRESIDEN MURSI



Sudahkah kita kenal atau tahu siapa Dr Muhammad Mursi? Apakah kisah di sebalik segala yang terjadi di Bumi Kinanah itu? Mungkin ada yang sudah cukup tahu atau tentu ada yang tidak tahu apa-apa.

Justeru, saya mencadangkan anda menjamah buku AIR MATA PRESIDEN MURSI dengan segera dapatkannya di SINI.

Moga ia sedikit sebanyak memberikan penjelasan dan kefahaman kepada diri, insya’Allah.
Sedikit, saya sertakan sinopsis buku ini yang ditulis oleh Saudara Pirman.

Moga bermanfaat, insya’Allah.
____________________________


Air Mata Presiden Mursi

Rampasan kuasa selalu meninggalkan luka, baik bagi rakyat mahupun yang dikudeta. Rangkaian peristiwa itu sering kali diiringi kekerasan berdarah, bermula daripada pengasingan, intimidasi, hingga pembunuhan beramai-ramai. Perebutan kuasa biasanya diawali dengan pembunuhan pendapat awam bahawa mangsa memang layak dikudeta.

Inilah yang terjadi di Mesir pada awal Julai lalu. Ironisnya, rampasan kuasa di Mesir terjadi pada abad ke-20, ketika demokrasi didakwa sebagai sistem terbaik untuk tatanan dunia saat ini.

Presiden Dr Muhammad Mursi yang terpilih secara sah dalam pilihanraya demokratik sepanjang sejarah Mesir dijatuhkan tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah as - Sisi. Rampasan kuasa bukan kehendak murni tentera (halaman 3).

Manager Nasution, salah seorang anggota Komuniti Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM), berkata rampasan kuasa adalah kejahatan kemanusiaan, pengkhianatan demokrasi, serta mengorbankan rakyat dan masa depan Mesir (halaman 51).

Kenyataan itu seakan-akan terbukti setelah berlanjutnya aksi aman yang dilakukan para penyokong Presiden Dr Muhammad Mursi.

Bukan saja di Mesir yang telah berlangsung lebih dari sebulan, melainkan juga sokongan pelbagai belahan dunia. Pada aksi aman di Mesir, tentera bertindak membabi buta. Sudah tiga kali tentera menembak demonstran aman.

Hingga kini, kira-kira 500 orang tewas. Mesir adalah negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

Sebagai memberikan gambaran yang utuh tentang rampasan kuasa 3 Julai 2013 ini, AM Waskito mengambil inisiatif untuk menulis buku Air Mata Presiden Mursi.

Buku yang terbit beberapa minggu selepas rampasan kuasa ini memberi perspektif seimbang. Di dalamnya disediakan data saintifik dan analisis. Selain turut membedah sejumlah pemberitaan media massa nasional.

Banyak sebab yang melatar belakangi kudeta berdarah, seperti penilaian Mursi gagal mengangkat ekonomi rakyat. Padahal, jika mahu jujur​​, kepimpinan ini telah berjalan satu tahun lebih tiga hari.

Sungguh sangatlah tidak mungkin seorang presiden memperbaiki kerosakan yang telah dilakukan selama 30 tahun hanya dalam masa satu tahun (halaman 106) .

Di sisi lain, ditemukan pula fakta bahawa awal mula rampasan kuasa terjadi lantaran presiden yang merupakan kader Ikhwanul Muslimin ini menolak pinjaman sebanyak 4.8 bilion dollar dari IMF.

Dengan alasan kemandirian, Mursi mantap menolak pinjaman itu. Alhasil, IMF menghulurkan dana segar sebanyak 1.3 bilion dollar kepada tentera Mesir di bawah komando Jenderal as-Sisi. Dan dana itulah yang menjadi mahar untuk rampasan kuasa (halaman 58).

Fakta lain, beberapa hari selepas Mursi dilanti , sempadan Mesir dan Palestin langsung dibuka sehingga warga Palestin boleh keluar - masuk Mesir tanpa pemeriksaan ketat. Lalu selepas rampasan kuasa terhadap Mursi, pintu sempadan itu ditutup lagi (halaman 63).

Pada akhirnya, rampasan kuasa dengan dalih apa pun adalah tindakan yang menodai demokrasi. Dunia berharap tidak ada lagi darah yang tumpah. Apalagi, demo aman penyokong Mursi yang sudah dilakukan lebih dari 30 hari di lapangan R4bia Al Adawiyah ini telah menelan 500-an korban jiwa.

Aksi aman penyokong Mursi bukan tuntutan. Kerana majalah sekelas Time pada edisi bulan Julai mengeluarkan sebuah liputan dengan judul World s Best Protesters. Gelaran itu diberikan kepada demonstran aman yang setia menyokong presidennya.

Dengan jumlah massa jutaan, tidak ada tumpukan sampah di tempat aksi. Bahkan mereka melakukan seluruh aktiviti di medan aksi itu tanpa kekecohan, dengan tetapan yang sangat baik. Semoga keadilan akan segera tertegak.

Diresensi Pirman lulusan SMA N 1 Comal , pelajar teladan tingkat Kabupaten Pemalang, 2006.
Tajuk               : Air Mata Presiden Mursi
Penulis             : AM Waskito
Penerbit          : Pustaka Al Kautsar – Jakarta
Cetakan         : I Julai 2013
ISBN               : 978-979-592-640-5
____________________________________________
Sedikit terjemahan ke Bahasa yang mudah difahami.

Dapatkan segera di MAAt
Posted Yesterday by Mujahidah Fie Sabilillah


["Kudeta Telah Gagal", kata Penganalisa Tentera]


Oleh: MesirKini

Seorang penganalisa tentera yang disegani menyebut bahawa kudeta di Mesir "telah gagal" selepas hanya dua bulan Presiden Mursi digulingkan. Jeneral Safwat El-Zayat menekan bahawa demonstrasi anti-kudeta di seluruh negara jelas menunjukkan kerajaan kudeta tidak mampu meyakinkan rakyat Mesir akan tindakan mereka melawan arus demokrasi negara ini.

Oleh kerana itu, menurut El-Zayat, bermakna Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi mempunyai pilihan samada mengarahkan pasukannya untuk membunuh lebih ramai pembantah sehingga mereka tidak lagi kembali ke jalanan, satu pilihan yang didakwa dibangkang ramai pegawai tentera; atau libatkan pasukan bersenjata di kawasan lain untuk menarik perhatian media daripada demonstrasi pro-demokrasi yang semakin mendapat sokongan padu.

Bantahan yang berterusan ini merupakan mimpi buruk buat Al-Sisi dan mereka yang bersekongkol dengannya. Kaherah dan Iskandariah sahaja menyaksikan 42 perarakan setakat ini, sementara Jumaat lalu menyaksikan perarakan di bandar-bandar yang baru memulakan aktivisma awam, seperti Abu El-Matamir, El-Mahalla, Suez, El-Wadi El-Jadeed dan kota-kota di Laut Merah.

Oleh sebab itu, operasi ketenteraan di Sinai dan kawasan-kawasan lain dirangka untuk memprovokasi pihak militan untuk bertindak balas dengan keganasan, bagi mewajarkan tindakan keras penuh kezaliman rejim kudeta ke atas demokrasi. Hal ini juga untuk mengalihkan perhatian tentera-tentera daripada situasi politik; ketika mereka sibuk "menentang keganasan", politik akan menjadi sesuatu yang kabur dan tidak menjadi keutamaan.

Tambahan pula, Jeneral El-Zayat percaya, pihak tentera akan terpaksa mengambil tindakan dalam masa terdekat bagi menghentikan keberantakan dalam negara. Ekonomi hampir diambang keruntuhan dengan sedikit peluang untuk pulih, tidak kurang disebabkan oleh kudeta dan tindakan keras mereka terhadap ribuan yang berdemonstrasi menentangnya setiap hari. "Meskipun mereka berusaha keras untuk menutup fakta ini," beliau menyimpulkan, "realitinya kudeta Al-Sisi telah gagal mencapai matlamatnya."

Sumber : Middle East Monitor
#mesirkini
#R4BIA

 --------------------

Coup has failed, says military analyst

Wednesday, 18 September 2013 14:31
645  246    5  900

Safwat ZayatGeneral Safwat El-ZayatA respected military analyst has said that the coup in Egypt "has failed" just two months after the overthrow of elected President Mohammed Morsi. General Safwat El-Zayat noted that anti-coup demonstrations around the country suggest that the coup authorities have not been able to persuade the Egyptian people of the need for the action that they took against the democratic will of the nation.

This, claims El-Zayat, means that General Abdel Fattah Al-Sisi has the choice of either ordering his forces to massacre more protesters until they stay off the streets, an option rejected by many army officers, it is alleged, or get the armed forces involved elsewhere to distract media attention from the growing support for pro-democracy demonstrations.
The ongoing protests are a nightmare for Al-Sisi and his co-conspirators. Cairo and Alexandria alone have witnessed 42 marches so far, while last Friday saw many protests in cities new to such public activism, such as Abu El-Matamir, El-Mahalla, Suez, El-Wadi El-Jadeed and the Red Sea towns.

The military operations in Sinai and other areas are thus designed to provoke militant groups to respond with violence, which will serve as a justification for the coup regime's brutal crackdown on democracy. It will also divert soldiers' attention from the political situation; when they are "fighting terrorism" politics as such pales into relative insignificance.

Moreover, believes General El-Zayat, the army will shortly be forced to take action to stop the country falling apart. The economy is near-collapse with little hope for recovery, not least because of the coup and its repercussions against which thousands are demonstrating on a daily basis. "Despite its best efforts to disguise the fact," he concluded, "the reality is that Al-Sisi's coup has failed in its objectives."

- See more at: http://www.middleeastmonitor.com/news/africa/7419-coup-has-failed-says-military-analyst#sthash.jVwC2dG8.dpuf



Mohon ampun dengan bertaubat



A021
A022
A023
A024
A025



“Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;

Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu.

Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).” ( Q. S. Saad: 21-25 )

Peristiwa ini berlaku apabila Nabi Daud a.s. berkahwin dengan seorang wanita cantik menawan hati Baginda a.s., sehingga kegembiraannya itu terdapat perubahan dalam menjalankan tugasan, sama ada sebagai rasul atau raja dengan penampilan beliau dari hari ke sehari. Perempuan yang dinikahi itu amat bertuah?

Selepas  perkahwinan Baginda a.s., Nabi Daud a.s. didatangi oleh dua orang lelaki mengadu tentang sesuatu perkara yang sukar untuk dileraikan. Kehadiran mereka pula bukan hari yang ditetapkan oleh Nabi Daud a.s. untuk rakyat jelata menemui Baginda a.s. Tetapi hari itu adalah hari yang luarbiasa berbanding dengan hari-hari sebelumnya. Melakukan aduan pada hari yang bukan ditetapkan, hari yang tidak mengikut jadual dan hari yang bukan bekerja bagi raja bertemu pelanggan. Tiada temujanji. Tetapi kedua lelaki itu ingin juga berjumpa dengan Baginda a.s.

Tiba-tiba datang dua orang lelaki berkata kepada pengawal istana:

“Bolehkah kami berjumpa dengan Nabi Daud a.s?”

Seorang pengawal memberi jawapan bahawa tidak dibenarkan masuk kerana hari itu bukan masanya untuk menemui Nabi Daud a.s.. Hari perjumpaan telah ditetapkan pada hari-hari tertentu sahaja.

Jawab salah seorang lelaki itu:

“Kami ada perkara penting yang memerlukan penghakiman segera daripada Baginda a.s.”

Pengawal istana bertegas tidak membenarkan mereka berjumpa dengan nabi.

Sebelum daripada itu Nabi Daud a.s. telah memaklumkan kepada rakyat jelata tentang hari-hari yang mereka boleh berurusan dengan Baginda a.s.. Nabi Daud a.s. membahagikan waktunya kepada empat bahagian. Rakyat jelata boleh menemui beliau mengadu hal mereka setiap selang empat hari:

Hari pertama:
Diperuntukkan untuk mengurus kepentingan dirinya sendiri.

Hari kedua:
Diperuntukkan untuk kepentingan beribadat kepada Allah s.w.t.

Hari ketiga:
Diperuntukkan untuk menyelesaikan urusan rakyat jelata

Hari keempat:
Diperuntukkan untuk berdakwah mengajak umatnya ke jalan yang dikehendaki Allah s.w.t.

Rakyat jelata hanya berurusan dengannya mengikut hari yang telah ditetapkan iaitu hari yang diperuntukkan ketika menyelesaikan urusan rakyat jelata. Tetapi berbeza dengan peristiwa dua lelaki itu. Mereka menongkah arus. Tidak mengikut peraturan kerana bersegera untuk menyelesaikan masalah mereka. Tanpa penangguhan. Enggan menangguhkan aduan mereka. Muktamad.

Setelah mereka berada di hadapan Nabi Daud a.s. , Nabi Daud a.s. terkejut dan kehairan kerana dia tidak pernah mengizinkan masuk ke dalam istana dua orang lelaki itu. Nabi Daud a.s. tidak menyedari bahawa lelaki-lelaki yang datang itu membawa mesej kepadanya.

Kedua-dua lelaki itu duduk berhampiran dengan Nabi Daud a.s.

Berkata salah seorang daripadanya:

Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

Nabi Daud a.s. bersabda:

“Hai lelaki, apakah perkara yang akan engkau sampaikan kepada saya?”

Lalu salah seorang lelaki itu berkata:

Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: 'Serahkanlah yang seekor itu kepadaku,' dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu.

Walaupun berulang kali saudaranya meminta, pemilik seekor kambing itu tetap menolak kerana ia tidak mempunyai kambing lain kecuali yang seekor itu.

Selesai lelaki yang mempunyai seekor kambing menjelaskan masalahnya kepada Nabi Daud a.s., maka Baginda a.s. bertanya kepada lelaki yang mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing itu pula:

“Benarkah apa yang disampaikan oleh saudaramu in?”

Jawab lelaki  itu:

“Benar ya Daud. Perkara itu saya lakukan agar bilangan kambing saya genap seratus ekor.”

Mendengar jawapan lelaki itu, Nabi Daud a.s. marah. Kemarahannya terlihat dengan perubahan air mukanya menjadi merah padam. Badannya gementar (mengelatar) dengan perubahan intonasi suaranya yang keras dan meninggi.

Nabi Daud bersabda:

Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!

Nabi Daud a.s. bersabda kepada orang yang mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing itu:

“Tuntutanmu  kepada sudaramu itu tidak baik, kalau kamu masih menuntut juga akan saya pukul dahi dan hidungmu.”

Mendengar sabda yang diucapkan oleh Nabi Daud a.s. itu, lelaki itu berkata:

“Hai Daud, sebenarnya engkaulah yang lebih patut dipukul, sebab engkau sudah mempunyai sembilan puluh sembilan isteri lalu engkau kahwin lagi dengan seorang perempuan yang memiliki suami, yang bernama Sabiq binti Syaik.”

Mendengar kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu, Nabi Daud a.s. tertunduk kepalanya, gementar badannya. Sedarlah ia hakikat keadaan yang dihadapinya, bahawa yang di hadapannya itu adalah dua orang malaikat yang diutus Allah untuk membetul dan menunjukkan kepadanya situasi pernikahan Baginda a.s. yang ke seratus itu.

Setelah Nabi Daud a.s. mengakui akan kekeliruannya  itu:

Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).”

Nabi Daud a.s. seorang nabi yang diberi petunjuk dan pengajaran tanpa bertangguh, mendapat petunjuk, dalam pengawasaan Allah s.w.t. dan cekap.  

Bersambung …




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”