NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 20 August 2013

Semut berbicara memberi teladan kepada manusia



A018
A019


“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke ‘Waadin-Naml’, berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari."

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu-dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh." ( Q.S. An-Naml: 18-19 )

Semut1 sifatnya bersunguh-sungguh sehingga berjaya:

Allah!
Berjaya
Diberkati
Bekerja keras
Rajin berusaha
Berjimat cermat
Pantang mengalah
Cerdik dan luar biasa
Peka dengan keadaan
Cekal, sabar, tekad, kuat
Mengulang-ulangi pekerjaan
Tidak pernah letih dan bosan
Berfikir, merancang dan bertenaga
Tidak berputus asa, tiada keluh-kesah
Mencari dan meraih keredhaan Allah s.w.t
Berikhtiar mencari jalan yang tersekat/terhalang
Memahami keperluan semasa/bersifat kontemporari
Mendapatkan pertolongan jika sukar diselesaikan sendirian



Semuat yang berada di hadapan Nabi Sulaiman a.s. adalah semut yang diberkati. Peristiwa tersebut berlaku ketika angkatan tentera Nabi Sulaiman a.s. melalui lembah semut menuju ke sebuah tempat dinamakan Asqalan.

Semut dalam kehidupannya terdapat di dalamnya pengajaran dan teladan bagi kita yang berakal iaitu; kecekalan, kesabaran, tekad kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal istilah letih dan bosan.

Semut terkenal dengan sikap cerdik yang luar biasa dalam usahanya mendapatkan apa yang dicita-citakan.

Semut jika jalan yang dilaluinya terhalang, maka ia akan berusaha melalui dari arah kanan atau kiri. Jika ia mendapat kesukaran untuk berjalan juga, maka ia akan berhenti. Kemudian kembali lagi dengan tenaga yang lebih kuat berbanding yang pertama. Ia akan menjauhi jalan pertamanya yang sukar kerana ada beberapa rintangan, namun ia tetap kembali berjalan menuju arah yang sama dengan mencari jalan lain sehingga ia menemui tempat yang dituju.

Semut jika jalan yang dilalui terhalang oleh genangan air, maka ia bersama kawan-kawannya saling bekerjasama membuat semacam jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberangi, maka semut-semut yang membentuk semacam jambatan itu merapat ke tepi. Maha Suci Zat yang telah memberikan kepada setiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberi kefahaman kepadanya dengan akal naluri dan bakat semulajadi untuk melanjutkan kehidupan masing-masing.

Semut jika menemui sepotong daging atau kaki belalang dan ia tidak kuat untuk membawa bersendirian, maka ia akan pulang ke rumah semut dan memanggil kawan-kawannya untuk bersama-sama membawa makanan yang ditemui itu.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran luar biasa yang dapat memberi pengajaran bagi orang yang ingin meraih kejayaan. Bahkan, seandainya kita meletakkan sebuah batu ditengah-tengah laluan jalan mereka, kita akan lihat mereka berhenti, namun tidak akan berpatah balik arah ke belakang. Ia akan tetap mengguna atau berusaha menaiki batu yang kita letakkan itu atau berusaha melalui celah-celah di kanan atau kiri batu atau mencari jalan alternatif lain yang menghala kearah tempat dituju. Mereka tidak mengenal istilah berundur ke belakang dan kembali ke tempat sebelumnya.

Semut berusaha berulang-ulang dan berterusan sehingga ia berhasil mencapai matlamat yang diinginkan. Ia merangkak ke sebelah pokok, lalu jatuh, kemudian bangun dan berusaha untuk merangkak lagi ke atas pokok, lalu terjatuh lagi, begitulah terjadi berulang-ulang, namun ia tetap terus berusaha sehingga akhirnya ia sampai naik ke atas pokok yang diinginkan dan mendapatkan apa yang dicari tanpa merasa letih dan bosan.

Semut dan kehidupannya pernah ditulis dan dinyatakan bahawa semut mengumpul makanannya dari musim panas hingga ke musim sejuk kerana semut kurang aktif keluar pada musim sejuk. Ia menyimpan makanan musim sejuknya dan hanya digunakan/dimakan ketika benar-benar telah tiba masanya. Bagi biji-bijian yang ia simpan tidak tumbuh dalam tempat penyimpanannya, maka dengan izin dan kuasa Allah s.w.t. (Zat yang telah memberikan kepada setiap sesuatu bentuk kejadiannya kemudian memberinya sesuatu yang dapat dijadikan untuk mencari penghidupan) si semut membelah biji tersebut dari tengah agar tidak tumbuh.

Semut mempunyai kekuatan yang luar biasa bagi mewujudkan tekadnya untuk meraih yang diingini. Ia tidak pernah kecewa, merasa bosan dan putus asa sehingga semut adalah haiwan yang dijadikan contoh teladan di dalam perkara bercita-cita dan tekad kuat yang tidak mengenal putus asa.

Semut memberi teladan kepada seorang Arab Badui ketika mengembara kerana sesuatu keperluan. Ketika ia merasa sangat letih, penat dan merasa putus asa, maka ia terduduk dan berfikir untuk berpatah balik. Tiba-tiba ia melihat seekor semut yang merangkak-rangkak naik ke atas batu besar. Semut tersebut jatuh, kemudian merangkak naik lagi dan jatuh lagi. Perkara itu terjadi berkali-kali, namun si semut tetap mencuba. Mencuba dan berusaha sehingga akhirnya ia berjaya sampai ke atas batu besar itu. Melihat peristiwa tersebut, orang Arab Badui tersebut berkata di dalam hatinya:

“Saya seharusnya lebih patut untuk bersabar dan berusaha keras daripada semut tersebut.”

Lalu ia pun melanjutkan perjalanannya sehingga akhirnya ia pun sampai ke destinasi yang dituju dan ia berkata:

“Cari dan raih, jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah rasa bosan.”

“Tidakkah kamu lihat tali yang tidak seberapa panjang, namun ia dapat mengalihkan sebuah batu yang keras.”









--------------------
1. Kisah ini dipetik daripada penulis buku Best Seller 'La Tahzan' buku bertajuk: Hakdha Haddathana Al-Zaman.  ( Terjemahannya: Beginilah Zaman Memotivasikan Kita ) hasil karya: Dr. Aidh Bin Abdullah bin Aidh Majdu' Bin Aidh Bin Rashid Al-Qarni dan diterjemahkan oleh: Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur (2006) di bawah tajuk: Semut dan Kejayaan, muka surat 6-8.


Pautan yang berkaitan: http://id.wikipedia.org/wiki/Semut
                                      http://www.youtube.com/watch?v=g4PbsdSXjUI
                                      http://www.amazine.co/21-fakta-unik-menarik-tentang-semut/
                                      http://sains.kompas.com/Semut.Bisa.Deteksi.Gempa.Bumi
                                      http://animhosnan.blogspot.com/search/label/SEMUT
                                      http://www.deherba.com/khasiat-sarang-semut.html
                                      http://desiliana05.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”