NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 5 April 2014

CEREKA: DRAMA ATAU WAYANG ADA NILAI DUIT



Dunia kini aktif melakunkan drama bersiri. Drama yang diplagiatkan daripada suatu drama yang plot ceritanya difahami oleh pengemar drama.  Ia bukan sahaja digemari oleh penonton tetapi pengarah-pengarah drama juga berminat meneruskan drama-darma bersiri kerana di sana ada nilai duit. Wujudnya persefahaman. Kadang-kadang drama yang dikemukakan menonjolkan hero/heroin yang sama kecuali ditamatkan riwayat hero/heroin tersebut untuk menggantikan dengan hero/heroin lain. Lalu muncullah hero/heroin baru dengan stail terkini dibentuk atas persetujuan pengarah dan sesuai melakunkan watak-watak yang disediakan.  Kadar  bayarannya boleh dirundingkan. Alakulihal yang penting duit.

Berkatalah nenek tua yang tidak dikenali: ‘Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali’.

Mengapa hero/heroin tersebut ditamatkan lakunannya sebelum tamat episode seterusnya? Kerana mereka tidak mengikut arahan pengarah, menyimpang dari plot cerita, berlebih-lebihan dalam melakunkan watak, banyak sangat mengomen dan kurang berkomunikasi dengan pengarah. Oleh itu, penyediaan, penyusunan dan tambah nilai skrip drama yang disediakan oleh pengarah terpaksa diubahsuai mengikut kritikan klien yang akan menambah baik dan mengharmonikan lagi drama bersiri pada masa akan datang. Persembahan wajar releven dalam konteks semasa.

Manakala wayang pula, memfokuskan penceritaannya berkesimbungan secara mendatar, imbas kembali, membina watak yang wajar menerima pujian, lemah kemudian kuat, dihina kemudian dipuja, percintaaan, dileraikan dan kekecewaan, duka nestapa, gembira sakan, berpanjangan kacak dan lawa. Memfokuskan lakunan yang telah ditentukan daripada mula sehingga tamat episod.  Akhir plot penceritaan meletakkan hero/heroin memenangi pesaing-pesaingnya.

Yang penting intonasi, mimik muka, ucapan, tayangan gambar/slide, situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, bergelora, menyayat perasaan, simpati, di samping warna-warni lokasi dan alunan latar musik menimbulkan kesan kepada cerita. Kadang-kadang diselangi dengan lawak, komedi dan melucukan.

Terdapat juga wayang, watak hero/heroinnya dimatikan ketika penggambaran kerana mereka tidak dapat menghayati skrip yang disediakan oleh pengarah. Maka ia pun ditamatkan dengan cara mati, tragedy atau sesuatu yang menjelaskan bahawa watak hero/heroin dimuktamadkan/ditamatkan.

Beberapa perbezaan antara Drama dan wayang, seperti berikut:


Drama:

  1. Ceritanya ringkas.
  2. Bersiri-siri dan boleh berubah-ubah.
  3. Pelbagai lakunan cerita dibuat.
  4. Matikan watak, melahirkan watak baru, menghidupkan semula watak yang dimatikan seiras atau ada persamaan.
  5. Drama boleh ditamatkan episodnya jika sirinya hambar.

Wayang:

  1. Ceritanya panjang.
  2. Watak-watak hero/heroin, pelakun-pelakunya di samping pelakun tambahan orang yang sama sehingga tamat.
  3. Dikembangkan plot ceritanya, bertukar ganti gembira dan sedih, percintaan dan kesudahannya, pada akhirnya hero/heroin memperolehi kejayaan.
  4. Watak-watak pelakun telah disiapkan tetapi lakunan akan berubah pada saat-saat akhir penggambaran.
  5. Ceritanya tetap, ada penamatnya.

Pengarah yang kreatif, inovatif, flexsible dan tahu mengalih perhatian penonton, supaya tidak jemu melihat lakunan layar yang ditayangkan, maka pengolahan dan teknik wajar diambil perhatian, supaya penonton terbuai-buai dan mengikuti dengan tekun, contohnya:

  1. Menjalankan aktiviti biasa, tiba-tiba dikejutkan dengan kehilangan barangan berharga. Dihebahkan kepada umum tentang kehilangan barangan tersebut. Masyarakat umum terperanjat. Hamba-hamba berbicara dikedai susu.
  2. Maka dipanggilah penyebar maklumat dan diceritkan kronologi peristiwa dengan membuat andaian menerusi maklumat teropong malam. Memaklumkan kepada umum tentang kehilangan barangan berharga, lalu pengarah menarik perhatian khalayak mencari di kawasan timur, setelah dicari orang timur kata tiada, lalu dicari pula di kawasan utara, orang di sana bersuara tiada di sini. Pengarah mengarahkan lagi mencari di barat lalu dikhabarkan kepada umum sebenarnya burung-burung telah melarikan barangan tersebut kearah selatan. Di selatan, pencarian diteruskan walaupun jauh, banyak onak dan duri, kawasannya luas berjuta-juta inci.
  3. Maka berkatalah lagi pengarah: ‘Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga dan kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’.
  4. Belum selesai pencarian barangan hilang, tiba-tiba seorang nenek tua diculik oleh pengganas yang dikehendaki di kampong terpencil. Maka satu dunia melihat kepada nenek tua fakir yang tidak dikenali. Adakah untuk mengalihkan perhatian?  Tetapi ingat bahawa nenek tua sudah dipenghujung usia. Berkatalah nenek tua yang tidak dikenali: ‘Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali’.
  5. Bila isu kehilangan dan penculikan sukar dijejaki ini menunjukkan bahawa manusia perlu menginsafi dosa-dosa yang dilakukan kerana dikhuatiri taubat hamba terhijab.  Dengan siapa kita memohon pertolongan? Hanya kepada Allah Rabul Jalil.

Pengarah kontemporari memahami cita rasa penonton dengan mengambil kira sentimen masyarakat umum dimanfaatkan semaksimumnya kerana cerita yang tiada penghujung, sifatnya infiniti. Walapun pengarah dan kumpulan pemikir memerah otak untuk suatu tujuan akhirnya ia akan mati. Matinya seperti nenek tuan dihujung usia. Mereka mati ketika membincang tentang duit, kuasa dan mendungu-dungukan insan mulia.



















 




















































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”