“Prodemontrasi menjatuhkan kerajaan
pimpinan Viktor Yanukovyck di Ukraine, setelah diasak berbulan-bulan,” laung Mansurah.
“Melalui demontrasi pun boleh tumbang,” celah Balqis
"Ganas kaaaaaan!" jawab Mansurah.
“Kawan-kawan mantan presiden, lambat
baca rekod pentadbiran mereka, barangkali mereka pun dah tua-tua, kurang
tenaga, stamina lemah, berfikir cara lama, masalah dalaman, ” jawab Uwaimir.
“Masing-masing ada agenda,” sambung Uwaimir lagi.
“Memanglah sebab kuasa besar bermain
tabir,” sampuk ‘Iyash.
“Dalam keadaan kelam kabut sukar untuk
pencerahan tentang isu-isu, tentang dajal-dajal, tentang semut-semut hitam
bergerak waktu malam di samping gajah melindunginya. Saya yang melancong pun
terpaksa berjimat cermat, khuatir kalau-kalau perbelanjaan luar jangka berlaku,
saya terpaksalah mencari hotel bajet untuk berjimat cermat,” kata Umair yang
tiba-tiba muncul memecah perbincanga rakan-rakannya.
“Bila Umair bercerita tentang hotel
bajet, saya teringat satu teori tentang hotel bajet berkaitan isu MH370 yang
misteri itu," ucap 'Iyash.
"Apa teorinya?" tanya Balqis minta penjelasan.
"Teori itu menjelaskan bahawa:
Teori Hotel Budget: Mencari Pesawat
MH370
Sinopsis
Teori ini adalah 15 teori yang
dikemukakan melalui: Teori Kejutan:
Teori Mencari Pesawat MH370, bagi membantu pencarian misterinya pesawat MH370.
Teori kesepuluh menjelaskan:
Teori Hotel Budget: Teori ini
menjelaskan bahawa banyak hotel budget menawarkan harga penginapan semurah dua
jam, bagi memudahkan orang awam berpendapatan rendah menikmati perkhidmatannya.
Hotel tersebut diawasi oleh CCTV bagi mengelak perlakuan liwat yang boleh
mencetuskan malapetaka. Moga-moga kita terhindar daripada golongan terbabit dan
terkutuk itu.
Teori ini adalah respon kepada pelbagai
teori yang sehingga kini belum dapat dibuktikan kebenarannya kerana teori-teori
tersebut termasuk 15 teori ini kerap berubah-ubah dari saat ke saat, dari minit
ke minit, dari jam ke jam, dari masa ke semasa dan dari hari ke sehari. Yang
penting pencarian misterinya MH370 diteruskan.
Teori kejutan ini membawa kita kepada
perlakuan yang spontan tetapi mengejutkan, terperanjat, tidak dijangka, tiada
amaran awal bahkan amaran setelah berlalunya 6 jam baharulah dimaklumkan kepada
dunia.
Teori tersebut boleh dirujuk di halaman
berikut:
http://jamiyah3.blogspot.com/2014/03/teori-kejutan-teori-mencari-pesawat.html,” jelas ‘Iyash
secara panjang lebar.
“Aku pun terbaca juga satu teori,
berbunyi … :”
“Ahhh!!! Sudah, cukup satu teori sahaja
hari ini! Esok-esok teori engkau pula. Cuma aku ingin pencerahan tentang teori
itu,” 'Iyash menyampuk memintas
percakapan Uwaimir.
“Uwaimir, jika hang ingin menjadi
politikus yang aktif, hang mesti
sensitif dengan persekitaran, hang pandai baca kelibat lawan, perhati
pergerakannya, dengan siapa ia berurusniaga, kan hang ramai kawan-kawan. Jangan
lalai,” ujar 'Iyash.
“Aku tak berminat ‘Iyash, aku ingin
melihat, betapa merdekanya orang merdeka, jati dirinya hebat, makan sekadar kenyang tak tamak, riangnya
orang gembira, keceriaan kanak-kanak jangan diragut. Negara kita kaya, sebab
itu detik-detik pencarian MH370 belum dimuktamadkan. Aku janji dajal telah
dibaca dan ditenyeh. Pitis banyak menggunung, peti karun hitam ditenggelamkan
dilubuk dajal, terperosok di lubang-lubang ular menyebabkan ia sukar di bawa
keluar. Ular-ular itu adalah peminta sedekah, nafasnya dihirup perlahan-lahan,
mimik muka dan matanya bercahay-cahaya kerana mereka tahu telur di hujung
tanduk.”
“Macam berkias-kias aje?” soal 'Iyash sambil memuncungkan mulutnya.
“‘Iyash, kita perlu berkias-kias sebelum
menjelaskan maksudnya, seperti pembentangan bajet tahunan, cerita-cerita dahulu
kemudian dinyatakan jumlah peruntukannya,” jelas Uwaimir.
“Pening, pening.”
“Hidup ini mesti pening-pening, jika tidak jawapannya segar-segar.”
“Banyak juga peruntukan untuk mengangkat
harta kotak hitam itu, ya?” soal
'Iyash sambil matanya berkenyit-kenyit.
“Mestilaaaaah,” jawab Balqis memberi
respons.
“Banyak, bukan senang nak angkat kotak
itu kerana dikatakan menjunam, terjunam ke dasar laut, laut dalam, bergelora,
ombak berbukit-bukau, kawasan dajal dan dikawal oleh ular-ular.”
“Ular-ular berbisa, besar-besar pula
itu, sekali terjahan maut!”
“Alaaa hai macam-macam, senjata
pemusnahlah! Itulah! Inilah!”
“Kalau di daratan pemangsanya singa,
kalau di udara mestilah naga, ya tak?”
soal Balqis.
“Mana ada naga lagi, dah pupus!” tegas Umair menyanggah penjelasan Balqis.
“Tapi aku lihat di TV, lautnya tenang
sahaja, berbeza dengan laut Hitam,”
“Hidup ini mesti ada tawar-menawar.”
“Setelah urusniaga beres, MH370 akan
mekarlah ia, nampaklah pucuk-pucuknya, bunga-bungaan, daun-daunan, berguguran
seumpama musim luruh.”
“Memandangkan aku pun ada hal, bolehlah
disimpulkan:
- Politikus
komtemporari mahir baca buku dan menginap di hotel budget kerana berjimat
cermat.
- Kapal
hilang jangan cari jauh-jauh cari dekat-dekat. Duit tuuuuu.
- Seseorang
yang kehilangan anak, bercahaya wajahnya kerisauan.
- Ular-ular
akan membelit kecuali ia kekenyangan atau ada agenda melebarkan
kawasannya.
- Panglima
datang buat urus niaga untuk dimuktamadkan.
Sekian jumpa lagi. Jangan banyak cakap,” ucap Mansurah sambil beredar dari situ.
No comments:
Post a Comment