NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 21 April 2014

PEMBUKTIAN MH370 MERAGUKAN



Bukti bahawa MH370 telah terhempas meragukan. Ia bukan sahaja meragukan kepada saudara-mara penumpang tetapi juga kepada golongan dungu-dungu dan tidak menggunakan akal yang Allah kurniakan kepada mereka. Bahkan jika kita bertanya kepada kanak-kanak sekolah rendah, mereka akan bertanya balik soalan di mana pesawatnya? Maksudnya di mana serpihan MH370 jika ia mengalami tragedi.

Bukti adalah perkara-perkara yang menjelaskan tentang sesuatu isu. Tanpa penjelasan dan pembuktian sama ada secara nyata, bukti kejadian atau sesuatu yang menjelaskan bahawa sesuatu perkara itu berlaku. Bukti mestilah berdasarkan kepada perkara yang dinyatakan dan dibuktikan, hujah tepat, dalil yang sahih supaya perkara itu boleh dipertanggungjawabkan - dikatakan tepat, yakin dan benar. Tiada keraguan mengenainya. Walaupun ia suatu penipuan tetapi dibuktikan tepat dan meyakinkan  bahawa sesuatu tanpa keraguan,  ia boleh diterima kerana jawapan tragedi MH370 berpandukan teropong malam yang kabur, meragukan, samar-samar dan tidak boleh dijadikan hujah untuk pembuktian tetapi diterima seadanya selagi ia belum dibuktikan.

Islam memberi kita pengetahuan tentang peristiwa Yusuf ketika dianiayai oleh abang-abang kandungnya yang berkomplot untuk mencelakakannya. Jika adik beradik pun sanggup melakukan komplot jahat, inikan pula kepada yang tiada hubungan tauhid. Al-Quran menjelaskan:


A011
A012
A013
A014
A015
A016
A017
A018


“Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?

Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya."

Bapa mereka menjawab: "Permergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya."

Mereka berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi."

Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya: "Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat, dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi)."

Dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat-buat) menangis.

Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar."

Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." ( Q.S. Yusuf: 11-18 )


Setelah berlalunya tiga puluh hari  selepas  kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa pesawat MH370 mengalami tragedi di Lautan Hindi, kawasan dajal, setelah menerima bisikan dari penguasa satelit Inmarsat, Britain yang sehingga kini tidak dibuktikan kebenarannya. Ada beberapa teori boleh difikirkan sebagai pemutihan isu MH370, walaupun teorinya bukan seperti ini, antaranya:

  1. Dajal melarikan pesawat ke Lautan Hindi supaya kedajalannya tidak dihidu oleh insan mulia, atau
  2. Dajal bersiar-siar terlebih dahulu di pulau-pulau perhentian sebelum mendajalkan pesawat, atau
  3. Dajal melakukan transit di pulau-pulau untuk menghiburkan penumpang berholiday sebelum tragedi, atau
  4. Dajal menjamu penumpang dan dilenakan dalam kesejukan malam kemudian diugut sebelum ditragedikan, atau/dan
  5. Dajal walaupun memiliki rangkaian tetapi ia takut dengan CCTV lalu diringkaskan plotnya ditragedikan.
 
Persoalanya ialah:

  1. MH370 adalah komplot yang tersusun dirancang rapi bertujuan ….

  1. Rasional dilakukan kerana ….

  1. Objektifnya adalah untuk ….

  1. Visinya ….

  1. Misinya ….

  1. Fokusnya ….

  1. Plan-plan yang dirancang berdasarkan:

    1. Plan A ….
    2. Plan B ….
    3. Plan C ….
    4. Plan D ….
    5. Plan E ….
    6. Plan F …..
    7. Plan G ….

  1. Nilai tambah diperoleh melalui komplot tersebut adalah:
    1. Kuasa .…
    2. Wang .…
    3. Politik ….
    4. Pengaruh ….
    5. Menjinak-jinakkan ….
    6. Mengalih perhatian .…
    7. Rancang masa hadapan.

  1. Risikonya:
    1. Tohmahan masyarakat.
    2. Imej politik merudum.
    3. Diboikot.
    4. Akan ada menjadi kambing hitam.

  1. Penutup

Selagi dajal berselindung disebalik tabir dan bergerak waktu malam dalam keadaan jerebu, manusia sedang tidur dan  mempunyai rangkaian, maka sampai bila-bila pun isu MH370 tidak akan terlerai, kerana:

  1. Siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.
  2. Harapkan pagar, pagar makan padi.
  3. Malaysiaku dalam isu MH370

Oleh itu pembuktian tentang sesuatu perkara mempunyai banyak kategori sama ada dari segi jumlahnya atau penjelasannya, kerana teori-teori kini telah pun berlaku beribu-ribu tahun dahulu, bezanya menurut zaman dan perkembangan teknologinya. Pada asasnya pembuktian itu mestilah:

  1. Perakuan/ikrar.
  2. Syahadah/saksi.
  3. Bersurat/bukti.
  4. Petunjuk/tanda.
  5. Pengamatan hidup/petunjuk.
  6. Sumpah/niat ikhlas.

Contoh pembuktian, Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran:


A026
A027
A028
A029


“Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku." (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar."

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.” 

Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!" ( Q.S. Yusuf: 26-29 )



                                                                                                                





































































































































































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”