NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 3 April 2014

MENCARI BARANG HILANG



Maya Karin, seorang artis jelita kelahiran Jerman berdarah Melayu, zuriat Jerman-Melayu, menceritakan pengalaman tentang kehilangan rantai emasnya semasa bermain-main di padang permainan. Kehilangan rantai tersebut hanya disedari selepas tiada lagi pergerakan rantai dilehernya. Setelah diamatinya tepat telah  tercicir. Beliau yakin kehilangan rantai emasnya di kawasan padang permainan yang luas itu. Menyedari hakikat itu, beliau telah menggunakan akalnya, teknik pendidikan Jerman yang diterimanya untuk pencarian hilangnya rantai emas.

Kisah tersebut telah diucapkan oleh Maya Karin kepada kanak-kanak  yang hadir dalam rakaman TV program: Macam-Macam Aznil siri kelapan tahun 2014, di Studio Finas (Sebelah Zoo Negara), Ulu Klang Selangor Darul Ehsan untuk ditayangkan oleh ASTRO.

Semasa pencarian, Maya memerah otak menggunakan kaedah pendidikan Jerman, mencari barang yang hilang. Mula-mula yang beliau lakukan dengan meninjau sepintas lalu keluasan padang, mengukur, mengkontur, memplot, carian sistematik, menggunakan rohani Illahi, dari mana bermula dan di mana pula ia akan berakhir. 

Dengan keyakinan ilmu yang dimiliki, bertindak segera, tidak berlengah-lengah, kejadian jitu - hilang, benar-benar hilang dan bukan disebabkan komplot, akhirnya Allah s.w.t. mempermudahkan pencarian rantai emasnya yang hilang, mudah ditemui. Keyakinannya  mutlak kepada Allah s.w.t, dengan azam, ikhtiar berusaha bersungguh-sungguh menggunakan akal sihat untuk pencarian. 


Akal yang cerdik dianugerahkan itu telah membuka mindanya melakukan pencarian solo tidak melebihi tempoh; Main Sorok-Sorok: Lari, Sembunyi Dan Cari.

Tahniah kepada Maya Karin yang kuminati saya percaya kepada awak.

Saya tabik kepada Jerman sebagaimana saya tabik kepada Rusia.















   































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”