NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 9 April 2014

MALAYSIAKU DALAM ISU MH370



Malaysia adalah antara negara kaya. Tahun lalu, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita ialah AS$9,970 dolar, dengan jumlah penduduk 30 juta.  Negara kaya dengan sumber asli. Kawasan strategik dan dengan sumber pendapatanya belum dimaksimumkan lagi. Kesan daripada itu, ia jadi tumpuan masyarakat antarabangsa dengan berduyun-duyun datang kerana di sini banyak makanan. Bukti jelas ialah senarai penumpang pelbagai negara menaiki MH 370 yang didajalkan oleh golongan dajal. Dan bukit menarik juga betapa kayanya negara kita terpaksa mengimport pekerja-pekerja dari Amerika Syarikat untuk mengajar bahasa di negara ini dan pelbagai negara untuk sektor lain. Penduduk negara kaya diimport oleh negara kaya setaralah. Bayarannya lumayan.

Walaupun Malaysia negara kaya tetapi suasana politiknya goyang kerana parti yang memerintah memenangi pilihanraya dengan majoriti  kurang 2/3. Ia boleh tergugat. Pertembungan  politik antara pemerintah dari gabungan Barisan Nasional dengan pembangkang dari gabungan pakatan rakyat memiliki kekuatan yang hampir sama. Tonggak Barisan Nasional adalah UMNO manakala tonggak Pakatan Rakyat adalah PAS. Beza di antara parti ini adalah UMNO agresif dan PAS tenang.

Jika boleh dibuat perbandingan antara UMNO dan PAS; UMNO seperti Amerika Syarikat; agresif, kuat dan kaya. Bezanya Amerika Syarikat boleh pergunakan UMNO dan UMNO boleh pergunakan  AS dengan imbuhan. Manakala PAS seperti China; tenang, kuat dan kaya. Bezanya China keduniaan dan PAS keduniaan dan keakhiratan.

Mana-mana parti yang bergabung sama ada dengan UMNO (Barisan Nasional) atau PAS (gabungan pakatan rakyat) mereka akan untung. Mereka untung kerana kedua-dua parti adalah berpengaruh. UMNO berpengaruh kerana memilik kuasa dan kekayaan manakala PAS berpengaruh kerana menambat hati manusia dan turun ke lapangan.

Jika pencarian tragedy MH370 infiniti, maka penyatuan/persefahaman BN-PR dengan potensi yang sedia ada juga infiniti. Fikiran, perasaan, nafsu, status, ego, kuasa, tukang jarum adalah penghalang kepada terhijabnya perkongsian idea, wawasan dan hala tuju negara yang hebat ini. Jika wujud persefahaman masih dalam perhatian masyarakat kerana politik sifatnya berubah-ubah setiap detik dan jika wujud persefahamaan juga namun masih ada kesangsian, maka, kehebatan Malaysia terawang-awang, akhirnya peluang diambil oleh orang lain.

Krisis Ukraine memperlihatkan kepada kita bahawa Rusia telah membuktikan kehebatannya. Di kalangan negara-negara Eropah  pun ada yang mengadakan hubungan baik dengannya. Lebih baik dari negara-negara jiran mereka.

Melalui tragedy MH370,  membuka ruang kepada hubungan dagang yang lebih luas, antara Malaysia-Amerika Syarikat dengan China. Buktinya kos-kos operasi pencarian MH370 dibiayai sendiri oleh negara-negara penyumbang terutamanya Australia dan Amerika Syarikat. Jika di setengah-setengah bandar di negera kita untuk melakukan qada hajat di tandas awam, seseorang dewasa perlu membayar RM 0.30 sekali perkhidmatan. Syukur Alhamdulillah kos-kos pencarian MH370 daripada anggota-anggota serantau percuma.  

Walaupun MAS kerugian tahun lalu RM 1.17 bilion dan tahun sebelumnya RM 432.57 juta, MAS tetap hebat. Kehebatannya kerana ia lambang kemajuan negara.  Penyebab kerugiannya kerana ada tangan-tangan ghaib yang aktif. Rekod MAS beberapa tahun yang lalu menunjukkan keuntungan dan kecermerlangannya. Setelah mencipta rekod terbaik, dajal merobek harta-harta dan menfaraidkannya, seperti ada agenda hendak melumpuhkannya. Tetapi MAS tetap hebat, lambang kemegahan. Ia diwujudkan dengan keikhlasan. Kita berharap selepas ini dajal berhenti merobeknya kerana CCTV memerhati kedajalan anda.

Tahniah kepada kerajaan dan MAS kerana terus unggul dipersada antarabangsa.




































































































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”