NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 26 April 2014

PROKSI PROKSI-PROKSI



Hidup mesti ada jati diri. Sayangi negara, jangan berkomplot dengan dajal. Jika terlupa/tersesat balik ke pangkal jalan. Berhenti. Pulihkan keadaan seperti sedia kala. Kemudian bagaimana melipatgandakan proses baik pulih, kelemahan tersebut dan jika sambutan merudum perhati hasil kajian; di mana kelemahannya, bagaimana mengatasinya, cara-cara memperbaikinya, pendekatan, olahannya kerana apabila sesuatu keputusan kajian diterima hendaklah digerakkan supaya kesepaduan dan keakraban wujud. Mengetepikan sangka buruk, prasangka, prejudis,  dapat dielakkan kerana kita ingin membina tamadun bukan meruntuhkan tamadun. Kita mesti memiliki kawan-kawan yang berani mengkritik walaupun teriris jantung. Itu adalah realiti pemimpin yang disanjung.

Kebobrokan, kejahatan, tuduhan-tuduhan dengan pembuktian lemah sehingga memenjarakan wajar diketepikan apabila kita berada dipersada kekuasaan, kerana jika melakukan aniaya kepada seseorang pada suatu hari nanti kita juga akan dianiayai sama ada ketika hayat atau selepas kematian, anak-anak akan menjadi mangsa dendam, cucu-cicit akan menyumpah datuk-datuknya yang malang itu. Akhirnya harta-harta yang dikumpul dengan mudah dimakan oleh ular-ular kerana mereka tidak kesian kepada sesiapa yang penting perutnya kenyang.

Kita mesti mengambil contoh teladan yang berlaku kepada Yusuf  ( lihat Al-Quran, suruh Yusuf ) ketika dia dianiayai sehingga meringkuk dalam penjara beberapa tahun. Tetapi individu yang menyebabkan beliau dipenjarakan itu menjadi kekuatan baginya. Senario seperti ini jarang berlaku, orang yang menganiaya pada akhirnya adalah penyelamat baginya. Kita kurang mengoreksi kehebatan Islam. Islam terlindung kerana sikap kita sendiri, kita dengan kehidupan harian yang jauh dari asas-asas  agama. Perompak, pembunuh, dajal dan golongan cerdik pantai ramai yang masuk Islam atau meneliti agama Islam; mengoreksi al-Quran, sunnah Nabi a.s. dan sejarah para sahabat r.a.. Lalu kita bagaimana? Buanglah sifat-sifat dajal dan menginfakkan diri kepada masyarakat dan Islam.


Beberapa panduan ringkas, untuk muhasabah diri:

1.   Agama menjadi tonggak kehidupan.
2. Mencari kawan-kawan  ikhlas dan  mendapatkan/memberi nasihat tentang pentadbiran yang berintegriti.
3.   Belajar agama Islam. Faham Al-Quran, amati barisnya, tanda-tandanya, panjang pendeknya dan jangan malas mengulang-ulanginya sehingga pandai.
4. Selak sehari selembar Al-Quran,terjemahannya dan wacanakan. Luangkan masa untuknya.
5.   Kita bangunkan negara menurut acuan kita.
6.   Kita bangunkan sumber sedia ada di samping meneroka sumber baru.
7. Kita sayangi rakyat sebagaimana kita menyayangi anak isteri dan keluarga kita. Jangan pilih kasih dalam memimpin.
8. Personaliti spontan. Hidup mesti ada izzah - kehebatan supaya diingati sifatnya.
9. Jangan lembik. Jika dengan rakyat gagah tapi bila diugut musuh menikus.
10.  Kita jangan mendajal tetapi biarlah kita menasihati/halang dajal.
   
Kehidupan ini perlu kepada perkongsian. Bukan sahaja perkongsian kuasa tetapi perkongsian kehidupan dan keamanan kerana kita hidup dalam bumbung yang sama, tanah yang sama dan kawasan yang sama di samping doa kerahmatan mencurah-curah dari rakyat.

Kita didik anak bangsa kita supaya terdedah dengan ekonomi dan perdagangan peringkat antarabangsa. Kita tidak boleh hanya berpaut dengan ekonomi domestik, memperbanyakkan kontrator-kontraktor kelas F dan pelbagai lesen SSM tetapi tiada kerja, kita hanya memperbanyakkan lesen-lesan dan mengutip hasil tetapi tidak produktif, biar lesen kurang tetapi ekonomi ligat, semua mendapat manfaat kerana pemerintah akan mendapat cukai daripada keaktifan ekonomi.

Kita tidak menafikan pertumbuhan koperasi di sana sini dengan perkiraan boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kita galakkan pertumbuhan koperasi dari pelbagai bidang; koperasi pekerja-pekerja agensi kerajaan, koperasi agensi-agensi swasta, koperasi-koperasi pekebun kecil, koperasi-koperasi nelayan, koperasi-koperasi jual minyak, koperasi-koperasi jual kayu, koperasi masjid, koperasi-koperasi anak beranak, koperasi-koperasi berpusat,  yang akhirnya ekonomi tersebut berkisar sekitar pengeluar yang ahli koperasi duduk di sana menentukan harganya; koperasi dapat komisen, agen dapat keuntungan, pembeli dengan kos yang telah di tokok tambah. Akhirnya ekonomi menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) tetapi kurang menyumbang kepada ekonomi isi rumah. Ekonominya dikemut sehingga pihak lain sukar memasuki pasaran. Pada satu peringkat ekonomi tidak berkembang kerana faktor pengguasaan dalam ekonomi itu tertentu dan ditetapkan pemilikannya.

Untuk mencari jalan keluar maka berlakulah proksi dalam perniagaan yang menguntungkan pemodal dan merugikan orang ramai.

Pemodal bukan sahaja yang mengeluarkan modal tetapi yang menentukan harga tawaran, menentukan projek, pemberi projek, penjual projek, pembeli projek, perantara projek, penjaga projek, menjalankan projek, menguasai projek, membina projek, merancang projek, mengambil bahagian dalam projek, perunding projek, konsultan projek, mensyorkan projek, penyedia kertas projek dan ada kepentingan dalam projek; sama ada berskala besar, sederhana  atau siput. Yang penting akan adalah proksi di situ.


Bila dikatakan proksi, macam-macam proksi boleh disenaraikan, antaranya:-

1.      Proksi adu domba.
2.      Proksi dalam pentadbiran.
3.      Proksi hala tuju pentadbiran.
4.      Proksi kebajikan.
5.      Proksi kematian.
6.      Proksi keselamatan.
7.      Proksi kewangan.
8.      Proksi memaling-malingkan isu.
9.      Proksi memimpin.
10.  Proksi mendajal.
11.  Proksi mesyuarat.
12.  Proksi penilai projek.
13.  Proksi perang saraf.
14.  Proksi perniagaan.
15.  Proksi pertandingan.
16.  Proksi politik.
17.  Proksi projek.
18.  Proksi simpang harta.
19.  Proksi talam dua muka.
20.  Proksi urusniaga
21.  Proksi proksi-proksi.


Tetapi awas proksi itulah yang akan menjahanamkan apabila imbuhan tidak dibayar atau berlaku krisis peribadi. Carilah proksi yang boleh dipercayai.






































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”