NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 28 April 2014

PM KOREA SELATAN LETAK JAWATAN

                                                                                   


Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won, meletak jawatan semalam, sebagai Perdana Menteri mengambil tanggungjawab kerana feri Sewol karam pada 16 April 2014 semasa dalam pelayaran daripada Pelabuhan Incheon ke pulau peranginan Jeju di kawasan laut Korea Selatan, dianggarkan kemalangan maut dan yang hilang melebihi 300 orang.

Rekod terbaik pemimpin ini wajar dirakamkan walaupun tidak melibatkan tugasan rasmi Chung Hong-Won, secara langsung sebagai Perdana Menteri, tetapi mengambil tanggungjawab sebagai manusia kerdil melepaskan jawatan walaupun Feri Sewol karam sedang dalam proses mengapungkan dan penyiasataan menyeluruh tentangnya tidak berbangkit lagi.

Feri Sewol karam disebabkan oleh kelalaian dan masalah teknikal. Sebab-sebab yang mendorong Perdana Menteri Korea Selatan meletak jawatan hanya beliau yang memahaminya.

Sebagai penghargaan jasa-jasa Chung Hong-Won dan rasa terharunya di atas perletakkan jawatan, dapat kiranya diambil pengajaran daripada Perdana Menteri Chung Hong-Won, antaranya:-

  1. Pemimpin yang berintegriti mengambil tanggungjawab terhadap tragedi Feri Sewol karam. 
  1. Pemimpin yang telus, berintegriti  dan berpendirian.
  1. Pemimpin yang tidak terlibat dalam komplot dajal menjejaskan kepentingan awam. Mengambil tanggungjawab supaya tidak dipandang serong, rendah dan hina oleh masyarakat dan warga antarabangsa.
  1. Pemimpin yang mengotakan janji untuk kemaslahatan bangsanya.
  1. Hidup ini perlu ada penghormatan dan dilihat oleh masyarakat bersih daripada sifat mementingkan peribadi.

Hiduplah menjadi manusia disayangi, jangan sampai mati dicaci-maki.

Tahniah kepada Perdana Menteri Chung Hong-Won kerana telus, berintegriti dan mengambil tanggungjawab. 

Saya suka pemimpin seperti ini.























 




 




 










































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”