“Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di antara manusia itu ada yang
menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutup kejahatan dan ada juga manusia yang
menjadi pembuka kejahatan dan penutup kebaikan. Maka sungguh untung bagi orang yang dijadikan
Allah sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi orang yang dijadikan pembuka
kejahatan itu di tangannya. Ertinya orang yang menganjurkan kebaikan dan
mencegah mungkar itulah pembuka kebaikan dan penutup kejahatan.”
Allah s.w.t. meletakkan golongan
berakal di tingkat teratas selepas para Rasul dan Nabi-Nabi a.s.. Status mereka bukan sahaja diakui sah oleh Allah dan
rasul tetapi juga diakui oleh manusia
itu sendiri. Manusia mengakui manusia lain cerdik tidak bermakna mereka
mengatasi penciptaNya tetapi sebagai bukti bahawa yang dijelaskan oleh Allah
s.w.t. itu adalah tepat, sahih dan kat’ie. Manusia yang cerdik dan berakal
melihat sesuatu kejadian dengan pancaran hati nurani mengakui bahawa setiap
kejadian, perlakuan, wujudnya sesuatu ada penciptanya. Ada tukang buatnya.
Allah s.w.t. berfirman:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang
berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada
penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan
daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu
dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk
yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah
sebaik-baik Pencipta.
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari
kiamat.” ( Q.S. Almu’minun: 12-16 )
Banyak sebab Allah
mengganugerahkan kecerdikan kepada seseorang. Bukan sahaja kecerdikan membuat
kebaikan tetapi juga kecerdikan melakukan kejahatan. Perlakuan kedua-dua
tersebut; kebaikan dan kejahatan menunjukkan bahawa Tuan Pencipta Alam;
berkuasa, bebas, tidak mengongkong, melakukan sesuatu untuk manfaat manusia.
Menyedari tentang kekuasaan Allah s.w.t., maka tidak berbangkit tentang
kekecewaan dalam hidup, berputus asa, komplot dajal, persengketaan memenangkan
jiwa, berebut-rebut harta yang sedikit, menjuarai kepimpinan dunia dan mati
mengejut.
Kecerdikan manusia dikategorikan
kepada tiga kumpulan:-
- Kecerdikan melangit
- Para ilmuan
- Cerdik pandai
- Senentiasa menuntut ilmu.
Contohnya:
Golongan
pendakwah mengajak manusia supaya bertakwa kepada Allah s.w.t., masuk Islam
atau meneliti tentang ajaran Islam. Mengeluarkan manusia daripada kegelapan
dosa kepada cahaya keimanan, menginsafi dosa-dosa dan melakukan amal ibadah,
mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Mereka manusia
beruntung termasuk yang menurut mereka.
- Kecerdikan mendatar
- Para ilmuan tidak dikembangkan
- Para cerdik pandai pasif
- Penuntut ilmu mendiamkan diri dalam isu-isu yang diketahui.
Contohnya:
Para ilmuan
yang mengetahui sesuatu ilmu lalu menyebarkannya kepada umum -dihebahkan untuk
dimanfaatkan oleh orang ramai seperti penggunaan radar, satelit, kajian-kajian,
memahami dasar laut, mengetahui isi kandungan bumi dan senentiasa berkembang
memberi faedah kepada manusia sejagat. Bila berbangkit sesuatu isu berkaitan
disiplin ilmunya ia mendiamkan diri. Jati dirinya merudum. Bisu. Kaku.
- Kecerdikan menurun
- Golongan gila dan nyanyuk
- Dajal dan dungu tidak boleh diajar
- Kanak-kanak dan sindrom down
Contohnya:
Golongan dajal
yang memalui-maluikan orang ramai kerana beranggapan bahawa manusia tidak tahu,
tidak ambil kisah dan kurang memahami tentang sesuatu isu lalu mereka
melakukannya seperti melarikan pesawat MH370, di samping itu mengula-gulakan
orang ramai dengan pelbagai teori-teori penipuan. Bukti-bukti meragukan dan
memaling-maling khalayak kerana ada agenda yang akan berlaku.
Pendidikan menjelaskan tentang
status seseorang; jati dirinya, kebolehannya, pengkategoriannya, perkembangannya,
mengekalkan kecerdikannya sepanjang hayat atau pemusnah kepada kerjayanya.
Eleman-elemen yang mempengaruhi kecerdasan itu adalah:
- Kecekalan
- Pemakanan
- kejerniahan
- Situasi
- Sokongan
- Keselamatan
Semoga berjaya, berkekalan dan
tahan ujian mereka yang memahami kehidupan kerana otaknya cerdas.
No comments:
Post a Comment