Sunday, 31 May 2015
AL-FAATIHAH
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” ( Al-Quran, surah Al-Faatihah: 1-7 )
ADA PROFESOR ‘JULING SEJARAH’ – PENSYARAH
KOTA BHARU, 13 Sept: Kenyataan
Majlis Profesor Negara kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya
dinaungi British disifatkan tokoh sejarah dari Universiti Malaya sebagai
‘juling sejarah’.
“Bukan sejarahwan sebenarnya
kalau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya tidak faham mengapa boleh
berlaku begitu,” kata Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar (gambar).
Menurutnya sejarah kalau tidak
dinilai semula hanya akan diboloti pihak-pihak tertentu sahaja.
”Saya masih ingat kata-kata bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail meminta dinilai golongan kiri yang
turut berjuang menuntut kemerdekaan,” katanya pada forum rakyat di Dataran
Stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi.
Forum berkenaan dianjurkan Urusetia
Penerangan Kerajaan Negeri. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga bertindak
sebagai panelis pada forum tersebut.
Sebelum itu perasmian dilakukan
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum ini Ketua Kluster Sejarah
Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Zainal Kling
menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi Inggeris.
Pandangan itu ditolak pelbagai
pihak sehingga menjejaskan kewibawaan Majlis Profesor Negara yang baru ditubuh
kerajaan.
Dr Mohamad berpengalaman selama
21 tahun sebagai profesor sejarah di UM berkata, tujuan mengkaji sejarah
mempunyai dua makna iaitu untuk mengetahui peritiwa yang berlaku.
Dan keduanya menceduk pengetahuan
tentang peristiwa tersebut.
Kata beliau sejarah hanya sahih
sehingga ada penemuan bahan-bahan baru. Ini bermakna sejarah boleh berubah.
”Sebagai contoh sejarah Tembok
Besar China
diberi versi baru sekarang apabila ada kajian menyebut ribuan rakyat terkorban
semasa membina tembok tersebut.
”Ini bermakna Tembok Besar China
sedang ’bertutur’ dengan penderitaan rakyat,” ujarnya.
Oleh itu beliau membuat tanggapan
Mohamad Sabu muncul sebagai penilai sejarah baru, bila mana sebelum ini kita
hanya melihat melalui satu teropong sahaja.
Sebab itulah kata beliau bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan sejarah yang diajar
di sekolah ada yang tidak betul.
”Permulaan isu ada penjernihan
akhirnya. Kebatilan pasti luput apabila timbul kebenaran. Dan kebenaran
sekarang mulai muncul sedikit demi sedikit,” ujarnya.
Beliau menyimpulkan sejarah
merupakan sesuatu catatan tentang perkara yang lojik dan masuk akal.
Sementara itu, orang ramai yang
hadir pada forum berkenaan dikejutkan dengan kejadian beberapa kenderaan
disembur cat hijau oleh pihak tertentu.
Mohd Nasir Ismail, 45 dari Pasir
Mas berkata, keretanya jenis Ulser Toyota
yang di parkir berhampiran Gelanggang Seni disembur cat hijau.
Katanya, banyak lagi kenderaan
milik orang lain yang diletak di situ menerima nasib yang sama.
”Ketika saya datang ke tempat
kereta semasa hendak pulang saya lihat ada anggota polis di kawasan
berhampiran, namun dia tidak menanyakan apa yang berlaku.
”Saya yakin pihak yang melakukan
perbuatan khianat itu berani kerana kemungkinan besar mereka dilindungi kuasa politik.
”Kita boleh lihat sendiri apabila
kes aktivis Gerakan Bertindak Kembali Royalti Rakyat Kelantan, Hishamuddin
Ghazali yang ditampar veteran Umno beberapa bulan lalu tidak diambil sebarang
tindakan biar pun laporan polis sudah dibuat,” ujarnya.
Turut menjadi mangsa perbuatan
khianat tersebut kereta milik seorang wartawan tempatan. Difahamkan beliau
sudah membuat laporan polis pagi ini.
HADI AKUI SUKA NAJIB DIBERI PELUANG
Hadi akui suka Najib diberi
peluang
Presiden PAS berkata, beliau
"suka" jika Datuk Seri Najib Razak dibiar menghabiskan tempoh
mandatnya sebagai perdana menteri berbanding kecenderungan sesetengah pihak
yang menuntut beliau meletak jawatan.
Bercakap kepada media di Kuala
Terengganu hari ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jika seseorang
memiliki kelemahan, ia perlu dinyatakan dalam bentuk nasihat dan menyelesaikan
masalah.
"Ya, saya suka (Najib)
diberi peluang biar habis tempoh penggalnya," katanya dipetik
Harakahdaily.
Kata Ahli Dewan Undangan Negeri
Rhu Rendang itu, ketika BN dibebani dengan pelbagai masalah, PAS menyerahkan
kepada rakyat untuk "menghukum parti pemerintah" kerana negara ini
mengamalkan sistem demokrasi.
Tak mahu tuding jari
Kata Abdul Hadi semua perdana
menteri sejak Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah masing-masing.
Menurutnya, dia tidak mahu
menuding jari kepada sesiapa.
"Biar rakyat menghukum
parti, bukannya menghukum orang (individu)," katanya.
Sementara itu The Star Online
melaporkan Abdul Hadi mahu Najib terus berkhidmat sebagai perdana menteri
kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil.
Katanya, Najib tidak harus tunduk
pada tekanan dan harus diberi peluang menyelesaikan masalah dihadapi.
Abdul Hadi juga berkata Najib
patut diberi peluang kedua untuk menghabiskan tugasnya sebagai pemimpin nombor
satu negara sehingga cukup penggal perkhidmatan.
Anggota Parlimen Marang berkata
tidak guna memberi tekanan kepada Najib susulan kontroversi sekitar 1MDB,
syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.
Beliau juga dilaporkan berkata,
memberi tekanan supaya Najib berundur tindakan memalukan kerana Malaysia
mengamalkan sistem demokrasi.
BERI PELUANG NAJIB SEHINGGA HABIS TEMPOH - PRESIDEN PAS
Beri peluang Najib sehingga habis
tempoh - Presiden PAS
KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | 12 Mei
2015.
KUALA TERENGGANU: PAS menyerahkan
kepada rakyat bagi ‘menghukum’ parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang
dibebani dengan masalah skandal 1MDB dan Tabung Haji.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang berkata negara ini mengamalkan pemerintahan secara
demokrasi dan bukan dengan ‘diktator’.
Justeru, katanya segala
permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan negara menjadi tanggungjawab parti
dan bukan semata-mata individu tertentu.
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak juga perlu diberi tempoh hingga habis penggal bagi
menyelesaikan segala masalah tersebut.
“Ya, saya suka (Najib) diberi
peluang biar habis tempoh penggalnya. Biar rakyat 'hukum' dia. Itu pandangan
sayalah, biar rakyat menghukum dia.
“Kita jika ada kelemahan, kita
kena sebut. Kita lebih berbentuk menasihati untuk mengislah dan menyelesaikan
masalah,” ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang kepada media ketika persidangan
Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-13 berhenti rehat, hari ini.
Ustaz Abdul Hadi menyifatkan
setiap Perdana Menteri yang silih berganti sejak Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah
Ahmad Badawi dan Najib mempunyai masalah masing-masing.
“Saya tidak mahu menunding jari
kepada sesiapa. Pada saya, supaya kita mengamalkan demokrasi ‘pulang’ kepada
rakyat. Rakyat untuk menghukum parti dan bukan menghukum orang.
“Jika kita kata Perdana Menteri
sekarang dia punya masalah, yang dahulu juga ada masalah juga, jadi seolah-olah
kita hendak jadikan Melayu mudah lupa. Bukan Melayu sahaja yang mudah lupa
tetapi MIC ada Maika Holding, MCA ada masalah skandal Zon Bebas Pelabuhan
Kelang (PKFZ) dan sebagainya. – HARAKAHDAILY
Saturday, 30 May 2015
AL-FAATIHAH
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” ( Al-Quran, surah Al-Faatihah: 1-7 )
MEMBACA TULISAN IKHWAN MUSLIMIN TETAPI TIDAK HAYATI PEMIKIRANNYA
Membaca tulisan Ikhwan Muslimin
tetapi tidak hayati pemikiran Ikhwan dan Islam
Posted on Monday, May 25 @
09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenorehGetah
Artikel Oleh Ustaz Nik Abduh Nik
Aziz
Sidqul Intima’.
Tiada gunanya kita membaca
kitab-kitab Ikhwan, menelaahnya, mendaurahkannya, menadwahkannya, yang akhirnya
kita sendiri tidak beriman dengan apa yang disebut, dan tidak melihat kepada
pegangan si penulis kitab.
Kebanyakan penulis kitab-kitab
Ikhwan, pensyarah-pensyarahnya semuanya menghembuskan nafas mereka ketika jiwa
dan jasad mereka berada di dalam Ikhwan, baik jamaah ketika itu senang atau
susah. Mereka amat jelas terhadap fikrah mereka (fikri), emosi mereka (athifi),
dan keta’luqan mereka terhadap tanzhim Ikhwan (tanzhimi).
Kam Minna Wa Laisa Fina Wa Kam
Fina Wa Laisa Minna adalah slogan yang perlu difahami secara baik, dan betul.
Ia bukanlah hujjah seorang aktivis menjarakkan dirinya daripada jamaah dan
membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang ingin menyaingi jamaah atas alasan “Kam
Minna Wa Laisa Fina Wa Kam Fina Wa Laisa Minna”. Atas alasan apa-pun (selain
jamaah telah lari dari syarak dan rosak aqidah mereka), maka ia bukanlah hujjah
ke atas kita untuk bertindak sedemikian.
Anda membaca buku-buku Al-Banna,
Sayyid Qutb, menelaahnya, dan mereka menghembuskan nafas mereka bersama jamaah.
Anda membaca buku-buku Mustafa Masyhur, dan beliau juga wafat dalam jamaah.
Anda mengkaji buku-buku dan makalah-makalah Ikhwan yang ditulis oleh para
Mursyid, mereka juga mengakhiri hidup mereka bersama jamaah. Tiada seorang pun
yang jiwa dan raga mereka berada di luar jamaah, di saat mereka diuji,
sehinggalah mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Begitu jualah para
penulis kitab-kitab Al-Muntalaq, Al-Dakwah Ilallah, dan selainnya, mereka
semuanya iltizam dan terus bersama Ikhwan.
Dan ketika mereka ini hidup,
tidaklah jamaah itu berada dalam keadaan senang, tenang, aman, tiada
pergolakan, tiada konflik, tiada kekurangan dan sempurna sebagaimana yang
diingin sebahagian kita. Namun, semua ini tidak menggugah intima’ fikri mereka,
athifi mereka, dan tanzhimi mereka, untuk terus bekerja bersama jamaah.
Mereka kekal bersama jamaah dan
tenang, walaupun mereka juga diuji dengan pelbagai ujian termasuklah melayani
karenah anak muda yang terlebih semangatnya (tiada panduan) ketika itu (di
zaman mereka). Pada mereka, tiada kekurangan yang tidak boleh diperbaiki, tiada
masalah yang tidak boleh diselesaikan, tiada kebengkokan yang tidak boleh
diluruskan. Semuanya mampu diatasi, selagi kita semua bekerjasama.
“Al-Shahid Sayyid Qutb ketika
menafsirkan ayat yang membicarakan tentang berbisikan berkata:
Nampaknya sebahagian kaum
muslimin - yang terdiri daripada mereka yang belum sensitif dengan deria tanzim
Islami-, ketika berlaku sesuatu perkara, mereka berkumpul sesama sendiri, untuk
bersembang-sembang dan berbisikan serta bermesyuarat jauh daripada kawalan
qiadah mereka. Keadaan ini tidak diperakui oleh tabiat perjalanan jamaah Islam
dan ruh tanzim Islami yang menuntut agar segala pandangan, pendapat dan
cadangan yang timbul hendaklah dibentangkan kepada qiadah secara langsung.
Perkumpulan-perkumpulan pinggirin
di dalam jamaah adalah tidak dibenarkan. Adalah diperhatikan bahawa
perkumpulan-perkumpulan yang wujud di dalam jamaah akan menyebabkan keadaan
kucar kacir dan menyusahkan jamaah, sekalipun orang yang melakukannya
kadang-kadang tidak berniat demikian. Tetapi cara pengutaraan permasalahan
semasa yang dihadapi, atau pembentangan pendapat dan cadangan dengan cara
demikian sudah cukup untuk membawa kepada kesulitan dan ketidak patuhan. (Fi
Zilal al-Qur’an, 6/351, Fenomena Fitnah Dalam Harakah Islamiah: siri
IV,jendelaantarabangsa.blogspot.com).
Saya telah menyertai beberapa
kumpulan kecil yang sifatnya sebegini, sebelum saya bertemu dengan jamaah.
Saya iltizam dalam kekurangan,
dan saya akan terus istiqamah. Saya tidak ta’assub, namun, sekadar mengambil
ibrah daripada isi kitab-kitab dan pengalaman hidup para penulisnya.
Inilah saya, anda bagaimana pula?
(Ibrah dari Kitab Khasais al-Fitan,
dan Fi Zilalil Quran).
KEBENARAN AKAN TERSERLAH
Kebenaran akan terserlah kerana pejuang-pejuang Daulah Islamiyah masih meneruskan misi mereka kerana mereka ada dua pilihan sama ada memperolehi kehormatan di dunia atau mati syahid. Golongan dajal tidak akan berhenti memusuhi mereka walaupun mereka telah menguasai bumi Syria dan Iraq kerana pejuang-pejuang dipelbagai penjuru sedang memanaskan badan mereka untuk menghadapi aksi-aksi seterusnya.
Kehidupan itu memerlukan pengorbanan dan mereka berjuang untuk membersih negara mereka daripada persekongkolan dajal yang merampas hasil mahsul bumi. mereka akan memenanginya kerana janji Allah s.w.t. itu adalah benar.
Apabila generasi pertama tumbang akan ada lagi silih-berganti generasi seterusnya. Suatu ketika nanti datuk-datuk yang diperangi oleh mereka pada hari ini mereka pula akan bangkit mendokong menjulang martabat umat.
Islam telah didirikan sejak 1436H.
Setelah Junjungan Besar Nabi Muhammad
s.a.w. diutus menyebarkan kebenarkan mengetuk pintu-pintu hati manusia yang
masih berada dalam kefasadan. Dirungkai dan disucikan hati perasan mereka
supaya menjadilah mereka sebagai anak yang dilahirkan dalam keadaan bersih dan
ibu bapa merekalah yang akan mencorakkannya; sama ada menjadi baik, jahat atau
terawang-awang tidak tentu arah.
Kaum muslimin yang memahami seruan Rasulullah
s.a.w. diutuskan di muka bumi ini akan senentiasa beringat dan mengingati pesan-pesan
Baginda s.a.w..
Dari Anas Ibnu Malik r.a.; dia
berkata : Berkata Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajal akan ada tahun-tahun penuh penipuan.
Orang yang benar didustakan sedang orang yang dusta dibenarkan, orang yang
amanah dituduh pengkhianat sedang orang yang khianat dianggap amanah, dan
Ruwaibidhah berbicara.” Ada
yang bertanya: Apa itu Ruwaibidhah? Beliau menjawab: “Orang fasiq kecil (bodoh)
yang berbicara mengenai urusan orang banyak.” [Hadith hasan riwayat Imam Ahmad
dan lain-lain]
Friday, 29 May 2015
ORANG ROHINGYA HANYUT NAMPAK, MH370 KABUR
Aset-aset
negara dikerah memantau pergerakan orang hanyut. Manakala pencarian MH370
terhenti seketika kerana terpaksa memberi laluan menanganinya dikhuatiri mereka-mereka
kebuluran di tengah-tengah lautan utara Selat Melaka. Alam ini menjadi ceria
apabila isu baru menenggelamkan isu lama.
Orang-orang Rohingya melarikan diri daripada
pembunuhan pemerintahn Myanmar .
Mereka dibunuh kerana mereka dilahirkan di Myanmar . Sebelum Burma bertukar menjadi Myanmar
pembunuhan beramai-ramai kepada kaum Rohingya tidak begitu ketara. Ia terserlah
apabila rampasan kuasa tentera berlaku di sana
supaya tentera tidak bertempur dengan penduduk tempatan daripada suku kaum
Buddha dan Rohingya. Kini suku kaum Islam diperangi secara terbuka. Keran isunya
pemerintahan.
Manakah yang lebih utama antara
pilihan-pilihan berikut yang sesuai digunakan oleh junta tentera di Manymar?
1. Berhadapan dengan rakyat Myanmar bagi menghadapi juntera
tentera?, atau
2. Menghadapi penduduk Buddha/Rohingya yang mendambakan demokrasi?,
atau
3. Mengacau-bilaukan penduduk Buddha dan Rohinya supaya mereka tidak
melihat rampasan kuasa tentera?, atau
4. Membunuh dan menghalau penduduk Rohingya bagi memikat hati
penduduk Buddha?, atau
5. Menjadikan pengusiran orang-orang Rohingya dan Bangladesh supaya negara-negara ASEAN tidak memikirkan
tentang junta tentera perampas kuasa? dan
6. OIC, PBB dan negara-negara serantau melihat bahawa perkara
tersebut melibatkan masalah dalam Myanmar .
Suatu keistimewaan orang-orang hanyut Myanmar dan Bangladesh itu, mereka memiliki
kuburan di kawasan Wang Kelian, Perlis. Sehingga kuburan-kuburan mereka itu
menjadi tajuk-tajuk pemberitaan supaya kes-kes yang besar senyap diserap oleh
udara. Kesian golongan dungu-dungu kerana masih mengekalkan ilusi-ilusi
kedajalan mereka.
Oleh kerana manusia di bahagian timur,
kawasan Asia Tenggara, kabur-kabur tentang pencarian MH370, maka dipanggillah
tukang-tukang penyiasatan mayat-mayat yang ditunjukkan dikorek-korek mayat
mereka dari dalam kuburan yang wangi itu supaya dapat dibedah siasat oleh pakar-pakar
daripada Amerika Syarikat supaya beritanya menjadi sensasi. Menjadilah ia viral
seantero alam. Puncanya kerana 1MDB boleh menguncangkan kedudukan. Ia pula diasak
oleh mantan PM.
Itulah dunia yang mengkhayalkan kerana
manusia jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)