PERANG
BERMULA......apabila SB cuba
geletek First Lady.
Mulanya sekadar percikan api sahaja.Kini api sudah membesar.Nampaknya
muncung "pistol" SB menghala ke arah isteri PMNajib.Di ungkitnya masa
dan tugas mengiringi First Lady. Dulunya
"muncung pistol" di hala ke arah Menteri Polis Zahid hingga Zahid
mendakwa kepala mantan orang kedua SB ini sudah "masuk air".
Tidak pernah dalam sejarah dunia,SB cuba
"bergocoh" dengan wanita bertaraf First Lady.Regim Marcos dulu
tumbang pun bukan kerana SB tumbuk Imelda.Begitu juga bukan SB yang sepak Farah
hingga tersungkur Shah Iran.Juga bukan SB yang terajang Ibu Tien hingga Suharto
tewas.
Hebat juga perjuangan SB ini.Sanggup berjuang hingga
"titisan darah terakhir". Sudah alami pengalaman "bertempur"
dengan Tentera Solo dalam Lahad Datu War.Sanggup di kerat 16 demi pertahan Dr
Mahathir.Tentunya mudah semudah "kacang" untuk "bertempur"
dengan First Lady walaupun barangkali
senjata ampuh First Lady adalah bomoh,dukun dan hantu puaka.
Sama-sama kita tunggu kesudahannya.Cumanya kita teringat
"kisah zaman silam" hebatnya SB "berperang" dengan PAS.
Ramai aktivis PAS di sumbat dalam Kem Kamunting,ramai guru PAS di eksport ke
Sabah Sarawak hasil "kerja tangan" laporan SB.Ramainya aktivis PAS di
ziarahi SB lewat larut malam,di takut-takut dan diugut..
Kini apabila Bos SB dan orang keduanya SB di masukkan dalam
"peti sejuk" JPM,barulah berbunyi suara-suara aneh.Baru kini SB
merasai betapa "enaknya" berkhidmat atas dasar politik.Apabila
berkhidmat atas dasar politik maka bersedia hadapi tindakan politik.
Dulu kita seronok sakan ikut arahan orang politik untuk
bertindak ke atas rakyat yang membayar gaji mereka.Tangkap,sembur
air,pukul,sepak terajang bahkan sanggup tembak rakyat di Memali.Kini segalanya
terkena atas batang hidung kita sendiri.Baru anda tahu betapa jahat dan
kejamnya UMNO apabila anda berpaling arah!
Anda boleh beralasankan keselamatan negara atau apa sahaja
1001 hujah anda apabila terkena batang hidung sendiri. Ini adalah isu politik
UMNO semata-mata.Ini adalah "peperangan lanun-lanun" semata-mata.Dulu
rakyat jadi mangsa.Kini giliran SB pula.
Apabila ada sebahagian lanun-lanun tidak mendapat bahagian
hasil lanunannya ke atas harta rakyat,maka berkokok dan mengamuklah mereka.Maka
untuk menarik perhatian rakyat agar menyokong kumpulan lanun yang tewas
mengecapi hasil rompakan harta rakyat,di laungkan isu keselamatan negara.Skrip
yang sama diulang-ulang.
Ketika DS Anwar dilebam-lebamkan matanya oleh IGP dan dalam
masa yang sama PM Mahathir dakwa Anwar pukul kepalanya sendiri,di mana anda
wahai segala mantan SB ? Adakah ketika itu anda masih bersifat "barua dan
macai UMNO" dan belum "sedar" lagi permainan keparat UMNO?
Apapun,di harapkan pos kawalan kem-kem tentera diperketatkan
lagi keselamatannya agar gedung senjata tiada berlaku kecurian bahan letupan C4!
No comments:
Post a Comment