Islam agama kebaikan kepada
kehidupan. Kebaikan Islam yang dibina oleh manusia mulia bukan sahaja dimuliakan oleh
makhluk di bumi tetapi juga oleh makhluk di langit. Mereka dimuliakan kerana
mengamalkan ajaran Islam. Mereka menjadikan Islam sebagai pegangan hidup - menjadikan
mereka dimuliakan. Mereka pula tidak mendungu, bersekongkol melakukan kekufuran,
syirik kepada Allah s.w.t.; mendajal, dangkal, menghina agama,
memperkecil-kecilkan, merancang keganasan dan mengada-adakan plot kejahatan.
Tidak puas dengan kegoblokan
tersebut mereka turut merancang menyorok MH370 bagi memudahkan menyedut
duit-duit amanah bangsa. Jin-jin Lautan Hindi ternganga sehingga meleleh air
liur melihat kemewahan negara bangsa, keindahan panoramanya dan keharmonian
penduduknya.
Tiupan angin Laut China Selatan
dan hembusan angin Selat Melaka membawa bersamanya angin sepoi-sepoi bahasa
dihadang oleh golongan dajal untuk sampai tiupan nyaman itu untuk dihirup oleh
anak-anak watan.
Tangan-tangan gatal ghaib berterusan
beraksi di pentas kehidupan berselindungan dengan kegelapan malam 8 Mac 2014
menghilangan pesawat tercanggih kerana ada isyarat-isyarat kedajalan di sana .
Allahu Akhbar.
“Ya Allah Ya Tuhan kami,
Engkau hindari kami daripada dajal-dajal
yang bertopengkan manusia
Engkau tunjukkan kami
kebaikan-kebaikan sebagaimana
Engkau tetapkan peredaran
matahari dan bulan menurut paksi-paksinya,
Engkau lahirkan dalam diri kami
manusia bersifat mulia lagi dimuliakan
Amin Ya Rabbal Alamin.”
Apabila Amerika mendajal, jangan
ikut perangai yang buruk itu, ikutilah perangai yang baik-baik; yang membina
minda, membangun dan merancang ekonomi berdaya saing, hebat, membuat
kerja-kerja kebajikan, merangka sesuatu yang akan diingati sebagi mercu negara
bangsa dan menjulang martabat umat.
Manusia yang ikhlas dalam
hidupnya senentiasa menjadikan Islam sebagai amalan hidup, Islam sebagai kawan
yang membina kehidupan, tidak melakukan makar-makar dan onar-onar membaling
batu sembunyi tangan, mempergunakan Islam untuk merosakkan Islam dan
kepentingan umum.
Menjadilah manusia dikenang
sepanjang zaman dan bukan manusia yang disumpah menjadi kera.
Ingat! Jangan mendajal.
Lihat dan perhatikan senarai penumpang-penumpang
MH370 yang hilang daripada imbasan radar golongan dungu-dungu kerana Allah
s.w.t. akan mendungukan akal mereka sebabnya Amerika melambai-lambai MH370.
Penumpang-penumpang MH370 adalah;
Amerika Syarikat (tiga)
Perancis (tiga)
Kanada (dua)
Belanda (satu)
Itali (satu)
Rusia (satu)
No comments:
Post a Comment