Jeneral Amerika Syarikat, John
Francis Campbell adalah penentang pengganasan yang melakukan keganasan di
seluruh penjuru alam tetapi berbeza di Turki beliau adalah antara suspek
perancang yang dikenalpasti memimpin kudeta seperti yang dikhabarkan oleh Media
Turki – Jenderal AS ini Pemimpin Kudeta
Walau bagaimanapun kudeta itu
gagal kerana warga Turki penentang kepada keganasan. Turki ramai
panglima-panglima perang termasuklah bersenjatakan kayu; mantan pejuang Uthmaniyyah, nenek-nenek, orang-orang tua, ibu-ibu, bapa-bapa, anak-anak gadis, pemuda-pemuda dan semua lapisan warga Turki bangkit menentang pengganasan.
Penentangan mereka pula bukan
sahaja pengganas-pengganas di dalam wilayah Turki tetapi pengganasan yang
hendak melakukannya di Turki, berkomplot dan mewarnai gelagatnya dengan pelbagai
ragam, namun aksinya mudah dihidu, ditumpaskan oleh warga Turki kerana mereka mengenali
pengganas-pengganas, dan penentang tegar pengganasan.
Ternyata warga Turki lebih
memahami persekitaran mereka berbanding dengan pengganas-pengganas yang
merentas sempadan.
Jangan disebabkan di negara
sendiri berlaku keganasan tetapi dieksport kepada negara lain. Menuding di sana
sini kepada mereka yang tidak bersalah dan dipersalahkan, menokok tambah cerita, mereka-reka tuduhan, menceritakan kedongengan untuk dibenarkan bagi menuduh mereka yang tidak berdosa. Tolong elakkan ya.
No comments:
Post a Comment