Pemerintahan mesir tidak pernah mengganggu kuasa lain. Ia
juga tidak pernah menyekat rezeki orang lain. Kerana rezeki itu keperluan asasi
manusia. Ia juga tidak pernah mengganggu jiran-jirannya, sama ada jiran
setempat atau jiran bersempadan dengan negara.
Mereka yang mengguasai kerajaan Mesir melalui Ikhwanul
Muslimun adalah manusia yang diberkati oleh Allah s.w.t. kerana mereka berikrar
untuk meninggikan syariat Islam. Keikhlasan mereka memerintah Mesir boleh
diperhatikan melalui tempoh pemerintahan mereka yang singkat sebelum rampasan tentera dan persengkongkolan jahat. Mereka tidak mengancam musuh
sebaliknya musuh terancam disebabkan perancangan jahat mereka bukan sahaja
kepada umat Islam tetapi juga kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t. akan membalas tunai kepada individu, kelompok atau
persekongkolan yang berazam merosakkan Islam dan umat Islam, sehingga terbantutnya
perlaksanaan syariat Islam di sana.
Sejarah melakarkan bahawa jatuh bangun sesuatu tamadun
bangsa disebabkan oleh bangsa itu sendiri.
Yakinlah bahawa bantuan untuk rakyat Mesir hampir tiba
kerana saat-saat yang dinantikan akan menjelang tiba, bila sampai tempohnya.
Ke mana
mereka hendak mengelak?
Umat Islam tidak akan bertepuk tangan ketika mereka
merai kejayaan. Berpesta-pestaan adalah perangai jahiliah. Mereka merafakkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana mereka senentiasa di bimbing menerusi kitabullah dan sunnahtul rasul. Ia juga kerana
menjadikan saya, tuan/puan, kamu, kita dan mereka menjadi pengganut Islam.
Umat Islam tidak akan bersangatan bencinya kepada
pengkomplotan kejahatan. Tetapi akan tetap menunaikan janji seperti yang dipersetujui. Ikrar seorang muslim adalah Al-Quran.
Masa terus berlalu;
Sampai bila mereka boleh menghalang
hembusan angin yang membawa maut.
Sampai bila mereka menghalang angin puting beliung melanda daratan.
Sampai bila mereka boleh menghalang hujan yang mengakibatkan
banjir.
Sampai bila mereka boleh menghalang arus ombak yang mengganas.
Sampai bila mereka boleh menghalang gempa bumi.
Sampai bila mereka boleh bertahan dengan sistem ekonomi
riba.
Sampai bila mereka menggunakan akal sihat mengaburi
kehidupan dirinya sendiri.
Sampai bila?
Allah s.w.t. memberi akal, fikiran, hati, perasaan dan
penglihatan supaya kita merasai nikmatnya, sabar dengan kesulitan dan melihat tanda-tanda kebesaran
Allah s.w.t.
Dari Abu
Yahya Suhaib bin Sinan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Sangat ajaib keadaan seseorang yang
beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi
kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur,
maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia
bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.” ( H.R. Imam Muslim )
Mengkufuri nikmat akan memusnahkan diri sendiri.
Berjayalah mereka yang yakin dengan kekuatan iman yang
telah meresap ke dalam urat nadi dan jantung umat ini.
No comments:
Post a Comment