Oleh: Mohd
Shubhi Abdul
Thursday, October 3, 2013
pahala di musim haji
Siapa agaknya orang tua di negara kita yang cukup banyak
pahala setiap kali masuknya musim haji? kalau ada yang nak menafikan bahawa
dosa dan pahala bukan hak kita nak tentukannya, sekurang-kurangnya orang tua
itu tetap telah membuat satu sumbangan yang besar pada umat Islam di negara
kita.
Bila sebut musim haji, semua orang tentu ingat pada
Tabung Haji... betul tak? sebab Tabung Haji merupakan satu badan besar yang
monopoli kesemua urusan mengerjakan Haji dan Umrah di negara kita.
Sampai habis urusan umrah sunat dan aktiviti ziarah
mereka sapu bersih. Tak kisah monopoli atau tak asalkan faedahnya jauh
mengatasi keburukan.
Adapun kemudian daripada itu... setelah kita menyebut
Tabung Haji, adakah anda semua ingat akan Prof Di Raja Ungku Aziz?, orang tua
berjanggut putih yang mulutnya tak pernah lekang dari senyuman manis. Semakin
tua semakin bertambah manis senyumannya.
Orang tua itulah yang telah membuat kajian dan
menyediakan kertas kerja lalu dibentangkan pada tahun 1959 pada orang-orang
besar negara. Kertas kerja bertajuk: "Rancangan Membaiki Ekonomi
Bakal-bakal Haji", itu telah diterima dengan baik.
Hasil daripada kajian dan pembentangan kertas kerja itu,
maka pada tahun 1963, tertubuhlah Tabung Haji yang pada masa ditubuhkan telah
diberikan nama Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji. Penubuhan perbadanan
itu berlaku pada November 1962.
Dan kemudiannya perbadanan itu mula beroperasi pada 30
September 1963. Jadi pada 30 september 2013 baru-baru ini telah genaplah umur
Tabung Haji selama 50 tahun beroperasi di Malaysia. Mari kita lihat perbezaan
masa mula 50 tahun dulu dengan sekarang.
Tabung Haji 50
tahun dulu:
1.
Punyai seramai 13 orang petugas sahaja.
2.
Ada seramai 1,280 pendeposit sahaja.
3.
Ada sejumlah RM46,600 simpanan sahaja ketika
itu.
4.
Beribu pejabat kcil di sebuah pejabat di jalan
Ipoh, KL.
Tabung Haji hari
ini setelah 50 tahun:
1. Simpanan dan dana sejumlah lebih daripada RM41
Billion !!! melayakkan Tabung Haji menjadi sebuah badan pengurusan dana Islam
di negara kita yang paling besar sekali.
2. Terdapat lebih daripada 8 juta pendeposit
sekarang.
3. Ada sebanyak 119 cawangan di seluruh negara tak
termasuk sebanyak 6,000 pusat perhubungan dan juga sebuah pejabat operasi di
Arab Saudi.
Daripada semua data di atas, walau apa cara sekalipun
kredit perlu diberikan pada orang tua janggut putih dengan senyuman manis yang
saya sebutkan di atas tadi.
Kalau ada dikalangan para ustaz atau ahli parti politik
islamik atau pergerakan tolak demokrasi yang tak berapa setuju dengan Ungku
Aziz kerana dia tak lilit serban dan tak reti kepalai tahlil atau kerana dia
bukan dikalangan golongan ulama yang tak layak jadi ketua...
... eloklah tuan-tuan semua muhasabah sikit dan tanya
diri sendiri apakah usaha yang jauh lebih baik yang aku telah, sedang atau akan
buat agar melebihi orang tua itu sebelum anda nak kata atau kondem apa-apa.
Apa pandangan anda berkenaan Tabung Haji sekarang?
berikan pendapat anda di ruang komen kat bawah...saya tau ada yang nak kata
Mamak yang sedang ketuai TH sekarang tak berapa sesuai atau tak berapa layak
sebab dia hanya ada SPM saja kan-kan-kan....silakan komen!
No comments:
Post a Comment