Segala kemuliaan layak
diberikan kepada ahli ilmu kerana memberi petunjuk hidayah kepada seseorang.
Kehebatan seseorang dilihat
dari amalan terhadap ilmu diperolehi.
Orang yang bodoh memusuhi
orang-orang berilmu.
Golongan penuntut ilmu tidak
mengharapkan apa-apa balasan.
Orang berilmu redha dengan pemberian
Allah melalui ilmu pengetahuaan, orang jahil memiliki harta.
Harta akan musnah dalam tempoh
tertentu, ilmu kekal selama-lamanya.
Tidak layak mereka yang
berakal bijak dan adab yang mulia duduk
di kampung.
Belajarlah dengan cara ia
engkau akan mendapatkan ganti daripada apa yang telah ditinggalkan.
Bersusah payahlah kerana
kesannya akan dikecapi setelah melaluinya.
Air akan menjadi rosak jika
tidak mengalir. Ia juga akan berbau busuk.
Air yang bergerak ia akan
menjadi bersih dan menyegarkan hidupan di sekitarnya.
Singa jika tidak keluar mencari
kehidupan dia tidak akan mendapat mangsanya.
Anak panah jika tidak
dilepaskan dari busurnya pasti tidak akan mengenai sasaran.
Matahari dan bulan jika berada
pada kedudukan yang sama akan memeritkan dan membosankan.
Bulan purnama jika tidak silih
berganti pastilah tidak akan dinantikan oleh orang yang menantikan.
Bijih emas, perak dan timah
dianggap tanah biasa jika dibiarkan bertempiaran di tanah.
Kayu cendana jika masih di
hutan masih dianggap kayu biasa.
Jika terpisah dari kediamannya
akan menjadi kuat perantauannya dan jika belayar ia akan menjadi mahal seperti
emas.
Tuntutlah ilmu kerana
seseorang itu bukan dilahirkan dalam keadaan alim.
Orang berilmu tidak sama
dengan orang yang jahil.
Orang kenamaan/pembesar
kerajaan jika tidak memiliki ilmu dia dianggap hina jika dia bersama orang
ramai.
Seseorang kanak-kanak yang
berilmu, lebih baik daripada manusia dewasa jahil.
Kelebihan ilmu banyak hanya
boleh diraih oleh orang berakal.
Jika ilmu tidak diamalkan maka
ia akan menjadi bala dan musibah kepadanya.
Mempelajari ilmu untuk
mencapai kerdhaan Allah tetapi digunakan untuk mencari harta nescaya ia tidak
akan merasai bau syurga pada hari kiamat.
Jika tidak menuntut ilmu ia
akan menjadi hujah atas segala kesalahan dilakukan yang tidak diampunkan.
Diangkat sehingga semua orang
menghormati dan mengenalinya.
Jika kita memahami ilmu,
sesungguhnya akan dipercayai kata-kata seseorang (terutama) dengan apa yang
diamalkanya.
Orang yang berilmu dipandang
mulia walaupun ia lebih daripada keturunan yang tidak mulia.
Senentiasa diikuti dalam apa
keadaan seperti pengembala kambing senentiasa diikuti oleh kambing-kambing
peliharaannya.
Kalau bukan kerana ilmu
pengetahuan seseorang tidak akan belajar.
Tanpa ilmu pengetahuan tidak
diketahui perkara halal dan haram.
Celaka! Bagi orang-orang yang
lahir pada waktu siang dan malamnya kerana mementingkan makan dan minum sahaja.
Orang yang belajar menuntut
ilmu, Allah akan menyenangkan baginya jalan ke syurga.
No comments:
Post a Comment