Ghaib adalah suatu perkara
yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia kerana ia bersifat abstrak. Ia juga
kerana kita tidak memiliki suatu pengetahuan untuk mengetahuinya. Kita hanya
mempercayai adanya seperti malaikat, jin, janji, kesetiaan, kecantikan dan sebagainya.
Makhluk tidak
memiliki ilmu pengetahuan mengenai sesuatu yang ghaib. Allah s.w.t. sahaja yang
memiliki dan mengetahui tentang yang ghaib. Para malaikat pun tidak mengetahui
sesuatu yang ghaib termasuklah Azazil yang pada suatu ketika dahulu mengetuai dan
berada alam ghaib.
Allah
mengetahui segalanya kerana Dia Memiliki Ilmu Yang Ghaib dan Maha Luas termasuk
meliputi seluruh alam, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bangkai, kayu dan batu
yang merupakan sebahagian dari isinya. Ia juga meliputi pengetahuan tentang
yang ghaib dan yang boleh dicapai oleh pandangan, sama ada yang telah terjadi,
yang sedang dalam proses dan yang akan terjadi; di langit atau di bumi, di daratan dan lautan,
di dalam rahim, bersifat mikroorganisma atau
gunung- ganang, universal atau particular, kesat atau halus, terang atau gelap, hari ini atau
kelmarin, semalam atau esok, semuanya dalam pengetahuaan Allah s.w.t.
“(Luqman menasihati anaknya dengan
berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara
(yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi
di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa
oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha
Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.” ( Q.S. Luqman: 16 )
“Sesungguhnya di sisi Allah
pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan
hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam
rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa
yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang
dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.” ( Q.S. Luqman: 34 )
Semua pengetahuan
itu milik Allah s.w.t. kerana Dia Penciptanya dan Berkuasa Berkuasa atas
segalanya, pemegang kuncinya dan semuanya telah termaktub di Lauh Mahfuz secara
terperinci, sejak awal hingga akhir dan dari A hingga Z.
Firman Allah s.w.t.:
“Dan tidak ada sesuatupun melainkan
pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan
dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.” ( Q.S. Al-Hijr: 21 )
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki
bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan
perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu)
menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia
Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan
nyata.” ( Q.S. Asy-Syuura:
27 )
Maka dapatlah
dirumuskan bahawa ilmu Allah s.w.t. merangkumi, menyeluruh, meliputi dan
sempurna. Nabi s.a.w. bersabda, kunci alam ghaib itu lima perkara, meliputi:
1. Ilmu
tentang hari kiamat.
2. Menurunkan
hujan.
3. Apa
yang ada di dalam rahim.
4. Apa
yang akan diusahakan oleh manusia esok pagi
5. Dan
di bumi mana ia akan mati
Kita juga
mengetahui bahawa:
Ahli meteorology dapat meramal turunnya hujan.
Ahli meteorology dapat meramal turunnya hujan.
Para doktor
dapat meramal jantina janin yang berada di dalam rahim
ibunya.
Oleh itu, pengertian ayat al-Quran , hadith Nabi s.a.w. dan pengetahuaan manusia tentang perkara ghaib adalah:
1. Perbedaan antara ilmu Allah s.w.t. dengan kajian manusia terdapat perbezaan yang prinsip.
2. Ilmu Allah s.w.t. meliputi segala yang besar dan kecil termasuk perkara ghaib manakala ilmu manusia melalui tanda-tanda, gejala-gejala dan perantaraan sesuatu, maka, ia bukan disebut mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
3. Bekaitan hujan: Ilmu Allah s.w.t. merangkumi perkara yang mikrooganisma juga, dari aspek proses kejadian hujan itu sendiri sehingga menurun dari langit, meliputi efek-efek positif atau negatif manakala ilmu manusia pula melalui kajian, hipotesis, ramalan dan sejarah.
4. Berkaitan rahim: Ilmu Allah s.w.t. merangkumi sebelum kejadian, belum menjadi sesuatu apa pun, hingga bentuk dan rupanya, sampai melahirkan manakala ilmu manusia melalui pembelajaran dan pengamatan berulang kali.
5. Allah s.w.t. menganuggerahkan manusia ilmu pengetahuaan jika tidak mereka adalah manusia yang cacat.
No comments:
Post a Comment