Para Rasul dan Nabi a.s. mengajak umatnya beribadah kepada
Allah s.w.t. sebagaimana mereka mengajak kepada ketinggian akhlak dan istiqamah
di atas hidayah Allah s.w.t. Selain daripada perkara-perkara di atas mereka juga
konsisten dan berkekalan tujuan dakwah itu sendiri:
1. Berdakwah
mentauhidkan Allah
2. Berdakwah
untuk membangun manusia
3. Mengelak
dan menjauhkan diri dari kerosakan-kerosakan moral
4. Merombak
sistem kehidupan masyarakat yang rosak melalui:
a. Mengikat
dengan akidah
b. Memperundangkan
kaumnya dengan syariat
c. Mengukuhkan
keimanan
d. Mempraktikkan
amal soleh
Dakwah yang berterusan dan berkesinambungan tidak pernah
terputus sehinggalah hari ini. Ia telah berlaku sejak dari Nabi Adam a.s
sehinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan membangun manusia dan kehidupan
di atas jiwa tauhid itulah yang akan mencapai ketakwaan.
Firman Allah s.w.t.:
“(Jika demikian akibat
orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau
sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman
dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan
janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).
Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka,
merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat
sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran
(bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan
kaum yang fasik - derhaka.” ( Q.S. Al-Ahqaaf:
35 )
“Allah telah menerangkan kepada
kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang
telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan
kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi
Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian agama,
dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat
bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka
kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk
menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu
sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).” ( Q.S. Asy-Syuura: 13 )
Para nabi yang menerima kedudukan tinggi, istimewa kerana
ketabahan dan kesabaran mereka yang luar biasa dalam menyebarkan Islam.
Pengajaran daripadanya:
1. Tetap
teguh dengan akidah Islam
2. Memiliki
keazaman dan kesabaran yang tinggi
3. Orang
pilihan dan mendapat pengiktirafan Allah s.w.t.
4. Sentiasa
berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. supaya memberi hidayah dan dihindari
dari diturunkan azab kepada kaumnya
5. Ditegah
berpecah belah dan berselisih dalam menegakkan syariat Islam
6. Berat
untuk kaum musyrikin menerima Islam yang diseru kepada mereka
No comments:
Post a Comment