NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 27 July 2014

APAKAH MOTIF SEBENARNYA PESAWAT MH370 DISOROK?



Sekilas pandang scenario Amerika Syarikat masakini

Amerika Syarikat (AS) adalah negara maju. Jauh meninggalkan negara-negara dunia ketiga, AS hanya perlu menyalur sumbangan untuk memikat rakyat awam di negera-negara dunia ketiga, termasuklah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Berteknologi tinggi. Kuasa ketenteraan. Kaya. Pandai mengambil peluang di atas kecuaian individu yang bermasalah kerana ia tidak akan merai sesuatu dengan tender terbuka. Jika ia memasuki tender terbuka pun tetapi telah ditentukan penerimanya. Itulah dunia perniagaan.  Tender terbuka hanya sesuai untuk nilai-nilai yang kecil, itupun jika keletihan dalam mengurus bidang kerja  berskala kecil itu, diabaikan untuk tempiasan umum kepada usahawan-usahawan kerdil.

Amerika Syarikat memiliki banyak satelit, peralatan yang boleh memantau pergerakan objek-objek di udara, terutamanya jika ada sesuatu yang disyaki mengenai perkara-perkara yang mencurigakan, bukan hanya kepada kepentingan Amerika Syarikat tetapi juga meliputi kepada kepentingan sejagat. Satelit itu pula boleh melihat kecerahan objek-objeknya, yang kecil dibesarkan. Kabur dijelaskan.

Perkara-perkara yang tersembunyi pun boleh dikesan olehnya walaupun disembunyikan oleh pengguna-penggunanya seperti penggunaan telepon-telepon, emel-emel, sms-sms atau cip-cip yang diletakkan di dalam dompet-dompet yang sukar diselongkar. Jika ada atau di depan CCTV atau kamera lagilah terang.

AS juga memilik radar yang berkuasa tinggi. Bukan itu sahaja, gemanya hebat. Radar-radar yang berkuasa rendah ditelan olehnya, akhirnya, pengguna-pengguna radar-radar berkuasa rendah yang membeli radar-radar itu ternganga untuk disembelih. Menyerah sajalah. Ikutlah. Itulah kuasa teknologi yang dimanfaatkan oleh AS tetapi tidak dimanfaatkan oleh pembeli-pembeli kaya untuk membangunkannya sendiri kerana masih mengharapkan duit, komisen. Aset-aset berharga negara diswastakan. Pelik tapi benar.

Islam selalu mengingatkan supaya menyediakan persiapan kuda-kuda yang gagah untuk menghadapi kuda-kuda lembik. Jangan berjalan kaki.

AS memiliki pengkalan tentera dipelbagai benua, kawasan dan negara yang berada di bawah penguasaannya dan/atau  melalui perjanjian-perjanjian pertahanan yang menguntungkannya dimeteri seperti yang berlaku di Jepun, Korea Selatan dan Filipina; yang terletak di negara-negara di bahagian timur. AS juga memiliki pengkalan tentera di negara-negara umat Islam seperti di Afghanistan, Turki, Arab Saudi dan Oman. Amerika bukan sahaja memilik pengkalan di timur jauh dan negara umat Islam, tetapi juga memiliki pengkalan lagi di kawasan-kawasan tertentu termasuklah di Pearl Harbor, Hawai, Guam dan Diego Garcia di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Walaupun pengkalan-pengkalan tersebut adalah pulau-pulau dan jauh daripada tanah besar tetapi ia sebenarnya adalah kawasan strategik untuk melancarkan pengeboman dilokasi-lokasi yang dikenal pasti dengan cara bom, bom-bom lari yang dilakukan pada waktu malam, semasa orang awam sedang tidur seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Bagi melengkapkan persenjataan AS, ia juga memiliki tentera, antara yang terbesar dari negara-negara bangsa. Memiliki puluhan ribu pesawat tempur dan pelbagai versi daripada yang kecil sehingga sebesar-besarnya sehingga satu peringkat pesawat-pesawatnya bergerak senyap dan tidak dapat dikesan oleh satelit dan radar yang berkuasa rendah. Pesawat yang dipandu oleh manusia atau dikendalikan melalui pusat kawalan.

Di lautan pula AS memilik armada-armada;  pengangkut kapal terbang, kapal perang pengiring, kapal perang berkuasa nuklear, kapal perang berpeluru berpandu dan kapal perang pengangkut tentera yang boleh digerakkan dengan segera. Gabungan persenjataan dan sokongan lain telah meletakkan AS berada di barisan hadapan menghadapi negara-negara lemah dan senang di buli. Persenjataan di daratan amatlah banyaknya.


Suasana semasa yang boleh berubah

Walapun negara AS hebat pada pandangan masyarakat tetapi bagi umat Islam, itu adalah kekuatan yang bersifat sementara yang boleh hilang, hancur musnah pada bila-bila masa sahaja kerana masa akan luput. Sama seperti usia manusia. Sampai masanya manusia hidup akan mati. Masa akan menentukan segala-galanya.  Tamadun manusia  menunjukkan bahawa kemusnahan berlaku bila sampai saatnya. Jika tidak berlaku ketika peperangan, ia boleh diakibatkan oleh bencana alam, wabak, perebutan jawatan dan harta di dalam negara, huru-hara negaranya.

Hari ini, kewangan dunia ditentukan melalui pengapungan nilai dolar AS ($) di pasaran antarabangsa sebagai asas pertukaran matawang. Negara-negara merdeka menerima nilaian kewangan itu sebagai asas pertukaran mata wang setelah diwujudkan persefahaman antara negara bangsa. Jika berlaku scenario ketidakkestabilan di AS dan matangwang tergugat, ia akan mempengaruhi pertukaran matawang antarabangsa dan negara-negara yang terlibat.  Puncanya kerana ada dua andaian berlaku, iaitu ‘ikut kami atau menentang kami’. Maksudnya ‘ikut kami’ dari blok paksi kebaikan manakala ‘menentang kami’ dari blok paksi kejahatan. Apa akan berlaku jika scenario berikut berlaku:-



  1. Matawang AS tidak stabil di pasaran anatarabangsa.

  1. Negara-negara paksi kejahatan  mewujudkan matawang dan membentuk sistem kewangan baru.

  1. Matawang EURO diapung diperingkat antarabangsa sebagai pertukaran sah dan dijadikan syarat penerimaan urusniaga dengan negara-negara Eropah.

  1. Menggunakan emas  sebagai pengukuran aras nilai pasaran semasa.



Seandainya pertukaran kewangan dinilai berdasarkan nilaian emas semasa, mengambil kira bahawa berlakunya pertukaran yang telus tanpa melambak-lambakkan wang-wang kertas dalam pasaran terbuka, tanpa disandarkan dengan nilai emas, maka stabilkah ia? Tetapi sebaliknya akan berlaku, tentu berebut-rebutlah pencetak-pencetak kewangan mengeluarkan kertas-kertas tersebut tanpa batasan.

Pasaran pelaburan dunia terus berkembang, dengan mengambil manfaat dari keaktifan pelabur-pelabur yang terlibat secara langsung kerana beranggapan bahawa prospek pasaran berada pada paras stabil dengan melihat dan mengambil kira keamanan dunia pada kedudukan yang baik. Pertumbuhan pelbagai sektor memperlihatkan peningkatan peratusannya. Berlakunya ketelusan tersebut tanpa provokasi, semua masyarakat akan menikmati faedahnya kerana keuntungan yang diterima oleh perlaburan dalam dan luar negara yang memberangsangkan. Tetapi jika berlaku sebaliknya, pembolotan oleh golongan tertentu yang akhirnya akan berlaku kuasa monopoli yang ditentukan di sana, oleh golong-golongan korprat yang bersifat tamak. Golongan lemah akan disingkirkan termasuk pemerintah yang lemah akan dipulas oleh mereka. Kecuali ada pulangan di sana untuk timbal balik dengan penyumbangan nanti, ada pulangan lain untuk menampung kekurangan yang telah disumbangkan itu. Si tamak akan bersifat belas kasihan.

Makanan dunia terus meningkat kerana kawasan pertanian baru telah diterokai dan dilebarkan, walaupun di Palestin kawasan-kawasan pertanian di bom oleh Israel. Usaha-usaha penyelidikan, pengembangan, teknologi-teknologi terkini telah dioperasikan dengan menyumbang kepada berlipatgandanya sumber makanan dunia. Perusahan-perusahaan terus berkembang kerana permintaan yang semakin meningkat menurut peningkatan pertumbuhan penduduk dunia.


Dajal membina kekuatan, menggunakan kelalaian yang mudah didajalkan

Kadang-kadang pedagang-pedagang mengambil peluang dengan barangan keperluan asas dinaikkan dengan memainkan isu kekurangan barangan, kelambatan penghantaran, kemarau, wabak, kawasan berisiko, barangan sukar diperolehi dalam pasaran, puak-puak mensabotaj, maka hasilnya ketidaktentuan harga dan manipulasi berlaku di sana, terutamnya apabila berlaku sesuatu perayaan, bencana atau musibah yang barangan tersebut amat diperlukan. Pada satu peringkat harga barangan naik dengan alasan harga petrol meningkat naik. Maka makanan asasi manusia kian meningkat kerana pelabur-pelabur inginkan peningkatan keuntungan dengan alasan dipengaruhi oleh elemen-elemen tersebut. Pihak berwajib pula tidak terlibat secara langsung untuk mengembleng pengeluaran makanan asasi secara besar-besaran untuk keperluan domestik dan boleh di eksport.

Umat Islam yakin dengan agama mereka, Islam. Agama benar. Mereka tidak gentar dengan kematian. Kematian yang mulia adalah membela kebenaran, mempertahankan maruah, harta dan mententeramkan manusia supaya sejahtera dan mengekalkan perpaduan sepanjang zaman. Meruntuhkan kesesatan. Islam menghargai nyawa manusia. Hanya manusia yang tahu menilai nyawa sahaja yang memahami nilainya.


Golongan cerdik memahami al-Quran mengamati dajal

Allah s.w.t. boleh mengubah perasaan, akal dan tindakan manusia daripada baik menjadi jahat. Daripada jahat menjadi baik. Menseimbangkan antara kebaikan dan kejahatan. Mengekalkan kebaikan berterusan dan melakukan kedajalan sepanjang zaman seperti yang dilakukan oleh iblis yang beranak-pinak menjadi syaitan dan kadang-kadang bertopengkan manusia berperangai binatang.

Manusia yang cerdik akan memikirkan sesuatu untuk kebaikan manusia dan kesejahteraan sejagat. Mereka kurang melakukan kedajalan, kerana  sifat tersebut  bukan sifat orang cerdik. Kedajalan adalah milik orang-orang dungu-dungu, bodoh-bodoh dan dilaknat oleh manusia dan seluruh makhluk kerana perangainya yang degil itu. Orang-orang cerdik bersifat telus, berintegriti, boleh dipertanggungjawabkan, memahami luahan masyarakatnya dan tidak menjadikan insan lemah sebagai sandaran untuk melakuan perangai buruk, bagi mendapatkan upah dan memanipulasikan sesuatu isu daripadanya; melari, sorok, menculik, pengganasan dan dijadikan tebusan. Maka, heboh seantero alam disebabkan isu tersebut. Tiada penyelesaiannya. Akhirnya mereka berpakat bagaimana untuk mencairkan wang negara supaya mudah mengalir kepelbagai arah. Manusia yang cerdik adalah manusia gagah, dihormati oleh kawan dan lawan, disegani bukan dijadikan sasaran oleh dajal dan dajal-dajal, kerana pakatan dajal licik dan orang cerdik kena lebih licik daripada dajal. Baca Al-Quran, amati.

Mendajallah tetapi jangan sampai dilaknat oleh Allah s.w.t.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”