NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 30 July 2014

JEPUN PERCEPAT TENTERANYA MATI



Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki: Nostalgia Ogos 1945 diingati


Selepas Jepun dibom pada Ogos 1945 oleh Amerika Syarikat (AS) dengan atom di Hiroshima pada 6 Ogos dan Nagasaki  pada 9 Ogos dengan angka beratus-ratus ribu rakyat awam terbunuh di kedua-dua negeri tersebut kerana dibunuh dengan bom atom dalam peperangan yang amat perit kerana balas dendan, Jepun menyerang Pearl Harbor, Honolulu, Hawaii, pada 7 Disember 1941.  AS terpaksa menyiapkan bom atom selama 3 tahun 7 bulan sebelum digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Masa yang begitu lama, untuk menundukkan Jepun. 

Provokasinya amat dahsyat. Ia memerlukan kekuatan jiwa menghadapinya kerana tindak balas Jepun telah menyerang pengkalan tentera AS di Pearl Harbor pada pagi 7 Disember 1941, memusnahkan dan melumpuhkan pengkalan tentera AS sana, dan ramai tentera terkorban.

Susulan peristiwa tersebut, selepas 3 tahun 7 bulan, AS menghantar pesawat pengebom, membom dua buah bandar di Jepun; Hiroshima dan Nagasaki. Kini, kapal terbang-kapal terbang pengebom itu telah dimuziumkan dan krew-krew yang terlibat mengendalikan pembunuhan pengeboman itu, pada 6 dan 9 Ogos 1945 telah mati semuanya. Sehingga  kini, pihak Jepun belum bertindak balas dengan pembunuhan rakyatnya yang tidak berdosa itu sebaliknya mengangkat bendera putih, menyerah kalah kepada Pasukan Bersekutu dan menandatangi dokumen perjanjian menyerah kalah pada 2 September 1945 serta diletakan di bawah pengawasan Amerika Syarikat, negara yang membomnya.

Berbeda dengan rakyat Vietnam, Afghanistan dan Iraq, walaupun dibom bertubi-tubi, berulangkali,  berbulan-bulan  tanpa henti di pelbagai kawasan, tujuannya untuk menakut-nakutkan orang awam tetapi sebaliknya menyemarakkan lagi lahirnya pejuang-pejuang yang kental, berhati singa dan lali dengan bom letupan berkuasa tinggi. Ada dua buah negara yang masih bertempur sehingga kini kerana dalam fikiran mereka tiada bendera putih, iaitu;-

   1. Afghanistan.
   2. Iraq.


AS mengawal ketenteraan dan memanfaatkan peluang

Selepas perang dunia ke-2, AS bangkit sebagai peneraju menggabungkan negara-negara bangsa bernaung di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setelah mengebom Jepun dan menyerang membelasah Jerman dengan tentera Bersekutu memenangi peperang tersebut. AS berada dalam pasukan Bersekutu menenatang pasukan Paksi. Setelah 70 tahun, AS masih gagah. Dalam anggota PPB, ia bertindak sebagai penasihat dan penyelianya, ibu pejabat PBB berada di negarnya. Ia adalah anggota PBB yang memiliki kuasa veto. Veto menentukan boleh atau tidak sesuatu perkara diusulkan.  Jika ada anggota degil akan diserang dengan mandate PBB dengan alasan tidak ikut arahan PBB seperti di Afghanistan, Iraq dan Palestin, kerana enggan menurut nasihat PBB. Hebat PBB. AS ada berbaki 30 tahun lagi untuk menggenapkan tamadun dan penguasaannya seantero alam sekurun lamanya. Sebagai penanda arasnya bahawa AS menguasai dunia ada 2 perkara:



  1. Dolar AS: Adalah pertukaran sah tanpa prejudis. Manakala kewangan negara-negara lain hanya laku di dalam negara sendiri atau dengan negara yang ada hubungan dagang sesama mereka. Dolar AS diterima di seantero alam, jika berlaku penolakan dan perubahan ke atasanya, tandanya cengkaman dolar AS mulai merosot.

  1. Pejabat PBB: Beroperasi dan urusetia tentang perkembangan anggota-anggota yang digabungkan terletak di AS. Tidak dibenarkan di negara lain bagi memudahkan penyelarasan. Jika pejabat PBB bertukar tempat dari AS menunjukkan kemerosotan sokongan kepadanya.

Manakala yang lain boleh dimanipulasi, yang penting kecerdikan memainkan peranan di sana dan rangkaian yang boleh diharapkan kerana sesuatu yang memautnya.

Persoalannya ialah, mampukah AS mempertahankan hegemoninya dengan menyokong pencerobohan dan keganasan oleh Israel? Terkini, Israel, menyerang Gaza Palestin, negara jiran, anggota PBB walaupun dengan alasan yang remeh kerana tiga rakyat Israel dibunuh sama seperti yang digunakan alasannya oleh AS menggunakan pengeboman WTC Washington DC, oleh rakyat Amerika sendiri, tetapi dikaitan dengan al-Qaeda atau Taliban yang baru memerintah Afghanistan, lalu mengarahkan tenteranya secara besar-besaran menceroboh Afghanistan atas nama mandate PBB? Hebat PBB. Taliban tidak mengganggu AS tetapi AS mengganggu Taliban.

Kini, AS beraksi di persada antarabangsa menghadapi banyak negara yang dimusuhinya bukan sahaja di Timur Tengah tetapi negara-negara Barat. AS perlu juga membuat kajian  tentang paksi kejahatan yang tidak mesra dengannya, tetapi mesra dan tiada masalah dengan kuasa-kuasa pengimbang seperti Rusia dan China, demikian juga dengan Perancis, Britain dan Jerman. AS perlu pencerahan tentangnya.


Jepun ingin keluar dari ‘zon selesa’ kepada ‘zon bersedia’

Jepun sebelum ini disekat oleh perlembagaannya daripada terlibat menghantar tentera merentasi sempadan kecuali diminta atas arahan/nama pengaman PBB. Berlalunya tahun 1945, 70 tahun selepas peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun ingin berdikari daripada bantuan ketenteraan oleh AS yang kini menempatkan tentera di sana dengan jumlah puluhan ribu anggota. Selepas penstrukturan semula ketenteraan Jepun, barangkali pengkalan tentera AS tidak diperlukan lagi berada di sana. Pengkalan tersebut boleh diisi oleh tentera Jepun yang telah disusun semula kekuatannya nanti.

Ketika ini, Jepun masih berdiam diri dalam isu-isu besar yang melibatkan pulau-pulau dan kawasan-kawasan yang dipertikaikan di sekitar Lautan Pasifik, dan penstruktur itu nanti adalah suatu perancangan teliti menurut speksifikasi PBB dan melakukan suatu penyusunan berhati-hati bagi mengelak prasangka negatif kepadanya. Ia akan dilihat menurut perkembangan semasa memperkuatkan negaranya dengan persenjataan dan boleh beraksi diperingkat antarabangsa.

Jumlah statistik kematian tentera Jepun pada ketika ini, berada dalam kedudukan sama seperti kematian orang awam kerana mereka berada  dalam ‘zon selesa’. Mereka pula tidak terlibat dalam pertempuran. Jepun juga perlu menyusun semula ketenteraannya supaya bebas membuat keputusan, tiada kongkongan dan memiliki jati diri berbeda pada ketika ini, ia terpaksa ikut arahan dan telunjuk atau memberitahu PPB dan AS sama ada boleh atau tidak melakukan sesuatu tindakan. Kini, jumlah penduduk Jepun semakin berkembang, keluasan tanah pula terhad maka perlulah penerokaan baru yang akan dipantau oleh pihak keselamatan terutamnya tentera.

Setelah melalui pengubalan undang-undang, maka, penamatan larangan-larangan merentasi sempadan oleh tentera Jepun dimansuhkan,  secara automatiknya Jepun berjaya melepasi kongkongan PBB kerana perlembangaannya sebelum ini mensyaratkan seperti itu, barangkali kerana usianya telah mencapai 70 tahun dan melahirkan tiga generasi setelah melalui keperitan di bom dengan atom oleh AS.

Jika perkara tersebut menjadi kenyataan, maka potensi AS mencengkam Jepun berterusan  akan berlonggaran dan sampai kepada satu takat akan dilepaskan dan pengkalan AS di negara-negara penampan akan berkurangan seperti di Filipina dan Jepun. Selepas ini kita akan melihat berlipat ganda tentera Jepun di bawah balik untuk disemadikan di negara matahari terbit itu kerana Jepun telah keluar daripada ‘zon selesa’ kepada ‘zon bersedia’ menggempur dan digempur.


Sayonara merentas sempadan mengempur

Lebih kerap Jepun beraksi di luar sempadan maka lebih ramailah tenteranya disayonarakan. Tetapi yang penting Jepun jangan beraksi di negara-negara yang dihuni oleh paksi kejahatan kerana impaknya amat besar, jika tersilap langkah dan berurusan dengan mereka. Cukuplah AS yang menghadapi mereka, daripada paksi kejahatan itu, jangan libatkan diri, nanti daripada menjadi sahabat bertukar menjadi musuh. Akhirnya, turut terpalit memilik ramai musuh. Jangan lakukan ya. Peristiwa ini mengingatkan kita kepada negara ‘sayonara’  menjadi kenyataan terutama kepada tentera Jepun  yang akan beraksi merentasi sempadan.

Melihat kepada prospek pelaburan dunia, ekonomi Jepun berada dalam keadaan baik, memiliki teknologi tinggi, pelaburan-pelaburan luar negaranya banyak dan besar, Jepun berupaya membeli negara-negara miskin menjadi proksi, mempunyai ratusan juta penduduk, dan sikap pentadbiran Jepun pula mudah mempercayai kawan yang berkongsi matlamt dengannya, kemudian diaplikasikan dalam pentadbiran negara tersebut seperti dijadikan contoh dalam pentadbiran di Malaysia - Dasar Pandang Ke Timur (Jepun).

Hari ini, Jepun ingin memasuki pasaran baru setelah terperap dalam kepompongnya selama 70 tahun. Satu cadangan saya kepada rakyat Jepun ialah supaya meneliti ajaran agama Islam, jika tidak masuk Islam pun, tidak mengapa, tetapi sekurang-kurangnya di sana ada pedoman untuk dimanfaatkan oleh Jepun bagi melonjakkan memenangi kerohanian dan diingati oleh umat Islam sepanjang zaman.

Saya sayang kepada Jepun.  





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”