Kerap
kita mendengar dalam teori pengurusan tentang istilah kecekapan
tenaga. Bagi pengguna elektrik dianggap cekap apabila dapat
diminimumkan penggunaan sumber tenaga elektrik dengan kepuasan yang
optimum. Maknanya penggunaan minimum tetapi kepuasan maksimum. Walau
bagaimanapun, yang dimaksudkan di sini ialah penggunaan sumber tenaga
manusia dengan kecekapan tenaga yang belum digerakan seratus peratus
sumber tenaga tersebut tetapi telah dapat menggunakan kecekapan
tenaga penuh.
Kecekapan
tenaga pula tidak semestinya kita maksimumkan penggunaannya tetapi
memadai dengan beberapa peratus digunakan daripada keseluruhan sumber
tenaga yang mengendalikan keperluan penggunaan tersebut tetapi telah
menggunakan kecekapan penuh yang akhirnya memperolehi kecekapan
maksimum.
Dalam
strategik peperangan, tidak semestinya kerahan tentera yang
besar-besaran dapat melengkapkan kecekapan tenaga manusia. Tetapi
memadai kita kerahkan satu atau beberapa briged atau batalion yang
dapat digemblengkan untuk memusnahkan kekuatan musuh yang jauh lebih
hebat, cekap dan besar jumlahnya, dengan sokongan kelengkapan yang
canggih dan terkini. Kerana dalam startegik ketenteraan, apabila kita
dapat memukul maut dan melumpuhkan keperluan-keperluan ketenteraan
pihak musuh telah memadai berbanding menentang mereka yang melibatkan
ketumbukan tentera yang besar tetapi sukar untuk dikawal.
Contohnya;
apabila kita dapat memusnahkan keperluan-keperluan asas pihak musuh
seperti memusnahkan pusat logistik, peralatan perang, sumber makanan,
mengempur barisan hadapan dan mengacau-bilaukan markas musuh dengan
kemusnahan besar yang akhirnya melemahkan semangat perang mereka.
Taktik dan teknik tersebut lebih berkesan dengan melakukan peperangan
yang panjang tetapi memusnahkan tamadun dan kehidupan selepas itu,
kerana kita belum bersedia menggunakan kecekapan tenaga yang
maksimum. Lemah dalam pengurusan dan perancangan, terbuai dengan
propaganda, menunjukan kebodohan dengan menyatakan bahawa itu adalah
kecerdikan dan kehebatan kerana dalam fikiran terpampang mengikis
kewangan negara. Akhirnya merugikan.
Dalam
dunia perniagaan, sama seperti dalam strategi ketenteraan, kita tidak
boleh lalai dalam menangani sesuatu peluang berskala besar,
memerlukan tindakan segera, meyakinkan rakan kongsi dalam urusniaga
yang telah ditetap dan dipersetujui.
Dalam
uruniaga berskala besar hanya beberapa individu yang terlibat
menjayakan perkara tersebut tetapi tidak pula melibatkan jutaan
rakyat sesebuah negara. Dengan penggemblengan beberapa kerat individu
tersebut maka, kita boleh nyatakan bahawa kecekapan tenaga telah
dimaksimumkan untuk menjana berbilion-bilion pendapatan daripada
individu yang telah ditentukan kemahiran mereka dalam urusan
tersebut.
Maka,
kecekapan tenaga, tidak semestinya merujuk kepada penggunaan
elektrik, ketenteraan, atau perniagaan, tetapi ia juga boleh
disesuaikan dengan objektif yang hendak dicapai oleh sesuatu
perancangan. Berjayalah mereka yang dapat mengoptimumkan sumber
kecekapannya dalam perlaksanaan kerja.
No comments:
Post a Comment