NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 6 July 2014

NASA PERNAH DICEROBOH



Mengingati peristiwa melari dan menyorok pesawat MH370

FBI ( Federal Bureau Of Investigation ) pernah mendatangi Malaysia secara rasmi untuk menyiasat satu kes penting tentang pencerobohan sistem NASA ( The National Aeronautics and Space Administration ) melalui pautan komputer di UTM ( Universiti Teknologi Malaysia ). Menurut rombongan penyiasatan daripada FBI yang mengunjungi UTM  memberitahu perkara tersebut dalam lawatan itu. Maklumat  tersebut disuarakan oleh seorang pensyarah UTM ketika sesi kuliah berkaitan maklumat teknologi sepuluh tahun yang lalu di UTM Jalan Semarak. Ini menunjukkan bahawa jika negara yang sedang membangun, seperti Malaysia, rakyatnya boleh membolosi sistem yang dikatakan mempunyai keselamatan ketat, apatah lagi jika sesama negara maju yang memang menjadikan sistem keselamatan keutamaan mereka.

Maklumat tentang pencerobohan sebenarnya telah berlaku, lebih dahulu daripada pemakluman pendedahan oleh Edward Snowden, rakyat Amerika Syarikat, agen CIA, pakar dalam teknologi maklumat, yang kini memohon suaka politik di Rusia kerana telah membocorkan rahsiah satu program pemantauan sulit AS kepada individu-individu tertentu. Kisah dajal ini juga menarik untuk dianalisis.

Dunia berkembang menurut zamannya, maka, suatu kejutan wajar diadakan supaya orang yang sedang tidur ternganga sambil air liurnya melilih, dikejutkan, disentak supaya tersedar dari tidur seperti kejutan kepada serangan WTC di Washington DC, rompakan kem tentera di Grik Perak, serangan Lahad Datu di Sabah dan terkini melari dan menyorok pesawat MH370. Inilah dunia yang penuh dengan komplot dajal.

Sejak akhir-akhir ini kerap berbangkit tentang pencerobohan maklumat; mencuri dengar perbualan telefon, merakam perbualan telefon, mengintip pergerakan individu, menjual maklumat sulit kepada negara luar, mendedahkan maklumat sulit  kepada negara luar, menjadi pengintip kepada negara luar, mengimbas emel-emel dan tulisan-tulisan di media sosial, jangan mendedahkan rahsia kepada orang luar dan yang terkini negara luar telah mengetahui maklumat sulit negara yang diintip kerana mereka bekerja di negara tersebut.

Bagi merungkai masalah tersebut di sini diberikan panduan cara-cara mencegah daripada maklumat-maklumat negara tidak terdedah kepada perisik asing atau agen-agen asing, antaranya:-

    1. Ketidakbergantungan kepada negara luar dalam aspek-aspek keselamatan. Apabila berlaku dunia tanpa sempadan maka secara langsung maklumat sulit juga terdedah, secara tidak langsung boleh dianalisis.

    2. Konsep beriman kepada Allah s.w.t., menyayangi bangsa dan negara akan mengintegritikan diri dalam kerahsiaan keselamatan negara.

    3. Kebanjiran  warga   asing  adalah   penyumbang  kepada kebocoran rahsia negara, contohnya; ketirisan subsidi minyak bolos, permit menetap dipalsukan, dan pengedar dadah dan ubatan yang masuk melalui saluran Kastam secara terbuka dibongkar.

    4. Kurangkan  ‘hanky-pangky’  dalam  dunia  politik, ekonomi dan pentadbiran kerana maklumat mudah terdedah yang akhirnya musuh mengambil peluang di atas kelalaian yang diwujudkan.

     5. Kenapa dan bagaimana lagi yang berlaku? Kerana duit dan ugutan.

Jika perkara tersebut berlaku, kini dan beberapa tahun yang lalu, siri pengintipan itu sebenarnya telah berlaku sejak zaman Azazil lagi. Manakala siri pengintipan yang berlaku pada hari ini dan akan datang adalah perulangan yang telah berlaku sebelum itu. Manakala siri pengintipan itu bukan sahaja berlaku kepada mencuri maklumat untuk negara luar tetapi juga berlaku mencuri maklumat untuk kegunaan dalaman, dan suami/isteri mencuri maklumat isteri/suami bagi kegunaan apabila diperlukan nanti. Pendedahan yang dilakukan oleh media massa itu adalah suatu cerita yang telah lama diketahui dan akan terus berlaku selagi manusia berkembang.

Yang penting rahsia Ketuhanan tentang Allah s.w.t. dan Islam, kesyumulan dan kehebatanya telah didedahkan tanpa kerahsiaan lagi oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Nak terima atau tolak. Golongan cerdik akan berebut-rebut memilikinya.

Dalam dunia siber atau apa juga bidang teknologi dunia tanpa sempadan, capaian-capaian yang boleh dimanfaatkan akan digunakan bagi merai sesuatu dan mengetahui kelebihan sesuatu produk yang dihasilkan oleh negara pengeluar, supaya teknologinya boleh diubahsuai untuk dimanfaatkan, kerana di sana ada nilai pulangan yang lumayan, seperti kita melabur berbilion-bilion duit kerana pulangannya telah dijanjikan dengan komesin, proksi pula beraksi di sana. Hebat.

Itulah dunia duit. Pengganas sanggup mengganas kerana duit. Memerangkap individu kerana duit. Mengupah individu dengan duit. Membunuh orang kerana duit. Mengisytiharkan orang hidup mati kerana duit. Bila ia mati meninggalkan duit.

Jika duit digunakan untuk membangun sahsiah manusia, itu lebih baik daripada duit yang terperap disimpan tidak sempat dimanfaatkan kerana mati. Waris-waris pula kemudiannya bermusuhan kerananya.  

Beruntunglah manusia yang mati dapat mewakafkan diri dan hartanya untuk agama Islam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”