NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 27 July 2014

LAGU-LAGU ASYIK KEMERDEKAAN


  


Pencipta-pencipta lagu berperanan mencorakkan daya fikiran pendengarnya. Membuai-buai perasaan, memberi daya khayalan, dan mengingatkan seseorang kepada nostalgia-nostalgia,  lalu berbisik-bisiklah  di dalam lamunan, rasanya hendak dicapai semula, seolah-olahnya seperti berada dalam situasi yang diimpikan kerana memorinya bermain-main diawang-awangan. Begitulah lamunannya. Berlanjutan berkumandangnya lagu-lagu yang melonjakkan terus mendodoi-dodoi pendengarnya. Tidak mengira peringkat umur; tua muda, dan kadang-kadang binatang pun turut terbuai-buai bersama rentak lagu-lagu itu.

Hari ini, sejak lima bulan yang lalu, lagu-lagu kesyahduan menduduki carta teratas dari segi peratusan ke udara di radio atau televisyen, terutamanya apabila berlaku tragedi semasa, yang melibatkan negara ini, di ulang tayang lihat/dengar di dada-dada akhbar,  televisyen dan radio serta kerap disiar udarakan kerana melibatkan kepentingan negara di sana terutamanya kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Mengapa MAS menjadi fokusnya? Kerana MAS adalah aset yang bernilai yang hanya diketahui oleh orang yang tahu menilainya. Orang dungu bernafsu memilikinya.


Contoh lagu-lagu mengasyikkan:



  1. Pesawat MH370 dilari dan disorok oleh dajal. Pada peringkat awalnya, amat menyayat perasaan, memilukan dan amat syahdu kerana ditayangkan di televisyen dengan waris kepiluan dan bertindak agresif kerana pihak berkuasa tidak dapat menjelaskan isu tersebut secara tepat kepada mereka. Maka diudarakanlah alunan muzik-muzik kesyahduan bagi menunjukkan kesedihan itu. Walau bagaimanapun, kini lenyap dan senyap alunan-alunan kesayuan itu kerana ditutup oleh pencerobohan Israel ke atas Gaza Palestin, disenyapkan oleh PBB, terhempasnya pesawat MH17 di kawasan bergolak di selatan Ukraine, akhbar-akhbar perdana lali membicarakannya termasuklah  radio dan televisyen.

  1. Pencerobohan Israel ke atas Gaza Palestin, menyayat perasaan kerana ditunjukkan gambar-gambar kemusnahan, kecederaan dan kematian kanak-kanak bergelimpangan di sana sini. Dihempap oleh bangunan batu, menangis meraung kesakitan, terkubur di dalam timbunan runtuhan rumah-rumah yang dibedil oleh Israel dengan diiringi bunyi-bunyian memilukan. Manakala PBB terus kepiluan kerana melihat Israel menggunakan kekuatan persenjataannya dari geran tahunan, membelasah Gaza Palestin yang diikat tangan dan disekat keperluannya oleh PBB.

  1. Pesawat MH17, yang melalui ruang udara lokasi pertempuran telah terhempas di kawasan pertempuran, antara pihak bersengketa di selatan Ukraine yang dipenuhi oleh persenjataan perang, diyakini ditembak, maka hibalah perasaan kerana terlihat pesawat MH17, terbakar di udara, menjunam di kawasan lapang, lalu meletup  (seperti bom Israel menyerang Gaza Palestin), meletup di daratan apabila muncungnya tersentuh tanah, mengorbankan ke semua penumpang-penumpangnya termasuk bayi comel. Serpihan pesawat MH17, dapat dilihat di sana kesan-kesan tembakan. Lalu koresponden-koresponden dalam  dan luar negara mengambil peranan menemubual waris-waris tentang kebaikan mangsa-mangsa korban, dengan penunjukan kehebatan para jurnalis-jurnalis dan juru kamera, merakamkan episod nostalgia waris-waris yang masih kehibaan.

  1. Pesawat MH370 yang dilari dan disorok oleh dajal masih kabur seperti kabus waktu pagi di kawasan tanah tinggi yang tercantik di dunia. Pesawat  MH17 ditembak, lalu pesawat komersial itu hilang kawalan, menjunam, jatuh ke bumi, meletup tetapi sebahagian bangkainya dan beg-beg mangsa yang diletakkan dibahagian cargo berkeadaan elok. Allahu Akhbar. Kita minta dajal bebaskan penumpang-penumpang MH370 dengan segera. Bertaubatlah. Adakah MH370 ada sesuatu diagendakan di sana? Atau sama seperti MH17 ada sesuatu diprovokkan di situ?  “Jangan baling batu sembunyi tangan. Kita tahu. Sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya”.

  1. Di Baghdad, pertempuran dipelbagai penjuru kerana ‘sumpah anak jantan akan memasuki Baghdad’. Manakala pertahanan kerajaan Iraq terus dipertingkatkan dengan kekuatan tenteranya dan supaya tidak kecewa diimport penasihat-penasihat ketenteraan merangka pertahanan, dibantu oleh satelit dan pesawat kawalan jauh, bagi mempertahankan Baghdad daripada dicapai oleh ‘anak jantan’, walaupun mengorbankan banyak nyawa.  Jika ‘anak jantan’ dapat menawan Baghdad dan memang akan menawannya, ia akan dijadikan ‘pusat untuk melancarkan pembebasan Palestin’ yang kini berterusan dirogol oleh pondan Israel, dan membunuh orang lemah. Lagu-lagu kesyahduan tidak dibunyikan di kawasan itu, kerana ia melibatkan peperangan  untuk menuntut semula hak-hak yang telah diceroboh dan dirampas oleh Amerika Syarikat, lalu diserahkan kepada pemerintah Iraq ketika ini.

  1. Pelbagai medan, pertempuran terus  berlaku di Syria, Afghanistan, Libya, Mali, Somalia dan sekali sekala diserang hendap berlaku di Yaman, Sudan, Mesir, Algeria, Tunisia dan Boko Haram di Negeria terkenal suka menculik perempuan-perempuan cantik. Kisah mereka kurang diudarakan kerana di sana akan menjanjikan suatu kejutan dan kejayaan, untuk bergabung dengan pahlawan-pahlawan ‘anak jantan’ di Iraq, bagi menghapuskan kedajalan dan kemunafikan manusia yang tidak insaf sifat-sifatnya. Berubahlah. Taubatlah.

  1. Di Ukraine, menjanjikan suatu pertempuran yang akan menghancurkan kehidupan jika diapi-apikan oleh lagu-lagu keasyikan oleh pencatur-pencatur bagi merai keuntungan berbilion dolar, kerana Rusia sedang menunggu untuk memotong ‘kaki orang luar’  yang menceroboh wilayahnya tanpa kebenaran bertulis atau arahan presiden. Maka lagu-lagu kesyahduan terus mewarnai kawasan  yang bersengketa itu. Keselamatan negara telah diletakkan dalam ‘zon perang’.

  1. Korea Utara pula menunggu penjahat-penjahat mengusiknya untuk mereka melancarkan peluru berpandu berpeledak nuklear ditaburkan. Anak jantan disekat kebebasannya tanpa alternatif. Ia pun marahlah.

  1. China terus unggul.

  1. Negara-negara lain masih terkebil-kebil mengharapkan dajal.


Maka, bermadahlah panglima gagah Tariq bin Ziad sebelum peperangan menakluki Anadusia - semoga Allah memberkatinya ( saya beri pangkat gelaran kepada Tariq bin Ziad sebagai ‘Panglima Gagah’) dalam versi yang telah diterjemahkan:


“Wahai saudara-saudaraku,
Lautan ada di belakang kalian,
Musuh ada di depan kalian,
Ke manakah kalian akan lari?
Demi Allah,
Yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran.
Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian lebih terlantar dari pada anak yatim,
Yang ada di lingkungan orang-orang hina.
Musuh kalian telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka.
Kekuatan mereka sangat besar,
Sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang-pedang kalian,
Tanpa kekuatan selain dari barang-barang yang kalian rampas dari tangan musuh kalian.
Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini,
Tanpa adanya perubahan yang berkesan,
 Nescaya nama baik kalian akan hilang,
Rasa gentar yang ada pada hati musuh
Akan berganti menjadi berani kepada kalian.
Oleh kerana itu,
Pertahankanlah jiwa kalian.”


Allahu akhbar.



“Wahai, golongan yang sombong bongkak, menggugut dan menipu, jangan membuli orang. Masa itu berubah. Setiap saat akan berganti. Banyak pemerintahan terdahulu yang gagah, kuat dan hebat semuanya telah musnah. Hancur. Kerajan-kerajaan yang ada pada hari ini juga semuanya akan musnah kerana ia silih berganti. Hormatilah kawan dan lawan, sayangilah golongan lemah. Insaflah. Bertaubat. Jangan mendajal. Pintu taubat terbuka. Islam membuka taubat tuan/puan. Masuklah Islam. Semoga tuan/puan berjaya”.


Amin.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”