Pesawat MAS MH17, penerbangan Amsterdam-Kuala Lumpur, menjadi berita utama, bukan sahaja dalam negara tetapi berita-berita antarabangsa sehingga hari ini kerana ia melibatkan pesawat terhempas di selatan Ukraine, di kawasan bergolak antara kerajaan Ukraine dengan rakyatnya yang ingin bebas daripada pemerintahan pusat di Keiv. Pemerintah kerajaan Ukraine menggelar penentang-penentang mereka sebagai pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis. Pemerintah-pemerintah negara luar juga turut menggelar penentang kerajaan Ukraine sebagai pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis supaya nadanya selaras.
Kerajaan
tumbang oleh demontrasi jalanan
Sebelum
wujudnya kerajaan Ukraine sekarang, Presiden Ukraine ketika itu
(terdahulu), Viktor Yanakoyick menggelar penentang-penentangnya dari
golongan prodemotrasi yang menggugat pemerintahannya melalui
demontrasi ganas di Keiv sebagai pengganas-pengganas,
militant-militant dan ektremis-ektremis. Oleh kerana berbulan-bulan
golongan prodemontrasi mengasak kerajaan pimpinan Presiden Viktor
Yanakoyick, akhirnya, golongan prodemontrasi bertempur ganas dengan
pihak keselamatan, mengakibatkan ramai mati dari kedua-dua belah
pihak: pihak keselamatan dan golongan prodemontrasi. Maka berlakulah
usul di parlimen, bukan hanya kedua belah pihak bertekak tetapi
membawa kepada pergaduhan dan berebut-rebut pembesar suara. Manakala
Presiden Viktor Yanakoyick tidak menghadiri sidang parlimen ketika
itu.
Memandangkan
ramai anggota parlimen pimpinan Viktor Yanakoyick, golongan veteran,
maka mudahlah dipulas oleh orang-orang muda ahli parlimen dari
golongan prodemontrasi, menanglah ia. Ini membuktikan bahawa melalui
demontrasi jalanan pun boleh membentuk kerajaan. Golongan
prodemontrasi yang dahulunya digelar sebagai pengganas-pengganas,
militant-militant dan ektremis-ektremis kini memerintah Ukraine, pada
ketika itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tak perasan untuk
mengadakan sidang tergempar kerana mereka dikuasai oleh proksi
Amerika Syarikat (AS) dan kurang mesra dengan Rusia.
Andaian
pengganas-pengganas menguasai separuh Ukraine
Bagaimanapun,
jika diandaikan separuh Ukraine ditawan dan dikuasai oleh
pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis daripada
negeri Donetsk dan Luhansk dengan sokongan pengganas-pengganas,
militant-militan dan ektremis-ektremis, dan persenjataan luar
melimpah-limpah datang membantu. Maka, kerajaan Ukraine pula sukar
membendung para pengganas-pengganas, militant-militant dan
ektremis-ektremis yang kian meningkat di Donetsk dan Luhansk serta
yang berada di Ukraine.
Dalam
tempoh yang sama persenjataan kerajaan Ukraine semakin menyusut,
ekonomi merudum, kehidupan rakyat sukar kerana bantuan-bantuan
ketenteraan dan persenjataan lambat dihulurkan. Sokongan, sumpah
setia rakan-rakan Ukraine, hendaklah disegerakan, penghantaran
tentera dan senjata, supaya pengganas-pengganas, militant-militant
dan ektremis-ektremis di kawasan bergolak, tempat pesawat MH17
terhempas, di negeri Donetsk dan Luhansk dapat dihapus dengan
segera. Baru anak jantan.
Atau
bagaimanakah dengan pemerintah Ukraine ketika itu? Pakej bantuan
lambat sampai dan pelbagai syarat? Pakej bantuan Rusia telah ditolak?
Animasi
peluru berpandu menembak pesawat
Maka
apabila sahaja pesawat MH17, diberitakan terhempas kerana ditembak
dengan ditunjukkan animasinya dengan gambar peluru berpandu menembak
pesawat, berlogo bendera Malaysia sama seperti bendera AS. Melalui
ruang udara kawasan pertempuran. Cuba menunjukkan kehebatannya.
Tunggu apa lagi. Meluncurlah peluru berpandu itu seperti yang
ditunjukkan dalam animasi di televisyen dan laman-laman web.
Bendera
AS fobia kepada pengganas
Penembakan
pesawat MH17, mengulangi peristiwa pasukan ‘Mercy Malaysia’
diserang hendap oleh tentera Saddam Hussein di Iraq, kerana melihat
bendera Malaysia berkibar-kibar megah terpampang di kenderan-kenderan
konvoi yang panjang itu. Tentera Saddam Hussein pun, menyasarkan
kepala supir konvoi lalu berlakulah ‘ambush’ kepada
penumpang-penumpang konvoi berhati mulia itu, untuk membantu
menyelamatkan orang luka-luka kerana dibom oleh tentera-tentera AS.
Mengapa
mereka di‘ambush’, kerana terlihat jalur gemilang yang hebat itu,
yang mereka, tentera-tentera Saddam Hussein menyangka dan terpahat
dalam fikiran, ia adalah bendera AS. Nasib menyebelahi konvoi-konvoi
‘Mercy Malaysia’ kerana dari dalam kalangan kenderan konvoi, ada
yang melaung dengan kuat kalimah: “Allahu Akhbar, Allahu
Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar . . . “, kalau tidak
mampus semuannya seperti pesawat MH17 itu. Maka berhentilah tentera
Saddam Hussein daripada menembak, apabila mendengar laungan kalimah
agung itu. Tahniah kepada Tan Sri Jemilah Mahmood memimpin 'Mercy
Malaysia' kerana mengangkat martabat Malaysia di persada
antarabangsa. Tahniah Tan Sri. Tahniah.
Masyarakat
Iraq, selatan Ukraine dan negara-negara yang pernah diceroboh oleh AS
‘fobia’ dengan bendera-bendera AS. Itu kena faham.
Lalu
apabila PBB melihat ada ruang dan peluang untuk mencelah, membahas
isu MH17, maka diusulkan mesyuarat tergempar PBB tanpa veto. Hebat
veto. Hebat PBB.
Menyusul
mengadakan mesyuarat tergempar juga adalah Parlimen Malaysia (PM)
dengan mengeluarkan notis lima (5) hari untuk usul tergempar, notis
dikeluarkan pada 19 Julai 2014 (Sabtu) dan perbahasan pada 23 Julai
2014 (Rabu). ( 23-19 = 5 hari ).
Negara-negara
lain tidak perlu diulas di sini walaupun mengadakan mesyuarat
tergempar berkaitan pesawat MH17, kerana tidak releven dengan isu
yang terlepas pandang oleh PBB dan PM.
Ada dua (
2 ) isu utama yang terlepas pandang oleh PBB dan PM untuk membawa
usul tergempar, bila kita berhasrat membahas tentang ketenteraman
awam dan keselamatan nyawa manusia. Jangan berpilih-pilih, jangan
ikut telunjuk, kita adalah manusia merdeka, ibu bapa kita tidak
pernah menjadikan kita hamba abdi, dan kerana Islam mengajar dengan
yakin kalimah syahadah: “Asyhadu alla ilaha illallah. Wa asyhadu
anna Muhammadar rasulullah.” (Maksudnya: Aku mengaku bahawa tak
ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan
Allah):-
- Apabila Israel mengebom Gaza Palestin, bertalu-talu, bom di sana sini, menggunakan bom berkuasa tinggi, tidak memilih kawasan, membunuh rakyat awam tidak berdosa; termasuk kanak-kanak, orang tua-tua, golongan cacat, orang buta dan pekak dengan alasan remeh kerana tiga rakyatnya mati. Siapa pembunuhnya tidak diketahui. Mengapa dibunuh tidak diketahui. Di kawasan mana dibunuh tidak diketahui. Apa motif dibunuh tidak diketahui. Kerana:
a. PBB
dan PM tahu bahawa Gaza Palestin, telah dikenakan sekatan demi
sekatan untuk menyekat barangan yang boleh membina potensi dan
membela diri, manakala Israel bebas daripada sekatan. Israel diberi
kekebalan, ada veto dan geran tahunan persenjataan manakala rakyat
Palestin dibunuh di depan mata PBB. Itulah kemunafikan PBB.
b. PBB
dan PM hanya melihat anak-anak kecil, warga emas yang lemah,
golongan cacat dan rumah-rumah tempat tidur dibom secara semborono
tanpa sensitif, seperti PBB juga turut bersekongkol membunuh
rakyat Palestin dengan melihat akhbar-akhbar, footage-footage
ditayang di televisyen dan laman-laman web. Kenapa rakyat Palestin
diperlakukan seperti itu? Supaya mereka dihalau dari sana. PBB
membenarkan pengusiran dan pembunuhan oleh Israel. Selepas ini,
pejuang-pejuang singa bertindak balas menggempur sampai ke Tel
Aviv, kemudian itu baharulah diadakan usul tergempar. Betulkah
begitu PBB? Hebat PBB.
c. PBB
dan PM tidak peka dengan nyawa manusia. Jangan berpilih-pilih.
- Apabila pesawat MH370, disabotaj, dilarikan dan disorok oleh dajal lalu kecut kemaluan takut dengan dajal yang memang dimusuhi oleh manusia. Maka, bercakaplah para panglipurlara tentang teori-teori, analisis-analisisi pencerahan, mengulas sesuatu isu dengan dicampuradukkan antara kebenaran dengan kepalsuan supaya menyatakan itulah kebenaran bagi menjelaskan situasi terkini isu MH370. Sehingga kini, kelibat dan kedudukan pesawat MH370 tidak diketahui ( tetapi dalam isu MH17 yang kini sensasi, pencatur-pencatur kedajalan boleh memaling-malingkan isu MH370 ). Siapa dajal yang melari dan menyorok itu. Dimana dajal lari dan sorokkan. Kenapa dajal menyorok penumpang-penumpang itu-‘engkau ambil barang-barang dalam MH370 sudahlah, yang engkau libatkan penumpang-penumpang untuk tebusan itu kenapa, engkau nak mengikut jejak pelakun-pelakun di kawasan Pantai Timur Sabah ya, yang kerap berlaku penculikan itu, sebab duitkan-harta’, apa sebenarnya yang disembunyikan dan modus-operandinya:
a. PBB
dan PM tidak membawa usul tergempar tentang melari dan menyorok
pesawat MH370 kerana ada sesuatu yang tersembunyi di dalamnya yang
hanya diketahui oleh golongan dajal. PBB dan PM takut dengan lampu
merah. Bercahaya. Silau. Berhenti. Jangan berjalan. Jika tidak, AES
akan keluarkan saman.
b. PM tidak telus dalam menyelesaikan masalah pesawat MH370
sehingga kepada satu peringkat pihak kerajaan Malaysia hendak
mengeluarkan surat mati atas nama penumpang-penumpang pesawat
MH370. Mayat-mayat penumpang tidak ditemui, pesawat MH370 tidak
ditemui, cebisan dan serpihan mayat dan pesawat MH370 tidak
ditemui. Bukti-bukti kematian tiada. Maknanya penumpang-penumpang
pesawat MH370 hidup. Bebaskan mereka. Manakala pesawat MH17 dalam
tempoh dua puluh empat jam ( 24 jam ) seluruh dunia mendapat
maklumat pesawat tersebut terhempas. Pesawat MH370 dimana? Jangan
sorok, keluarkanlah. Pelik tapi benar. Apabila surat mati
dikeluarkan maka individu tersebut sudah tidak memiliki akses
kepada harta-harta, akaun-akaun dan apa juga asset-aset yang
dimilikinya. Jika harta-harta itu berbilion-bilion, bagaimana?
Terbelalak mata oohhh.
c. PBB
dan PM tidak peka dengan nyawa manusia. Jangan berpilih-pilih.
Jadilah
manusia merdeka. Jangan mudah dibuli. Politik untuk orang cerdik,
maka, cerdiklah berpolitik.
No comments:
Post a Comment