NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 15 July 2014

ISRAEL MENENTANG PAKSI KEJAHATAN


Israel dan Amerika Syarikat sinonim dengan situasi yang berlaku di Timur Tengah semasa dan selepas peristiwa tahun 1947. Bila ada Israel adalah Amerika Syarikat di belakangnya. Bila ada Amerika Syarikat adalah Israel sebagai penyokongnya. Bahkan, bukan sahaja sinonim di kawasan tersebut tetapi juga di seluruh negara-negara yang cintakan keamanan, termasuklah negara-negara yang pernah diceroboh oleh Amerika Syarikat (AS) dan mereka yang membantu mewujudkan negara Israel yang tidak pernah direstui oleh umat Islam. 

Berlakunya pembunuhan dan menghalau penduduk Palestin, kerana hasil persekongkolan mereka. Berulangkalinya serangan demi serangan, melibatkan kecederaan dan kematian kepada warga Palestin, terlihatlah belas kasihan kepada mereka, seolah-olahnya bersimpati, tetapi sebenarnya ianya adalah lakunan-lakunan, mengulangi supaya warga Palestin dihalau keluar dari negara mereka atas nama menentang pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis setelah membunuh datuk nenek dan moyang-moyang warga Palestin terdahulu. Dengan lagu-lagu menentang paksi kejahatan.
Negara-negara penceroboh bercerita tentang pencerobohan dan pembunuhan adalah cerita-cerita kartun yang cuba menghidupkan watak-watak perompak, pembunuh, perogol, penjenayah sebagai hero-hero kebenaran. Suatu penipuan yang nyata. Suatu cerita yang tiada nilai adab. Dan tidak diakui oleh umat bertamadun.
Kini, tiada negara yang berani mengakui aktiviti jahat Israel dan Amerika Syarikat. Negara lain pun sukar membendung perangi mereka kerana enggan menanggung risiko. Kuasa-kuasa yang disegani, seperti Rusia, China, Perancis dan Jerman tidak berbuat apa-apa, kerana mereka juga sedang menghadapi musuh dalaman dan musuh yang pandai bersendiwara.



Tetapi jangan gertak Korea Utara, ia akan taburkan dengan peluru berpandu berpeledak nuklear. Negara yang kini sedang meningkat naik. Kita berharap selepas ini pemimpin-pemimpin ikhlas di sana akan memeluk Islam. Mereka akan bertambah cemerlang dengan menganut agama Islam, agama yang akan mengangkat martabat mereka.


Lalu berceritalah pemikir-pemikir antarabangsa tentang suasana di Gaza yang kini diserang melalui udara dan peluru berpandu oleh tentera Israel. Israel akan berhenti mengebom setelah ia hampir-hampir kehabisan stok peluru yang boleh bertahan untuk tempoh beberapa bulan. Pimpinan Israel pun berkata akan mengerahkan tentera darat menentang pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis. Sila kerahkan kalau berani. Hebat.
Berkatalah mereka yang pro Gaza (Palestin):

“Suatu hari nanti, AS akan hancur berpecah dan selepas itu ia tidak lagi menjadi kuasa pengacau. Hartanya akan difaraidkan dan berebut-rebut sesama mereka.”

“Rakyat Israel akan menjadi pelarian, disebabkan oleh perangi mereka dan kelakuan pemimpin-pemimpin mereka yang korup. Suka mencari musuh walaupun dalam isu-isu yang remeh.”

“Jika saya jumpa orang Israel yang pembunuh, akan saya bunuh mereka. Jika saya jumpa orang Israel yang baik saya akan hormat mereka.”

“Zaman Israel mengertak, mengugut, menyerang membabi buta sudah tidak berkesan lagi kerana kini adalah zaman alaf mellenium, warga-warga Palestin telah bangkit dari perut-perut ibu mereka untuk membela bangsa dan negaranya.”

“Seandainya Israel dapat membunuh separuh daripada warga Palestin, maka sebahagian warga Israel tidak akan berada di bumi Palestin lagi kerana pejuang-pejuang akan mara ke Tel Aviv.”

“Nak lawan sangat dengan pejuang-pejuang, silakan. Awas! Jangan desak mereka, untuk memasuki Tel Aviv.”








 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”