NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 17 July 2014

PESAWAT MH17: KECUAIAN ATAU SABOTAJ PENERBANGAN?



Pesawat MAS Boeing 777-200 penerbangan MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur, pada 17 Julai 2014 (Khamis), semalam, dilaporkan terhempas di selatan Ukraine, kawasan pertempuran antara kerajaan Ukraine dengan pejuang-pejuang yang inginkan kemerdekaan daripada Ukraine yang pro-Rusia. Jika benar pesawat MH17 terhempas kerana ditembak ia adalah suatu kecuaian kerana kawasan tersebut adalah kawasan peperangan, yang semua dunia tahu pada ketika ini. Maka perancang-perancang laluan penerbangan wajar disiasat dikhuatiri terdapat unsur-unsur sabotaj, tidak boleh diketepikan sebagaimana pesawat MH370 dilari dan disorok oleh dajal sehingga kini belum dimuktamadkan.

PBB pula bersifat hipokrit, apabila memanggil mesyuarat tergempar apabila pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine tetapi berdiam diri membisu dan buta apabila Gaza Palestin, diserang membuta tuli oleh Israel atas isu yang remeh di samping pelbagai sekatan-sekatan dikenakan kepada Gaza dan Tebing Barat di Palestin. PBB juga bersifat berdiam diri apabila pesawat MH370 pada 8 Mac 2014, dilari dan disorok dajal. Jika hendak berjiwa besar, jangan berpilih-pilih isu. Yang penting Rusia telah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka kerana kesabarannya.

Bagi mendedah dan melihat kecuaian manusia, beberapa elemen perlu diambil perhatian:-


  1. Pesawat MH370 Kuala Lumpur-Beijing, pada 8 Mac 2014 (Sabtu), sehingga kini sukar untuk dijelaskan kedudukannya, walaupun ia berada dalam pengawasan berprofil tinggi dan isu yang sensitif. Kita tidak mahu orang awam dijadikan sandaran dalam merai sesuatu isu.

  1. Pesawat MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur, pada 17 Julai 2014 (Khamis), sama ada menggunakan laluan yang memang dikenal pasti berisiko tinggi untuk ditembak atau diletupkan di ruang udara Ukraine yang berperang sebagai unsur sabotaj kepada MAS.

  1. Mengenal pasti sama ada laluan yang digunakan oleh pesawat MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur, adalah laluan benar dan tepat, atau ada pelencongan penerbangan di sana. Kerana dalam tempoh kurang daripada 6 bulan, hanya pesawat MAS sahaja kehilangan nyawa yang begitu besar, seramai 534 orang belum dapat dijejaki: Pesawat MH370, 239 orang dan pesawat MH17, 295 orang.

  1. Jika dalam keadaan selesa, aman dan dalam pengawasan pun, pesawat MH370  Kuala Lumpur-Beijing, disabotaj, dilari dan disorok oleh dajal, apatah lagi di kawasan peperangan berhampiran laluan pesawat MH17, tidak sukar untuk disabotaj dan minta ditembak kerana kawasan peperangan. Pesawat lain mengelak tetapi pesawat MAS lalu di situ.

  1. Pihak kerajaan hendaklah bertanggungjawab kepada keseluruhan tragedi tersebut kerana tidak peka dan sensitif dengan nyawa manusia berbanding dengan duit.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”