NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 29 July 2014

CERMIN



Cermin adalah pantulan daripada objek yang menghala padanya apabila kita memandangnya. Objek tersebut bersifat songsang kiri kanan. Misalnya objek asal sebelah kanan, apabila dilihat pada cermin akan berkedudukan di sebelah kiri. Demikian juga objek asal sebelah kiri apabila dilihat pada cermin akan berkedudukan di sebelah kanan. Manfaat daripada cermin tersebut, ia boleh memantulkan objek supaya jelas kelihatan seperti asal, bezanya ia bersifat songsang tepiannya.

Cermin yang memantulkan objek bersifat berubah bahagian kiri dan bahagian kanananya, bila dipantulkan.

Cermin yang digunakan di rumah adalah untuk melihat wajah comel, perawakan, susuk tubuh, kecantikan, pakaian supaya kelihatan cantik dan menawan oleh kelayak yang melihatnya. Ada individu suka kelihatan mempersona, menarik, menyeri daya tarikan seksual, memberahikan dengan puji-pujian melangit dan ucapan-ucapan yang dipernuhi kesyirikan, memukaukan kerana penampilan dipertontonkan.

Terdapat individu menggunakan cermin untuk tujuan-tujuan tertentu, antaranya melihat kalau ada jerawat batu di muka, jeragat liat, lentikan bulu mata, susunan bulu kening, mengintip-intip kalau-kalau ada tahi mata mengering dicelah-celah kelopak mata,  kecantikan biji mata, kelebaran dahi dan bibir, kemuncungan hidung, kememekannya, bulu dan tahi hudung untuk dibersihkan, stail rambut, kepala botak, telinga dikhuatiri terdapat lelehan tahi ditepi kedua pasang telinga, parut-parut yang ada sejarahnya, perapian kumis, janggut, susunan gigi, perlu pengelokan atau penjagaan gigi dengan kerap ke klinik. 

Ada juga individu menggunakan cermin untuk tujuan melihat akseseri-akseseri yang dipakai pada tudung, pada pakaian, menindik subang/anting-anting di telinga atau beberapa pasang subang ditindik ditelinga bertingkat-tingkat, tindik subang di hidung, tindik di kening dengan subang dan pelbagai ragam lagi supaya kelihatan cantik menarik perhatikan. Penambahan dan berlipatganda subang-subang dihiasi ditempat-tempat tersebut bagi menarik perhatian individu yang melihat keayuan wajahnya.

Wanita kini suka kepada kecantikan, menggemari pelbagai kecantikan dan memakai yang cantik-cantik supaya kelihatan cantik menarik dan menawan. Jika naka keluar rumah, tidak sah jika tidak mengadap cermin sebelum melangkah. Pakaiannya kadang-kadang berwarna-warni, tebal nipis bajunya, kadang-kadang bajunya longgar, kadang-kadang bajunya sesuai dengan kerampingan badan, kadang-kadang bajunya ketat, kadang-kadang bajunya lut sinar, seperti tidak berbaju. Fesyen tudungnya beraneka, kasut dari pelbagai jenama, rekabentuk, berwarna-warni, keluaran dalam dan luar negeri, jari-jemari tangannya, termasuk kaki cantik menarik kerana diwarnakan dengan pelbagai warga kegemaran, dan tidak dilupakan pemakaian haruman-haruman mengiurkan dan kadang-kadang haruman-haruman semerbak wangi itu ada persamaan seperti yang digunakan oleh perempuan-perempuan jalang yang dijaga oleh bapa-bapa ayam.

Manakala lelaki pula kurang memanfaatkan cermin untuk melihat kekacakan mereka. Ia lebih suka bersifat bersahaja, spontan berbanding melakukan hiasan-hiasan yang menghairahkan dan merangsang/menaik nafsu, bersifat semulajadi supaya sifat kejantanannya bangkit secara normal dan kehebatannya menyakinkan. 

Cermin ada kalanya digunakan untuk melihat objek-objek yang dipantulkan ke arahnya bagi menganggarkan jarak sesuatu objek dengan jarak yang sebenarnya.

Cermin kelihatan untuk melihat wajah sahaja dan objek-objek, tetapi dengan cermin juga pelbagai dimensi boleh dibentuk bergantung kepada berapa banyak  cermin yang digunakan,  dihala dan disusun untuk mendapatkan pantulan yang dikehendaki. Maka cermin membentuk seperti yang dikehendaki. 

Memahami penggunaan cermin untuk kegunaan, tentang pengembangan penggunaannya, manfaat daripadanya, dan kajian-kajian berkaitan cermin. 

Oleh itu, penggunaan teknologi menggunakan cermin untuk melihat objek-objek telah dipertingkatkan melalui pengembangan kajiselidik ( R & D ) yang akhirnya membawa kepada penggunaan kamera, teropong, CCTV, AES, cermin kalis peluru, imbasan, isyarat, satelit, derun, cermin perang malam dan radar.  













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”