NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 30 July 2014

JEPUN PERCEPAT TENTERANYA MATI



Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki: Nostalgia Ogos 1945 diingati


Selepas Jepun dibom pada Ogos 1945 oleh Amerika Syarikat (AS) dengan atom di Hiroshima pada 6 Ogos dan Nagasaki  pada 9 Ogos dengan angka beratus-ratus ribu rakyat awam terbunuh di kedua-dua negeri tersebut kerana dibunuh dengan bom atom dalam peperangan yang amat perit kerana balas dendan, Jepun menyerang Pearl Harbor, Honolulu, Hawaii, pada 7 Disember 1941.  AS terpaksa menyiapkan bom atom selama 3 tahun 7 bulan sebelum digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Masa yang begitu lama, untuk menundukkan Jepun. 

Provokasinya amat dahsyat. Ia memerlukan kekuatan jiwa menghadapinya kerana tindak balas Jepun telah menyerang pengkalan tentera AS di Pearl Harbor pada pagi 7 Disember 1941, memusnahkan dan melumpuhkan pengkalan tentera AS sana, dan ramai tentera terkorban.

Susulan peristiwa tersebut, selepas 3 tahun 7 bulan, AS menghantar pesawat pengebom, membom dua buah bandar di Jepun; Hiroshima dan Nagasaki. Kini, kapal terbang-kapal terbang pengebom itu telah dimuziumkan dan krew-krew yang terlibat mengendalikan pembunuhan pengeboman itu, pada 6 dan 9 Ogos 1945 telah mati semuanya. Sehingga  kini, pihak Jepun belum bertindak balas dengan pembunuhan rakyatnya yang tidak berdosa itu sebaliknya mengangkat bendera putih, menyerah kalah kepada Pasukan Bersekutu dan menandatangi dokumen perjanjian menyerah kalah pada 2 September 1945 serta diletakan di bawah pengawasan Amerika Syarikat, negara yang membomnya.

Berbeda dengan rakyat Vietnam, Afghanistan dan Iraq, walaupun dibom bertubi-tubi, berulangkali,  berbulan-bulan  tanpa henti di pelbagai kawasan, tujuannya untuk menakut-nakutkan orang awam tetapi sebaliknya menyemarakkan lagi lahirnya pejuang-pejuang yang kental, berhati singa dan lali dengan bom letupan berkuasa tinggi. Ada dua buah negara yang masih bertempur sehingga kini kerana dalam fikiran mereka tiada bendera putih, iaitu;-

   1. Afghanistan.
   2. Iraq.


AS mengawal ketenteraan dan memanfaatkan peluang

Selepas perang dunia ke-2, AS bangkit sebagai peneraju menggabungkan negara-negara bangsa bernaung di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setelah mengebom Jepun dan menyerang membelasah Jerman dengan tentera Bersekutu memenangi peperang tersebut. AS berada dalam pasukan Bersekutu menenatang pasukan Paksi. Setelah 70 tahun, AS masih gagah. Dalam anggota PPB, ia bertindak sebagai penasihat dan penyelianya, ibu pejabat PBB berada di negarnya. Ia adalah anggota PBB yang memiliki kuasa veto. Veto menentukan boleh atau tidak sesuatu perkara diusulkan.  Jika ada anggota degil akan diserang dengan mandate PBB dengan alasan tidak ikut arahan PBB seperti di Afghanistan, Iraq dan Palestin, kerana enggan menurut nasihat PBB. Hebat PBB. AS ada berbaki 30 tahun lagi untuk menggenapkan tamadun dan penguasaannya seantero alam sekurun lamanya. Sebagai penanda arasnya bahawa AS menguasai dunia ada 2 perkara:



  1. Dolar AS: Adalah pertukaran sah tanpa prejudis. Manakala kewangan negara-negara lain hanya laku di dalam negara sendiri atau dengan negara yang ada hubungan dagang sesama mereka. Dolar AS diterima di seantero alam, jika berlaku penolakan dan perubahan ke atasanya, tandanya cengkaman dolar AS mulai merosot.

  1. Pejabat PBB: Beroperasi dan urusetia tentang perkembangan anggota-anggota yang digabungkan terletak di AS. Tidak dibenarkan di negara lain bagi memudahkan penyelarasan. Jika pejabat PBB bertukar tempat dari AS menunjukkan kemerosotan sokongan kepadanya.

Manakala yang lain boleh dimanipulasi, yang penting kecerdikan memainkan peranan di sana dan rangkaian yang boleh diharapkan kerana sesuatu yang memautnya.

Persoalannya ialah, mampukah AS mempertahankan hegemoninya dengan menyokong pencerobohan dan keganasan oleh Israel? Terkini, Israel, menyerang Gaza Palestin, negara jiran, anggota PBB walaupun dengan alasan yang remeh kerana tiga rakyat Israel dibunuh sama seperti yang digunakan alasannya oleh AS menggunakan pengeboman WTC Washington DC, oleh rakyat Amerika sendiri, tetapi dikaitan dengan al-Qaeda atau Taliban yang baru memerintah Afghanistan, lalu mengarahkan tenteranya secara besar-besaran menceroboh Afghanistan atas nama mandate PBB? Hebat PBB. Taliban tidak mengganggu AS tetapi AS mengganggu Taliban.

Kini, AS beraksi di persada antarabangsa menghadapi banyak negara yang dimusuhinya bukan sahaja di Timur Tengah tetapi negara-negara Barat. AS perlu juga membuat kajian  tentang paksi kejahatan yang tidak mesra dengannya, tetapi mesra dan tiada masalah dengan kuasa-kuasa pengimbang seperti Rusia dan China, demikian juga dengan Perancis, Britain dan Jerman. AS perlu pencerahan tentangnya.


Jepun ingin keluar dari ‘zon selesa’ kepada ‘zon bersedia’

Jepun sebelum ini disekat oleh perlembagaannya daripada terlibat menghantar tentera merentasi sempadan kecuali diminta atas arahan/nama pengaman PBB. Berlalunya tahun 1945, 70 tahun selepas peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun ingin berdikari daripada bantuan ketenteraan oleh AS yang kini menempatkan tentera di sana dengan jumlah puluhan ribu anggota. Selepas penstrukturan semula ketenteraan Jepun, barangkali pengkalan tentera AS tidak diperlukan lagi berada di sana. Pengkalan tersebut boleh diisi oleh tentera Jepun yang telah disusun semula kekuatannya nanti.

Ketika ini, Jepun masih berdiam diri dalam isu-isu besar yang melibatkan pulau-pulau dan kawasan-kawasan yang dipertikaikan di sekitar Lautan Pasifik, dan penstruktur itu nanti adalah suatu perancangan teliti menurut speksifikasi PBB dan melakukan suatu penyusunan berhati-hati bagi mengelak prasangka negatif kepadanya. Ia akan dilihat menurut perkembangan semasa memperkuatkan negaranya dengan persenjataan dan boleh beraksi diperingkat antarabangsa.

Jumlah statistik kematian tentera Jepun pada ketika ini, berada dalam kedudukan sama seperti kematian orang awam kerana mereka berada  dalam ‘zon selesa’. Mereka pula tidak terlibat dalam pertempuran. Jepun juga perlu menyusun semula ketenteraannya supaya bebas membuat keputusan, tiada kongkongan dan memiliki jati diri berbeda pada ketika ini, ia terpaksa ikut arahan dan telunjuk atau memberitahu PPB dan AS sama ada boleh atau tidak melakukan sesuatu tindakan. Kini, jumlah penduduk Jepun semakin berkembang, keluasan tanah pula terhad maka perlulah penerokaan baru yang akan dipantau oleh pihak keselamatan terutamnya tentera.

Setelah melalui pengubalan undang-undang, maka, penamatan larangan-larangan merentasi sempadan oleh tentera Jepun dimansuhkan,  secara automatiknya Jepun berjaya melepasi kongkongan PBB kerana perlembangaannya sebelum ini mensyaratkan seperti itu, barangkali kerana usianya telah mencapai 70 tahun dan melahirkan tiga generasi setelah melalui keperitan di bom dengan atom oleh AS.

Jika perkara tersebut menjadi kenyataan, maka potensi AS mencengkam Jepun berterusan  akan berlonggaran dan sampai kepada satu takat akan dilepaskan dan pengkalan AS di negara-negara penampan akan berkurangan seperti di Filipina dan Jepun. Selepas ini kita akan melihat berlipat ganda tentera Jepun di bawah balik untuk disemadikan di negara matahari terbit itu kerana Jepun telah keluar daripada ‘zon selesa’ kepada ‘zon bersedia’ menggempur dan digempur.


Sayonara merentas sempadan mengempur

Lebih kerap Jepun beraksi di luar sempadan maka lebih ramailah tenteranya disayonarakan. Tetapi yang penting Jepun jangan beraksi di negara-negara yang dihuni oleh paksi kejahatan kerana impaknya amat besar, jika tersilap langkah dan berurusan dengan mereka. Cukuplah AS yang menghadapi mereka, daripada paksi kejahatan itu, jangan libatkan diri, nanti daripada menjadi sahabat bertukar menjadi musuh. Akhirnya, turut terpalit memilik ramai musuh. Jangan lakukan ya. Peristiwa ini mengingatkan kita kepada negara ‘sayonara’  menjadi kenyataan terutama kepada tentera Jepun  yang akan beraksi merentasi sempadan.

Melihat kepada prospek pelaburan dunia, ekonomi Jepun berada dalam keadaan baik, memiliki teknologi tinggi, pelaburan-pelaburan luar negaranya banyak dan besar, Jepun berupaya membeli negara-negara miskin menjadi proksi, mempunyai ratusan juta penduduk, dan sikap pentadbiran Jepun pula mudah mempercayai kawan yang berkongsi matlamt dengannya, kemudian diaplikasikan dalam pentadbiran negara tersebut seperti dijadikan contoh dalam pentadbiran di Malaysia - Dasar Pandang Ke Timur (Jepun).

Hari ini, Jepun ingin memasuki pasaran baru setelah terperap dalam kepompongnya selama 70 tahun. Satu cadangan saya kepada rakyat Jepun ialah supaya meneliti ajaran agama Islam, jika tidak masuk Islam pun, tidak mengapa, tetapi sekurang-kurangnya di sana ada pedoman untuk dimanfaatkan oleh Jepun bagi melonjakkan memenangi kerohanian dan diingati oleh umat Islam sepanjang zaman.

Saya sayang kepada Jepun.  





Tuesday, 29 July 2014

CERMIN



Cermin adalah pantulan daripada objek yang menghala padanya apabila kita memandangnya. Objek tersebut bersifat songsang kiri kanan. Misalnya objek asal sebelah kanan, apabila dilihat pada cermin akan berkedudukan di sebelah kiri. Demikian juga objek asal sebelah kiri apabila dilihat pada cermin akan berkedudukan di sebelah kanan. Manfaat daripada cermin tersebut, ia boleh memantulkan objek supaya jelas kelihatan seperti asal, bezanya ia bersifat songsang tepiannya.

Cermin yang memantulkan objek bersifat berubah bahagian kiri dan bahagian kanananya, bila dipantulkan.

Cermin yang digunakan di rumah adalah untuk melihat wajah comel, perawakan, susuk tubuh, kecantikan, pakaian supaya kelihatan cantik dan menawan oleh kelayak yang melihatnya. Ada individu suka kelihatan mempersona, menarik, menyeri daya tarikan seksual, memberahikan dengan puji-pujian melangit dan ucapan-ucapan yang dipernuhi kesyirikan, memukaukan kerana penampilan dipertontonkan.

Terdapat individu menggunakan cermin untuk tujuan-tujuan tertentu, antaranya melihat kalau ada jerawat batu di muka, jeragat liat, lentikan bulu mata, susunan bulu kening, mengintip-intip kalau-kalau ada tahi mata mengering dicelah-celah kelopak mata,  kecantikan biji mata, kelebaran dahi dan bibir, kemuncungan hidung, kememekannya, bulu dan tahi hudung untuk dibersihkan, stail rambut, kepala botak, telinga dikhuatiri terdapat lelehan tahi ditepi kedua pasang telinga, parut-parut yang ada sejarahnya, perapian kumis, janggut, susunan gigi, perlu pengelokan atau penjagaan gigi dengan kerap ke klinik. 

Ada juga individu menggunakan cermin untuk tujuan melihat akseseri-akseseri yang dipakai pada tudung, pada pakaian, menindik subang/anting-anting di telinga atau beberapa pasang subang ditindik ditelinga bertingkat-tingkat, tindik subang di hidung, tindik di kening dengan subang dan pelbagai ragam lagi supaya kelihatan cantik menarik perhatikan. Penambahan dan berlipatganda subang-subang dihiasi ditempat-tempat tersebut bagi menarik perhatian individu yang melihat keayuan wajahnya.

Wanita kini suka kepada kecantikan, menggemari pelbagai kecantikan dan memakai yang cantik-cantik supaya kelihatan cantik menarik dan menawan. Jika naka keluar rumah, tidak sah jika tidak mengadap cermin sebelum melangkah. Pakaiannya kadang-kadang berwarna-warni, tebal nipis bajunya, kadang-kadang bajunya longgar, kadang-kadang bajunya sesuai dengan kerampingan badan, kadang-kadang bajunya ketat, kadang-kadang bajunya lut sinar, seperti tidak berbaju. Fesyen tudungnya beraneka, kasut dari pelbagai jenama, rekabentuk, berwarna-warni, keluaran dalam dan luar negeri, jari-jemari tangannya, termasuk kaki cantik menarik kerana diwarnakan dengan pelbagai warga kegemaran, dan tidak dilupakan pemakaian haruman-haruman mengiurkan dan kadang-kadang haruman-haruman semerbak wangi itu ada persamaan seperti yang digunakan oleh perempuan-perempuan jalang yang dijaga oleh bapa-bapa ayam.

Manakala lelaki pula kurang memanfaatkan cermin untuk melihat kekacakan mereka. Ia lebih suka bersifat bersahaja, spontan berbanding melakukan hiasan-hiasan yang menghairahkan dan merangsang/menaik nafsu, bersifat semulajadi supaya sifat kejantanannya bangkit secara normal dan kehebatannya menyakinkan. 

Cermin ada kalanya digunakan untuk melihat objek-objek yang dipantulkan ke arahnya bagi menganggarkan jarak sesuatu objek dengan jarak yang sebenarnya.

Cermin kelihatan untuk melihat wajah sahaja dan objek-objek, tetapi dengan cermin juga pelbagai dimensi boleh dibentuk bergantung kepada berapa banyak  cermin yang digunakan,  dihala dan disusun untuk mendapatkan pantulan yang dikehendaki. Maka cermin membentuk seperti yang dikehendaki. 

Memahami penggunaan cermin untuk kegunaan, tentang pengembangan penggunaannya, manfaat daripadanya, dan kajian-kajian berkaitan cermin. 

Oleh itu, penggunaan teknologi menggunakan cermin untuk melihat objek-objek telah dipertingkatkan melalui pengembangan kajiselidik ( R & D ) yang akhirnya membawa kepada penggunaan kamera, teropong, CCTV, AES, cermin kalis peluru, imbasan, isyarat, satelit, derun, cermin perang malam dan radar.  













Sunday, 27 July 2014

LAGU-LAGU ASYIK KEMERDEKAAN


  


Pencipta-pencipta lagu berperanan mencorakkan daya fikiran pendengarnya. Membuai-buai perasaan, memberi daya khayalan, dan mengingatkan seseorang kepada nostalgia-nostalgia,  lalu berbisik-bisiklah  di dalam lamunan, rasanya hendak dicapai semula, seolah-olahnya seperti berada dalam situasi yang diimpikan kerana memorinya bermain-main diawang-awangan. Begitulah lamunannya. Berlanjutan berkumandangnya lagu-lagu yang melonjakkan terus mendodoi-dodoi pendengarnya. Tidak mengira peringkat umur; tua muda, dan kadang-kadang binatang pun turut terbuai-buai bersama rentak lagu-lagu itu.

Hari ini, sejak lima bulan yang lalu, lagu-lagu kesyahduan menduduki carta teratas dari segi peratusan ke udara di radio atau televisyen, terutamanya apabila berlaku tragedi semasa, yang melibatkan negara ini, di ulang tayang lihat/dengar di dada-dada akhbar,  televisyen dan radio serta kerap disiar udarakan kerana melibatkan kepentingan negara di sana terutamanya kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Mengapa MAS menjadi fokusnya? Kerana MAS adalah aset yang bernilai yang hanya diketahui oleh orang yang tahu menilainya. Orang dungu bernafsu memilikinya.


Contoh lagu-lagu mengasyikkan:



  1. Pesawat MH370 dilari dan disorok oleh dajal. Pada peringkat awalnya, amat menyayat perasaan, memilukan dan amat syahdu kerana ditayangkan di televisyen dengan waris kepiluan dan bertindak agresif kerana pihak berkuasa tidak dapat menjelaskan isu tersebut secara tepat kepada mereka. Maka diudarakanlah alunan muzik-muzik kesyahduan bagi menunjukkan kesedihan itu. Walau bagaimanapun, kini lenyap dan senyap alunan-alunan kesayuan itu kerana ditutup oleh pencerobohan Israel ke atas Gaza Palestin, disenyapkan oleh PBB, terhempasnya pesawat MH17 di kawasan bergolak di selatan Ukraine, akhbar-akhbar perdana lali membicarakannya termasuklah  radio dan televisyen.

  1. Pencerobohan Israel ke atas Gaza Palestin, menyayat perasaan kerana ditunjukkan gambar-gambar kemusnahan, kecederaan dan kematian kanak-kanak bergelimpangan di sana sini. Dihempap oleh bangunan batu, menangis meraung kesakitan, terkubur di dalam timbunan runtuhan rumah-rumah yang dibedil oleh Israel dengan diiringi bunyi-bunyian memilukan. Manakala PBB terus kepiluan kerana melihat Israel menggunakan kekuatan persenjataannya dari geran tahunan, membelasah Gaza Palestin yang diikat tangan dan disekat keperluannya oleh PBB.

  1. Pesawat MH17, yang melalui ruang udara lokasi pertempuran telah terhempas di kawasan pertempuran, antara pihak bersengketa di selatan Ukraine yang dipenuhi oleh persenjataan perang, diyakini ditembak, maka hibalah perasaan kerana terlihat pesawat MH17, terbakar di udara, menjunam di kawasan lapang, lalu meletup  (seperti bom Israel menyerang Gaza Palestin), meletup di daratan apabila muncungnya tersentuh tanah, mengorbankan ke semua penumpang-penumpangnya termasuk bayi comel. Serpihan pesawat MH17, dapat dilihat di sana kesan-kesan tembakan. Lalu koresponden-koresponden dalam  dan luar negara mengambil peranan menemubual waris-waris tentang kebaikan mangsa-mangsa korban, dengan penunjukan kehebatan para jurnalis-jurnalis dan juru kamera, merakamkan episod nostalgia waris-waris yang masih kehibaan.

  1. Pesawat MH370 yang dilari dan disorok oleh dajal masih kabur seperti kabus waktu pagi di kawasan tanah tinggi yang tercantik di dunia. Pesawat  MH17 ditembak, lalu pesawat komersial itu hilang kawalan, menjunam, jatuh ke bumi, meletup tetapi sebahagian bangkainya dan beg-beg mangsa yang diletakkan dibahagian cargo berkeadaan elok. Allahu Akhbar. Kita minta dajal bebaskan penumpang-penumpang MH370 dengan segera. Bertaubatlah. Adakah MH370 ada sesuatu diagendakan di sana? Atau sama seperti MH17 ada sesuatu diprovokkan di situ?  “Jangan baling batu sembunyi tangan. Kita tahu. Sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya”.

  1. Di Baghdad, pertempuran dipelbagai penjuru kerana ‘sumpah anak jantan akan memasuki Baghdad’. Manakala pertahanan kerajaan Iraq terus dipertingkatkan dengan kekuatan tenteranya dan supaya tidak kecewa diimport penasihat-penasihat ketenteraan merangka pertahanan, dibantu oleh satelit dan pesawat kawalan jauh, bagi mempertahankan Baghdad daripada dicapai oleh ‘anak jantan’, walaupun mengorbankan banyak nyawa.  Jika ‘anak jantan’ dapat menawan Baghdad dan memang akan menawannya, ia akan dijadikan ‘pusat untuk melancarkan pembebasan Palestin’ yang kini berterusan dirogol oleh pondan Israel, dan membunuh orang lemah. Lagu-lagu kesyahduan tidak dibunyikan di kawasan itu, kerana ia melibatkan peperangan  untuk menuntut semula hak-hak yang telah diceroboh dan dirampas oleh Amerika Syarikat, lalu diserahkan kepada pemerintah Iraq ketika ini.

  1. Pelbagai medan, pertempuran terus  berlaku di Syria, Afghanistan, Libya, Mali, Somalia dan sekali sekala diserang hendap berlaku di Yaman, Sudan, Mesir, Algeria, Tunisia dan Boko Haram di Negeria terkenal suka menculik perempuan-perempuan cantik. Kisah mereka kurang diudarakan kerana di sana akan menjanjikan suatu kejutan dan kejayaan, untuk bergabung dengan pahlawan-pahlawan ‘anak jantan’ di Iraq, bagi menghapuskan kedajalan dan kemunafikan manusia yang tidak insaf sifat-sifatnya. Berubahlah. Taubatlah.

  1. Di Ukraine, menjanjikan suatu pertempuran yang akan menghancurkan kehidupan jika diapi-apikan oleh lagu-lagu keasyikan oleh pencatur-pencatur bagi merai keuntungan berbilion dolar, kerana Rusia sedang menunggu untuk memotong ‘kaki orang luar’  yang menceroboh wilayahnya tanpa kebenaran bertulis atau arahan presiden. Maka lagu-lagu kesyahduan terus mewarnai kawasan  yang bersengketa itu. Keselamatan negara telah diletakkan dalam ‘zon perang’.

  1. Korea Utara pula menunggu penjahat-penjahat mengusiknya untuk mereka melancarkan peluru berpandu berpeledak nuklear ditaburkan. Anak jantan disekat kebebasannya tanpa alternatif. Ia pun marahlah.

  1. China terus unggul.

  1. Negara-negara lain masih terkebil-kebil mengharapkan dajal.


Maka, bermadahlah panglima gagah Tariq bin Ziad sebelum peperangan menakluki Anadusia - semoga Allah memberkatinya ( saya beri pangkat gelaran kepada Tariq bin Ziad sebagai ‘Panglima Gagah’) dalam versi yang telah diterjemahkan:


“Wahai saudara-saudaraku,
Lautan ada di belakang kalian,
Musuh ada di depan kalian,
Ke manakah kalian akan lari?
Demi Allah,
Yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran.
Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian lebih terlantar dari pada anak yatim,
Yang ada di lingkungan orang-orang hina.
Musuh kalian telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka.
Kekuatan mereka sangat besar,
Sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang-pedang kalian,
Tanpa kekuatan selain dari barang-barang yang kalian rampas dari tangan musuh kalian.
Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini,
Tanpa adanya perubahan yang berkesan,
 Nescaya nama baik kalian akan hilang,
Rasa gentar yang ada pada hati musuh
Akan berganti menjadi berani kepada kalian.
Oleh kerana itu,
Pertahankanlah jiwa kalian.”


Allahu akhbar.



“Wahai, golongan yang sombong bongkak, menggugut dan menipu, jangan membuli orang. Masa itu berubah. Setiap saat akan berganti. Banyak pemerintahan terdahulu yang gagah, kuat dan hebat semuanya telah musnah. Hancur. Kerajan-kerajaan yang ada pada hari ini juga semuanya akan musnah kerana ia silih berganti. Hormatilah kawan dan lawan, sayangilah golongan lemah. Insaflah. Bertaubat. Jangan mendajal. Pintu taubat terbuka. Islam membuka taubat tuan/puan. Masuklah Islam. Semoga tuan/puan berjaya”.


Amin.








APAKAH MOTIF SEBENARNYA PESAWAT MH370 DISOROK?



Sekilas pandang scenario Amerika Syarikat masakini

Amerika Syarikat (AS) adalah negara maju. Jauh meninggalkan negara-negara dunia ketiga, AS hanya perlu menyalur sumbangan untuk memikat rakyat awam di negera-negara dunia ketiga, termasuklah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Berteknologi tinggi. Kuasa ketenteraan. Kaya. Pandai mengambil peluang di atas kecuaian individu yang bermasalah kerana ia tidak akan merai sesuatu dengan tender terbuka. Jika ia memasuki tender terbuka pun tetapi telah ditentukan penerimanya. Itulah dunia perniagaan.  Tender terbuka hanya sesuai untuk nilai-nilai yang kecil, itupun jika keletihan dalam mengurus bidang kerja  berskala kecil itu, diabaikan untuk tempiasan umum kepada usahawan-usahawan kerdil.

Amerika Syarikat memiliki banyak satelit, peralatan yang boleh memantau pergerakan objek-objek di udara, terutamanya jika ada sesuatu yang disyaki mengenai perkara-perkara yang mencurigakan, bukan hanya kepada kepentingan Amerika Syarikat tetapi juga meliputi kepada kepentingan sejagat. Satelit itu pula boleh melihat kecerahan objek-objeknya, yang kecil dibesarkan. Kabur dijelaskan.

Perkara-perkara yang tersembunyi pun boleh dikesan olehnya walaupun disembunyikan oleh pengguna-penggunanya seperti penggunaan telepon-telepon, emel-emel, sms-sms atau cip-cip yang diletakkan di dalam dompet-dompet yang sukar diselongkar. Jika ada atau di depan CCTV atau kamera lagilah terang.

AS juga memilik radar yang berkuasa tinggi. Bukan itu sahaja, gemanya hebat. Radar-radar yang berkuasa rendah ditelan olehnya, akhirnya, pengguna-pengguna radar-radar berkuasa rendah yang membeli radar-radar itu ternganga untuk disembelih. Menyerah sajalah. Ikutlah. Itulah kuasa teknologi yang dimanfaatkan oleh AS tetapi tidak dimanfaatkan oleh pembeli-pembeli kaya untuk membangunkannya sendiri kerana masih mengharapkan duit, komisen. Aset-aset berharga negara diswastakan. Pelik tapi benar.

Islam selalu mengingatkan supaya menyediakan persiapan kuda-kuda yang gagah untuk menghadapi kuda-kuda lembik. Jangan berjalan kaki.

AS memiliki pengkalan tentera dipelbagai benua, kawasan dan negara yang berada di bawah penguasaannya dan/atau  melalui perjanjian-perjanjian pertahanan yang menguntungkannya dimeteri seperti yang berlaku di Jepun, Korea Selatan dan Filipina; yang terletak di negara-negara di bahagian timur. AS juga memiliki pengkalan tentera di negara-negara umat Islam seperti di Afghanistan, Turki, Arab Saudi dan Oman. Amerika bukan sahaja memilik pengkalan di timur jauh dan negara umat Islam, tetapi juga memiliki pengkalan lagi di kawasan-kawasan tertentu termasuklah di Pearl Harbor, Hawai, Guam dan Diego Garcia di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Walaupun pengkalan-pengkalan tersebut adalah pulau-pulau dan jauh daripada tanah besar tetapi ia sebenarnya adalah kawasan strategik untuk melancarkan pengeboman dilokasi-lokasi yang dikenal pasti dengan cara bom, bom-bom lari yang dilakukan pada waktu malam, semasa orang awam sedang tidur seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Bagi melengkapkan persenjataan AS, ia juga memiliki tentera, antara yang terbesar dari negara-negara bangsa. Memiliki puluhan ribu pesawat tempur dan pelbagai versi daripada yang kecil sehingga sebesar-besarnya sehingga satu peringkat pesawat-pesawatnya bergerak senyap dan tidak dapat dikesan oleh satelit dan radar yang berkuasa rendah. Pesawat yang dipandu oleh manusia atau dikendalikan melalui pusat kawalan.

Di lautan pula AS memilik armada-armada;  pengangkut kapal terbang, kapal perang pengiring, kapal perang berkuasa nuklear, kapal perang berpeluru berpandu dan kapal perang pengangkut tentera yang boleh digerakkan dengan segera. Gabungan persenjataan dan sokongan lain telah meletakkan AS berada di barisan hadapan menghadapi negara-negara lemah dan senang di buli. Persenjataan di daratan amatlah banyaknya.


Suasana semasa yang boleh berubah

Walapun negara AS hebat pada pandangan masyarakat tetapi bagi umat Islam, itu adalah kekuatan yang bersifat sementara yang boleh hilang, hancur musnah pada bila-bila masa sahaja kerana masa akan luput. Sama seperti usia manusia. Sampai masanya manusia hidup akan mati. Masa akan menentukan segala-galanya.  Tamadun manusia  menunjukkan bahawa kemusnahan berlaku bila sampai saatnya. Jika tidak berlaku ketika peperangan, ia boleh diakibatkan oleh bencana alam, wabak, perebutan jawatan dan harta di dalam negara, huru-hara negaranya.

Hari ini, kewangan dunia ditentukan melalui pengapungan nilai dolar AS ($) di pasaran antarabangsa sebagai asas pertukaran matawang. Negara-negara merdeka menerima nilaian kewangan itu sebagai asas pertukaran mata wang setelah diwujudkan persefahaman antara negara bangsa. Jika berlaku scenario ketidakkestabilan di AS dan matangwang tergugat, ia akan mempengaruhi pertukaran matawang antarabangsa dan negara-negara yang terlibat.  Puncanya kerana ada dua andaian berlaku, iaitu ‘ikut kami atau menentang kami’. Maksudnya ‘ikut kami’ dari blok paksi kebaikan manakala ‘menentang kami’ dari blok paksi kejahatan. Apa akan berlaku jika scenario berikut berlaku:-



  1. Matawang AS tidak stabil di pasaran anatarabangsa.

  1. Negara-negara paksi kejahatan  mewujudkan matawang dan membentuk sistem kewangan baru.

  1. Matawang EURO diapung diperingkat antarabangsa sebagai pertukaran sah dan dijadikan syarat penerimaan urusniaga dengan negara-negara Eropah.

  1. Menggunakan emas  sebagai pengukuran aras nilai pasaran semasa.



Seandainya pertukaran kewangan dinilai berdasarkan nilaian emas semasa, mengambil kira bahawa berlakunya pertukaran yang telus tanpa melambak-lambakkan wang-wang kertas dalam pasaran terbuka, tanpa disandarkan dengan nilai emas, maka stabilkah ia? Tetapi sebaliknya akan berlaku, tentu berebut-rebutlah pencetak-pencetak kewangan mengeluarkan kertas-kertas tersebut tanpa batasan.

Pasaran pelaburan dunia terus berkembang, dengan mengambil manfaat dari keaktifan pelabur-pelabur yang terlibat secara langsung kerana beranggapan bahawa prospek pasaran berada pada paras stabil dengan melihat dan mengambil kira keamanan dunia pada kedudukan yang baik. Pertumbuhan pelbagai sektor memperlihatkan peningkatan peratusannya. Berlakunya ketelusan tersebut tanpa provokasi, semua masyarakat akan menikmati faedahnya kerana keuntungan yang diterima oleh perlaburan dalam dan luar negara yang memberangsangkan. Tetapi jika berlaku sebaliknya, pembolotan oleh golongan tertentu yang akhirnya akan berlaku kuasa monopoli yang ditentukan di sana, oleh golong-golongan korprat yang bersifat tamak. Golongan lemah akan disingkirkan termasuk pemerintah yang lemah akan dipulas oleh mereka. Kecuali ada pulangan di sana untuk timbal balik dengan penyumbangan nanti, ada pulangan lain untuk menampung kekurangan yang telah disumbangkan itu. Si tamak akan bersifat belas kasihan.

Makanan dunia terus meningkat kerana kawasan pertanian baru telah diterokai dan dilebarkan, walaupun di Palestin kawasan-kawasan pertanian di bom oleh Israel. Usaha-usaha penyelidikan, pengembangan, teknologi-teknologi terkini telah dioperasikan dengan menyumbang kepada berlipatgandanya sumber makanan dunia. Perusahan-perusahaan terus berkembang kerana permintaan yang semakin meningkat menurut peningkatan pertumbuhan penduduk dunia.


Dajal membina kekuatan, menggunakan kelalaian yang mudah didajalkan

Kadang-kadang pedagang-pedagang mengambil peluang dengan barangan keperluan asas dinaikkan dengan memainkan isu kekurangan barangan, kelambatan penghantaran, kemarau, wabak, kawasan berisiko, barangan sukar diperolehi dalam pasaran, puak-puak mensabotaj, maka hasilnya ketidaktentuan harga dan manipulasi berlaku di sana, terutamnya apabila berlaku sesuatu perayaan, bencana atau musibah yang barangan tersebut amat diperlukan. Pada satu peringkat harga barangan naik dengan alasan harga petrol meningkat naik. Maka makanan asasi manusia kian meningkat kerana pelabur-pelabur inginkan peningkatan keuntungan dengan alasan dipengaruhi oleh elemen-elemen tersebut. Pihak berwajib pula tidak terlibat secara langsung untuk mengembleng pengeluaran makanan asasi secara besar-besaran untuk keperluan domestik dan boleh di eksport.

Umat Islam yakin dengan agama mereka, Islam. Agama benar. Mereka tidak gentar dengan kematian. Kematian yang mulia adalah membela kebenaran, mempertahankan maruah, harta dan mententeramkan manusia supaya sejahtera dan mengekalkan perpaduan sepanjang zaman. Meruntuhkan kesesatan. Islam menghargai nyawa manusia. Hanya manusia yang tahu menilai nyawa sahaja yang memahami nilainya.


Golongan cerdik memahami al-Quran mengamati dajal

Allah s.w.t. boleh mengubah perasaan, akal dan tindakan manusia daripada baik menjadi jahat. Daripada jahat menjadi baik. Menseimbangkan antara kebaikan dan kejahatan. Mengekalkan kebaikan berterusan dan melakukan kedajalan sepanjang zaman seperti yang dilakukan oleh iblis yang beranak-pinak menjadi syaitan dan kadang-kadang bertopengkan manusia berperangai binatang.

Manusia yang cerdik akan memikirkan sesuatu untuk kebaikan manusia dan kesejahteraan sejagat. Mereka kurang melakukan kedajalan, kerana  sifat tersebut  bukan sifat orang cerdik. Kedajalan adalah milik orang-orang dungu-dungu, bodoh-bodoh dan dilaknat oleh manusia dan seluruh makhluk kerana perangainya yang degil itu. Orang-orang cerdik bersifat telus, berintegriti, boleh dipertanggungjawabkan, memahami luahan masyarakatnya dan tidak menjadikan insan lemah sebagai sandaran untuk melakuan perangai buruk, bagi mendapatkan upah dan memanipulasikan sesuatu isu daripadanya; melari, sorok, menculik, pengganasan dan dijadikan tebusan. Maka, heboh seantero alam disebabkan isu tersebut. Tiada penyelesaiannya. Akhirnya mereka berpakat bagaimana untuk mencairkan wang negara supaya mudah mengalir kepelbagai arah. Manusia yang cerdik adalah manusia gagah, dihormati oleh kawan dan lawan, disegani bukan dijadikan sasaran oleh dajal dan dajal-dajal, kerana pakatan dajal licik dan orang cerdik kena lebih licik daripada dajal. Baca Al-Quran, amati.

Mendajallah tetapi jangan sampai dilaknat oleh Allah s.w.t.









Sunday, 20 July 2014

PESAWAT MH17: MESYUARAT TERGEMPAR




Pesawat MAS MH17, penerbangan Amsterdam-Kuala Lumpur, menjadi berita utama, bukan sahaja dalam negara tetapi berita-berita antarabangsa sehingga hari ini kerana ia melibatkan pesawat terhempas di selatan Ukraine, di kawasan bergolak antara kerajaan Ukraine dengan rakyatnya yang ingin bebas daripada pemerintahan pusat di Keiv. Pemerintah kerajaan Ukraine menggelar penentang-penentang mereka sebagai pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis. Pemerintah-pemerintah negara luar juga turut menggelar penentang kerajaan Ukraine sebagai pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis supaya nadanya selaras.



Kerajaan tumbang oleh demontrasi jalanan

Sebelum wujudnya kerajaan Ukraine sekarang, Presiden Ukraine ketika itu (terdahulu), Viktor Yanakoyick menggelar penentang-penentangnya dari golongan prodemotrasi yang menggugat pemerintahannya melalui demontrasi ganas di Keiv sebagai pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis. Oleh kerana berbulan-bulan golongan prodemontrasi mengasak kerajaan pimpinan Presiden Viktor Yanakoyick, akhirnya, golongan prodemontrasi bertempur ganas dengan pihak keselamatan, mengakibatkan ramai mati dari kedua-dua belah pihak: pihak keselamatan dan golongan prodemontrasi. Maka berlakulah usul di parlimen, bukan hanya kedua belah pihak bertekak tetapi membawa kepada pergaduhan dan berebut-rebut pembesar suara. Manakala Presiden Viktor Yanakoyick tidak menghadiri sidang parlimen ketika itu.

Memandangkan ramai anggota parlimen pimpinan Viktor Yanakoyick, golongan veteran, maka mudahlah dipulas oleh orang-orang muda ahli parlimen dari golongan prodemontrasi, menanglah ia. Ini membuktikan bahawa melalui demontrasi jalanan pun boleh membentuk kerajaan. Golongan prodemontrasi yang dahulunya digelar sebagai pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis kini memerintah Ukraine, pada ketika itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tak perasan untuk mengadakan sidang tergempar kerana mereka dikuasai oleh proksi Amerika Syarikat (AS) dan kurang mesra dengan Rusia.


Andaian pengganas-pengganas menguasai separuh Ukraine

Bagaimanapun, jika diandaikan separuh Ukraine ditawan dan dikuasai oleh pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis daripada negeri Donetsk dan Luhansk dengan sokongan pengganas-pengganas, militant-militan dan ektremis-ektremis, dan persenjataan luar melimpah-limpah datang membantu. Maka, kerajaan Ukraine pula sukar membendung para pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis yang kian meningkat di Donetsk dan Luhansk serta yang berada di Ukraine.

Dalam tempoh yang sama persenjataan kerajaan Ukraine semakin menyusut, ekonomi merudum, kehidupan rakyat sukar kerana bantuan-bantuan ketenteraan dan persenjataan lambat dihulurkan. Sokongan, sumpah setia rakan-rakan Ukraine, hendaklah disegerakan, penghantaran tentera dan senjata, supaya pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis di kawasan bergolak, tempat pesawat MH17 terhempas, di negeri Donetsk dan Luhansk dapat dihapus dengan segera. Baru anak jantan.

Atau bagaimanakah dengan pemerintah Ukraine ketika itu? Pakej bantuan lambat sampai dan pelbagai syarat? Pakej bantuan Rusia telah ditolak?


Animasi peluru berpandu menembak pesawat

Maka apabila sahaja pesawat MH17, diberitakan terhempas kerana ditembak dengan ditunjukkan animasinya dengan gambar peluru berpandu menembak pesawat, berlogo bendera Malaysia sama seperti bendera AS. Melalui ruang udara kawasan pertempuran. Cuba menunjukkan kehebatannya. Tunggu apa lagi. Meluncurlah peluru berpandu itu seperti yang ditunjukkan dalam animasi di televisyen dan laman-laman web.


Bendera AS fobia kepada pengganas

Penembakan pesawat MH17, mengulangi peristiwa pasukan ‘Mercy Malaysia’ diserang hendap oleh tentera Saddam Hussein di Iraq, kerana melihat bendera Malaysia berkibar-kibar megah terpampang di kenderan-kenderan konvoi yang panjang itu. Tentera Saddam Hussein pun, menyasarkan kepala supir konvoi lalu berlakulah ‘ambush’ kepada penumpang-penumpang konvoi berhati mulia itu, untuk membantu menyelamatkan orang luka-luka kerana dibom oleh tentera-tentera AS.

Mengapa mereka di‘ambush’, kerana terlihat jalur gemilang yang hebat itu, yang mereka, tentera-tentera Saddam Hussein menyangka dan terpahat dalam fikiran, ia adalah bendera AS. Nasib menyebelahi konvoi-konvoi ‘Mercy Malaysia’ kerana dari dalam kalangan kenderan konvoi, ada yang melaung dengan kuat kalimah: “Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar . . . “, kalau tidak mampus semuannya seperti pesawat MH17 itu. Maka berhentilah tentera Saddam Hussein daripada menembak, apabila mendengar laungan kalimah agung itu. Tahniah kepada Tan Sri Jemilah Mahmood memimpin 'Mercy Malaysia' kerana mengangkat martabat Malaysia di persada antarabangsa. Tahniah Tan Sri. Tahniah.

Masyarakat Iraq, selatan Ukraine dan negara-negara yang pernah diceroboh oleh AS ‘fobia’ dengan bendera-bendera AS. Itu kena faham.


PBB dan Parlimen Malaysia memanggil mesyuarat tergempar

Lalu apabila PBB melihat ada ruang dan peluang untuk mencelah, membahas isu MH17, maka diusulkan mesyuarat tergempar PBB tanpa veto. Hebat veto. Hebat PBB.

Menyusul mengadakan mesyuarat tergempar juga adalah Parlimen Malaysia (PM) dengan mengeluarkan notis lima (5) hari untuk usul tergempar, notis dikeluarkan pada 19 Julai 2014 (Sabtu) dan perbahasan pada 23 Julai 2014 (Rabu). ( 23-19 = 5 hari ).

Negara-negara lain tidak perlu diulas di sini walaupun mengadakan mesyuarat tergempar berkaitan pesawat MH17, kerana tidak releven dengan isu yang terlepas pandang oleh PBB dan PM.

Ada dua ( 2 ) isu utama yang terlepas pandang oleh PBB dan PM untuk membawa usul tergempar, bila kita berhasrat membahas tentang ketenteraman awam dan keselamatan nyawa manusia. Jangan berpilih-pilih, jangan ikut telunjuk, kita adalah manusia merdeka, ibu bapa kita tidak pernah menjadikan kita hamba abdi, dan kerana Islam mengajar dengan yakin kalimah syahadah: “Asyhadu alla ilaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah.” (Maksudnya: Aku mengaku bahawa tak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah):-


  1. Apabila Israel mengebom Gaza Palestin, bertalu-talu, bom di sana sini, menggunakan bom berkuasa tinggi, tidak memilih kawasan, membunuh rakyat awam tidak berdosa; termasuk kanak-kanak, orang tua-tua, golongan cacat, orang buta dan pekak dengan alasan remeh kerana tiga rakyatnya mati. Siapa pembunuhnya tidak diketahui. Mengapa dibunuh tidak diketahui. Di kawasan mana dibunuh tidak diketahui. Apa motif dibunuh tidak diketahui. Kerana:

a. PBB dan PM tahu bahawa Gaza Palestin, telah dikenakan sekatan demi sekatan untuk menyekat barangan yang boleh membina potensi dan membela diri, manakala Israel bebas daripada sekatan. Israel diberi kekebalan, ada veto dan geran tahunan persenjataan manakala rakyat Palestin dibunuh di depan mata PBB. Itulah kemunafikan PBB.

b. PBB dan PM hanya melihat anak-anak kecil, warga emas yang lemah, golongan cacat dan rumah-rumah tempat tidur dibom secara semborono tanpa sensitif, seperti PBB juga turut bersekongkol membunuh rakyat Palestin dengan melihat akhbar-akhbar, footage-footage ditayang di televisyen dan laman-laman web. Kenapa rakyat Palestin diperlakukan seperti itu? Supaya mereka dihalau dari sana. PBB membenarkan pengusiran dan pembunuhan oleh Israel. Selepas ini, pejuang-pejuang singa bertindak balas menggempur sampai ke Tel Aviv, kemudian itu baharulah diadakan usul tergempar. Betulkah begitu PBB? Hebat PBB.

c. PBB dan PM tidak peka dengan nyawa manusia. Jangan berpilih-pilih.


  1. Apabila pesawat MH370, disabotaj, dilarikan dan disorok oleh dajal lalu kecut kemaluan takut dengan dajal yang memang dimusuhi oleh manusia. Maka, bercakaplah para panglipurlara tentang teori-teori, analisis-analisisi pencerahan, mengulas sesuatu isu dengan dicampuradukkan antara kebenaran dengan kepalsuan supaya menyatakan itulah kebenaran bagi menjelaskan situasi terkini isu MH370. Sehingga kini, kelibat dan kedudukan pesawat MH370 tidak diketahui ( tetapi dalam isu MH17 yang kini sensasi, pencatur-pencatur kedajalan boleh memaling-malingkan isu MH370 ). Siapa dajal yang melari dan menyorok itu. Dimana dajal lari dan sorokkan. Kenapa dajal menyorok penumpang-penumpang itu-‘engkau ambil barang-barang dalam MH370 sudahlah, yang engkau libatkan penumpang-penumpang untuk tebusan itu kenapa, engkau nak mengikut jejak pelakun-pelakun di kawasan Pantai Timur Sabah ya, yang kerap berlaku penculikan itu, sebab duitkan-harta’, apa sebenarnya yang disembunyikan dan modus-operandinya:
a. PBB dan PM tidak membawa usul tergempar tentang melari dan menyorok pesawat MH370 kerana ada sesuatu yang tersembunyi di dalamnya yang hanya diketahui oleh golongan dajal. PBB dan PM takut dengan lampu merah. Bercahaya. Silau. Berhenti. Jangan berjalan. Jika tidak, AES akan keluarkan saman.

b. PM tidak telus dalam menyelesaikan masalah pesawat MH370 sehingga kepada satu peringkat pihak kerajaan Malaysia hendak mengeluarkan surat mati atas nama penumpang-penumpang pesawat MH370. Mayat-mayat penumpang tidak ditemui, pesawat MH370 tidak ditemui, cebisan dan serpihan mayat dan pesawat MH370 tidak ditemui. Bukti-bukti kematian tiada. Maknanya penumpang-penumpang pesawat MH370 hidup. Bebaskan mereka. Manakala pesawat MH17 dalam tempoh dua puluh empat jam ( 24 jam ) seluruh dunia mendapat maklumat pesawat tersebut terhempas. Pesawat MH370 dimana? Jangan sorok, keluarkanlah. Pelik tapi benar. Apabila surat mati dikeluarkan maka individu tersebut sudah tidak memiliki akses kepada harta-harta, akaun-akaun dan apa juga asset-aset yang dimilikinya. Jika harta-harta itu berbilion-bilion, bagaimana? Terbelalak mata oohhh.

c. PBB dan PM tidak peka dengan nyawa manusia. Jangan berpilih-pilih.


Jadilah manusia merdeka. Jangan mudah dibuli. Politik untuk orang cerdik, maka, cerdiklah berpolitik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”