NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 7 May 2015

‘FAR FAR AWAY’ RANGKAIAN PERSEKONGKOLAN



Dajal…
Dajal melakukan kerosakan di atas muka bumi.
Ia melakukan dengan pelbagai cara.
Melakukannya sendiri.
Menggunakan orang lain, bisikan proksi.
Berkumpulan atau bersekongkol menjahat.
Berpakat dan mengkaburkan malam gelap.
Menyilau mata mengadap pancaran matahari pagi.
Pangkat kuasa kewangan senjata mengcengkam.
Menggunakan segala keupayaan.
Untuk mendungu-dungu diri sendiri.
Ia tahu perbuatannya. 
Ia tahu risikonya.
Orang lain pun tahu perbuatannya.
Mereka terhijab hukumannya.
Masa itu terlalu pendek.

Hilang…
MH370 disorok hilang.
Melakukan kejahatan dengan membuat tuduhan pemalsuan.
Ditunjuknya di atas, bawah, kiri dan kanan.
Dipalingnya di sana, di sini, di situ, di ‘far far away’.
Berakhir di lautan pemikiran yang lompang.
Hilang cahaya wajahnya bersama gerhana matahri.
Menjunam di ufuk selatan di lautan dalam di Lautan Hindi.
Menghadang akal dan mengambil harta orang secara terang-terangan.
Dihimpit izzahnya kerana menyedut harta-harta milik awam.
Menipu dengan melakukan kerja-kerja kebaikan.
Mencuri dengan mendiamkan diri secara kehormatan.
Hilang bersama ilusi-ilusi kehidupan tidak diketahui ceritanya.

Penjahat…
Senyum melihat telatah insan-insan berjiwa pengganasan.
Membawa bom diletakkan di sorok-sorok di kedamaian.
Bom-bom yang dikhayalkan.
Benar atau palsu, ya tidak.
Sahih atau batil, ya tidak.
Sah atau batal, ya tidak.
Tepat atau melencong, ya tidak.
Penjahat meneruskan kerja-kerja kejahatannya.
Keinsafan masih jauh di lubuk hati.
Kerana masa amat dekat, diilusi menerawang nun jauh di benak akal.

Perompak…
Penyamun, lanun, mencekit, pencuri, peragut, pecah rumah.
Kerja-kerja golongan individu.
Menyorok, menyembunyikan, membawa lari kapal besar adalah kerja-kerja professional.
Berbaju cantik, menampil menarik, manis bicara, senyum menawan tetapi mendajal.
Hidup di bawah bayang-bayang kedajalan.
Hiduplah sebagai manusia berwawasan benar.
Hindarkan khayalan-khayalan kejahatan.
Tolong jangan mendajal.
Kerana mereka itu serangkaian bersekongkol.
Buruk sifatnya.
Dajal.

Dajal.
Dajal. 

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”