Posted on Monday, May 04 @ 11:59:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Luar Negara
Menurut polis, seorang pegawainya turut ditembak di luar Pusat Curtis
Curwell di Garland, Texas
semasa satu majlis biadap mempamerkan karikatur Nabi Muhammad diadakan.
Bangunan yang masih dipenuhi dengan ratusan tetamu tersebut kemudian
dikepung dan dikawal ketat oleh pasukan SWAT selepas beberapa das tembakan
kedengaran.
Tiada siapa dibenar untuk meninggalkan bangunan tersebut, termasuklah
syarikat Wal-Mart dan Taco Bell yang dipindahkan ke tempat selamat.
Dua suspek itu dikatakan menghampiri kawasan tersebut, yang
berkemungkinan membawa bahan letupan, sebelum melepaskan tembakan terhadap
pegawai yang bertugas.
Penganjur majlis, Pamela Geller memberitahu sebuah saluran televisyen
tempatan, CBS 11 yang berada di dalam bangunan bahawa dia mendengar beberapa
pegawai bercakap mengenai bahan letupan yang mungkin terdapat dalam beg galas
dan juga di dalam kereta.
Geller turut memberitahu terdapat khabar angin yang mengatakan terdapat
bom tangan berdekatan Wal-Mart.
Majlis tersebut turut mendapat anjuran daripada Inisiatif Pertahanan
Kebebasan Amerika dan disifatkan sebagai satu serangan terhadap Islam.
Pihak penganjur memberitahu bahawa mereka hanya mempraktikkan kebebasan
bersuara.
Menurut Dallas Morning News, pertandingan itu menawarkan hadiah utama
berjumlah AS$10,000 (RM36,000) dan turut menerima lebih 350 penyertaan untuk
menggambarkan Nabi Muhammad.
Mempermainkan gambaran mengenai Nabi Muhammad dianggap sangat sensitif
dan menyakitkan hati dalam kalangan masyarakat beragama Islam.
Pegawai polis yang ditembak di kaki itu dilapor berada dalam keadaan
selamat.
No comments:
Post a Comment