TERAKHIR DIKEMASKINI: 16 DISEMBER
2014
BY WARTAWAN AGENDADAILY
MEMORANDUM DI DALAM Seramai 33
orang pemikir Islam terdiri daripada ahli akademik dan pemimpin badan bukan
kerajaan (NGO) menyatakan pendirian menolak kenyataan dikeluarkan oleh 25 tokoh
Melayu terhadap undang-undang dan pentadbiran Islam di Malaysia.
Presiden Majlis Perundangan
Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kritikan yang
dilontarkan 25 tokoh Melayu tersebut tidak banyak membantu dalam menganjurkan
perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana terlalu umum untuk
diulas.
“Misalnya mereka mendakwa
undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia adalah bercanggah dengan
prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting.
“Perkara ini serius kerana ia
mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan
negeri dan Peguam Negara. Bagaimana mereka boleh meluluskan undang-undang yang
bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam?,” katanya pada sidang media, Isnin.
Perkara berkenaan disuarakan
sebagai mengulas tindakan 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air yang meminta
jalan penyelesaian dicari bagi menangani pelbagai pertikaian berterusan
mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.
BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA
MEMORANDUM TERSEBUT:
MEMORANDUM PENDIRIAN PEMIKIR ISLAM TERHADAP PANDANGAN 25 TOKOH MELAYU
MENGENAI UNDANG-UNDANG SYARIAH
15 Disember 2014
Kami bersetuju dengan pandangan
yang disuarakan oleh 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air bahawa jalan
penyelesaian perlu dicari bagi menangani “pelbagai pertikaian yang berterusan
mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.” [The Star,
8 December 2014: Need for a consultative process]
Pertikaian itu berpunca daripada
ketegangan yang lahir daripada marginalisasi undang-undang dan pentadbiran
Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara Negeri yang mempunyai
bidang kuasa yang sangat terbatas. Ia bercanggah dengan hasrat orang Islam,
yang merupakan majoriti penduduk, untuk hidup di bawah undang-undang Syariah.
Dalam tinjauan Pew Research
Center di seluruh dunia
pada 2013, ia mendapati “peratusan besar Muslim di banyak negara mahu
undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara
mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk
Muslim di Malaysia dan 72%
di Indonesia
yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan
di negara mereka.
25 tokoh Melayu terkemuka di
negara ini memperakui hasil penemuan Pew berkenaan apabila mereka menulis:
“Sebagai orang Islam, kami mahu melaksanakan hukum Islam lebih daripada
undang-undang sivil, demi memenuhi standard tertinggi kehakiman kerana ia
mencerminkan keadilan Tuhan”.
Orang Islam percaya mereka
dituntut untuk menjalani kehidupan mengikut ajaran yang ditetapkan oleh
syariah; mengamalkan perkara yang baik dan menjauhkan perkara mungkar demi
menegakkan keadilan. Lebih seribu tahun sebelum kedatangan kolonialisme Barat,
undang-undang Syariah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Islam dan
dalam pentadbiran negeri.
Kolonisasi masyarakat Islam oleh
kuasa Barat membawa kepada peminggiran sistem perundangan Islam. Bidang
kuasanya terbatas kepada isu-isu perundangan berhubung kekeluargaan dan hal-hal
perkahwinan. Ia tidak mempunyai sebarang peranan dalam undang-undang awam,
perdagangan, perniagaan, hubungan industri dan aktiviti lain yang penting
kepada kehidupan manusia. Oleh itu, sukar bagi perundangan Islam untuk
berkembang dalam usaha memenuhi cabaran kemodenan.
Berhubung kesan kolonialisme ke
atas perkembangan undang-undang Syariah Islam di negeri-negeri Melayu, pakar
pendidik British R.J. Wilkinson menulis: “Tidak diragui Undang-undang Islam
akan menjadi undang-undang di Malaya jika undang-undang British tidak campur
tangan untuk menghalangnya”
Tidak ada negara yang boleh
mengabaikan hasrat sebahagian besar rakyatnya tanpa kesan buruk terhadap
kestabilan dan keamanan. Kita perlu mencari jalan untuk memenuhi tuntutan orang
Islam terhadap pelaksanaan undang-undang Syariah dalam kerangka kerja
perlembagaan yang demokrasi tanpa mencabuli hak-hak golongan rakyat minoriti.
Sehubungan itu, Kerajaan perlu
menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi untuk menyemak semula Perlembagaan
Persekutuan kita dan menyarankan pindaan untuk memasukkan segala keperluan
penduduk Islam serta menegakkan hak-hak golongan minoriti di negara ini.
Perlembagaan bukanlah sesuatu yang tidak boleh di ubah. Ia merupakan dokumen
kehidupan dan perlu berkembang selaras dengan perubahan yang diinginkan oleh
rakyat.
Jawatankuasa berkenaan perlu
terdiri daripada pakar-pakar Islam dan bukan Islam mengenai undang-undang
Perlembagaan, undang-undang Syariah Islam dan bidang-bidang lain yang berkaitan
dengannya. Selain menyemak semula Perlembagaan
Persekutuan , ia perlu
mengetengahkan segala kelemahan yang ketara dalam sistem perundangan Syariah
semasa dan mengemukakan saranan untuk menanganinya.
Kritikan yang ditujukan kepada undang-undang
dan pentadbiran Islam oleh 25 tokoh Melayu terkemuka itu tidak banyak membantu
dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana
ia terlalu umum untuk diulas. Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan
Jenayah Syariah di Malaysia “adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip
perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting..” Mereka tidak
memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. Dakwaan itu adalah
serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat
perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimanakah mereka boleh meluluskan
undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam?
Kami terharu dengan inisiatif
yang ditunjukkan oleh pesara penjawat awam, hakim, diplomat dan kumpulan
pejuang hak asasi wanita yang secara terbuka membuat dakwaan mengenai
ketidakadilan dan kelemahan dalam undang-undang dan pentadbiran Islam di negara
ini. Kami berharap mereka akan menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap
isu-isu lain yang sama pentingnya seperti jurang yang semakin melebar di antara
golongan kaya dan miskin, kemusnahan alam sekitar, kemerosotan nilai-nilai
moral dan etika, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan isu-isu pentadbiran. Negara
juga akan mendapat manfaat jika mereka sudi berkongsi pengetahuan, pengalaman,
kepakaran dan masa mereka dengan pertubuhan masyarakat sivil demi menggalakkan
keadilan, perlindungan alam sekitar dan penyatuan rakyat.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan
Islam Malaysian ( MAPIM )
Sohibus Samahah Tan Sri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria,
Mufti Negeri Perak D.R
Mufti Negeri Pulau Penang
Dato' Wan Mohamad Dato' Syeikh Aziz,
Mantan Ketua Pengarah Director,
JAKIM
Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz,
Mantan Pengarah Jabatan Agama
Islam Negeri Perak
Datuk Dr. Hj Awang bin Sariyan,
Ketua Pengarah, DBP
Prof. Dato' Dr. Ir. Wan Ramli bin Wan Daud,
Profesor Kejuruteraan Kimia, UKM
Prof. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok,
Pofesor Sains Komputer, Mantan
Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia
Prof Ismail Mohd,
Profesor Matematik, UniMaP
Prof. Emer. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain,
Profesor of Matematik, Mantan
Timbalan Nain Canselor UKM
Dato Hj Sulaiman Abdullah,
Mantan Profesor Undang-undang UM
Datin Dr Mehrun Siraj,
Mantan Professor Undang-undang,
Mantan Ahli Suruhanjaya SUHAKAM.
Prof Dr. Wan Mokhtar Wan Yusof,
Profesor Mikrobilogi UKM
Prof Dr. Khairuddin Omar,
Professor Sains Komputer UKM
Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef,
Profesor Ekonomi UIAM
Prof. Dr. Mohd Sahaid Khalil,
Fakulti Kejuruteraan dan
Senibina, UKM
Prof. Dr. Husna Azhari,
Fakulti Kejuruteraan dan
Senibina, UKM
Dekan Fakulti Perniagaan dan
Akaun, UKM
Prof Dr. Khairudin Omar,
Sains Komputer UKM
Prof Dr. Mohamed Aslam b. Mohamed Haneef,
Economis, UIAM
Prof. Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri b. Salamon,
Pengerusi Penasihat Syariah, Bank
Islam
Prof. Madya Dr. Aidil Abd Hamid,
Microbiokemistri UKM
Prof. Madya Dr. Zaini Hamzah,
Saintis Nuklear, UiTM
Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail,
Professor in Etnomatematik, UPM.
Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir,
Pakar Matematik, Felo INSPEM,
Dr. Mohd Roslan Mohd Nor,
Setiausha Agong Persatuan Ulama Malaysia , Timbalan Pengarah (Research &
Development), Akademi Pengajian Islam
University Malaya ,
Dr Halim Muhammady,
Naib Presiden WADAH, Pengarah
Perunding Penyelidikan Bairuni, Mantan Ketua Jabatan Pengajian Quran, Fakulti
Pengajian Islam UKM,
Hj Ahmad Awang,
Mantan Pengarah Pusat Islam, JPM
Hj Abdul Ghani Samsudin,
Pengerusi SHURA, Mantan Ketua
Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Dinsman (Shamsuddin Osman),
Presiden PAKSI
Datin Aminah Zakaria,
Pengerusi SALIMAH, Mantan
Pengetua Kolej Islam Klang,
Ir Hj Asari Daud,
Mantan Timbalan Pengarah JPS
Ir. Kassim Muhammad,
Mantan Pengarah JPS, Negeri
Perlis
No comments:
Post a Comment