Sifat-sifat Lautan Hindi itu; ombaknya besar, arusnya deras, kawasan
pencarian luas sehingga meliputi keluasannya 120,000 kilometer persegi, dan
jangan lupa jin-jin Lautan Hindi yang suka menyedut duit-duit amanah
bangsa pun tinggal di sana.
Kini hasil penyedutan duit-duit
itu seakan-akan longlai anak-anak bangsa.
Hebat ya Lautan Hindi itu.
Golongan dajal ada sahaja makar-makar
dan onar-onarnya mengulas percambahan minda perkara-perkara tentang kedajalan supaya
golongan dungu-dungu meyakini akan sifat-sfat yang terperosok dalam akal mereka
itu menjadi suatu realiti dalam hidup mereka.
Kerana sifatnya, itulah begitu.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, hindari kami dari kedajalan golongan yang
mendajal kerana pejuang-pejuang Daulah Islamiyah masih memanaskan badan dan mereka
pula diasak oleh gerombolan kekufuran di pelbagai penjuru yang akhirnya akan
dimusnahkan oleh mereka. Hebat! pejuang-pejuang itu ya. Amin.”
---------------------
04 Disember 2015 1:20 AM
Warren Truss menjelaskan lokasi
pencarian baharu MH370 di Parlimen
Warren Truss menjelaskan lokasi
pencarian baharu MH370 di Parlimen Australia di Canberra, semalam. REUTERS
Timbalan Perdana Menteri, Warren
Truss berkata, analisis terkini menunjukkan kawasan seluas 44,000 kilometer
persegi di Lautan Hindi akan diberi tumpuan yang lebih selepas dikenal pasti
sebagai lokasi penting pencarian.
“Kawasan ini terletak di hujung
selatan zon carian seluas 120,000 kilometer persegi yang ditetapkan sebelum
ini.
“Kami berharap, carian akan
menemukan pesawat itu,” katanya kepada pemberita, merujuk kepada analisis yang
dikeluarkan menerusi laporan laman web Biro Keselamatan Pengangkutan Australia
(ATSB).
Tiga kapal buah kini berada
kira-kira 1,200 kilometer ke barat Perth bagi
mencari petunjuk MH370 menggunakan sonar laut dalam, manakala kapal keempat
yang disediakan oleh China
akan menyertai misi pencarian bulan depan.
Pesawat MH370 yang membawa 227
penumpang dan 12 anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac tahun lalu semasa
dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Analisis data satelit mendedahkan
pesawat itu bertukar haluan ke barat dan kemudian selatan sebelum terbang
selama enam jam di kawasan perairan terpencil di selatan Lautan Hindi sebelum
dilaporkan hilang.
Satu-satunya bahagian pesawat
yang telah dijumpai adalah flaperon yang terdampar di Pulau Reunion di Lautan
Hindi pada bulan Julai lalu.
Menurut Truss, pencarian tersebut
dijadual berterusan sehingga pertengahan tahun depan apabila seluruh zon seluas
120,000 kilometer persegi itu diperiksa sepenuhnya. – DPA
No comments:
Post a Comment