TERAKHIR DIKEMASKINI: 15 DISEMBER
2015
BY WARTAWAN AGENDADAILY
Arab Saudi mengumumkan
pembentukan pasukan tentera 34 negara Islam untuk memerangi keganasan, menurut
kenyataan bersama yang disiarkan agensi berita SPA.
"Negara yang disebut di sini
memutuskan pembentukan pakatan tentera diketuai Arab Saudi untuk memerangi
keganasan, dengan pusat operasi bersama berpangkalan di Riyadh bagi menyelaras dan membantu operasi
tentera," menurut kenyataan itu.
Senarai panjang negara Arab
seperti Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bersama-sama negara Islam
lain termasuk Turki, Malaysia, Pakistan dan negara di Teluk Arab serta Afrika
dinyatakan.
Pengumuman itu menyatakan 'tugas
melindungi negara Islam daripada kejahatan semua kumpulan dan pertubuhan
pengganas tidak kira mazhab dan nama yang menyebabkan kematian dan kemusnahan
di muka bumi dan bertujuan menakutkan orang tidak bersalah.'
Iran, yang bermazhab Syiah, musuh
utama Arab Saudi yang berfahaman Sunnah, tidak disebut sebagai peserta, ketika
konflik proksi antara dua kuasa serantau itu merebak dari Syria ke Yaman.
Sementara itu, Reuters melaporkan
seorang veteran tentera Israel
dari minoriti masyarakat Arab Israel menyertai kumpulan militan IS di Syria,
kata seorang pegawai keselamatan Israel .
Terdapat salah seorang rekrut IS
sebelum ini berkhidmat dalam pasukan infantri Givati Israel ,
sebuah unit yang sering beroperasi di Gaza
Agensi berita itu hanya
mengatakan bahawa dia adalah seorang Muslim dari sebuah kampung di utara Israel ,
terasing dari keluarganya dan telah dibenarkan keluar daripada tentera pada
Januari 2014.
Ketika ditanya mengenai laporan
itu, seorang pegawai keselamatan Israel memberitahu Reuters: “Kita
sudah biasa dengan kes ini,” kata pegawai itu tanpa mengulas lanjut.
Kebimbangan Israel memuncak pada Oktober lalu, selepas dua
video muncul mengancam untuk menyerang Israel di mana terdapat militan
yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli IS dalam video tersebut dan bercakap
bahasa Arab yang berloghat Ibrani
Hal ini meningkatkan kebimbangan
penduduk tempatan bahawa mereka yang menyertai ISIS
itu berkemungkinan kembali dengan pemikiran radikal dan dilatih untuk melakukan
serangan bersenjata di rumah.
Sumber
No comments:
Post a Comment